Tuesday, July 29, 2008

Automount apajua partition dalam ubuntu hardy heron

Ok. Saya tahu ianya menyusahkan untuk mount (nak tafsir apa dalam b.melayu??) sesuatu partition setiap kali ubuntu dihidupkan. Apatah lagi, mount point yang berubah-ubah berdasarkan kepada mana partition yang dimount dahulu dan disusun mengikut disk, disk-1...disk-n mengikut urutan.

Jadi, meskipun ubuntu boleh read (membaca) sesuatu data dalam sesuatu partition tanpa masalah, namun ianya agak bermasalah jika anda hubungkan sesuatu perisian kepada data dalam partition terbabit. Ini kerana mount point yang berubah dan selama ini saya yakin ada diantara kita yang terpaksa mount beberapa partition mengikut aturan susunan tertentu.

Tutorial ini akan menunjukkan bagaimana anda boleh mount sesuatu partition kepada mount point yang tertentu yang malar (tidak berubah). Saya tidak berniat mengulas panjang meskipun saya agak ragu dengan tahap kefahaman newbie dalam perkara ini. Apa-pun, cuba dahulu;

Katakan anda ingin mount 2 partition = 1 berformat NTFS (partition windows) dan satu lagi berformat FAT32 (untuk data - external HD etc) kepada mount point yang malar.

1.Setiap partition yg dimount akan muncul dalam direktori /media. Jadi untuk menetapkan mount point, tentukan satu direktori kepada partition kita;
sudo mkdir /media/windows

sudo mkdir /media/fat
yang mana partition berformat NTFS kita ingin ia dimount kepada mount point media/windows dan FAT32 kepada mount point /media/fat.

2.Fahami kedudukan partition anda;
sudo fdisk -l
Contoh (dalam komputer saya)
zulmalc@ubuntu:~$ sudo fdisk -l
[sudo] password for zulmalc:

Disk /dev/sda: 60.0 GB, 60011642880 bytes
255 heads, 63 sectors/track, 7296 cylinders
Units = cylinders of 16065 * 512 = 8225280 bytes
Disk identifier: 0x000459e6

Device Boot Start End Blocks Id System
/dev/sda1 * 1 3740 30041518+ 83 Linux
/dev/sda2 3741 5369 13084942+ b W95 FAT32
/dev/sda3 7210 7296 698827+ 5 Extended
/dev/sda4 5370 7209 14779800 83 Linux
/dev/sda5 7210 7296 698796 82 Linux swap / Solaris

Partition table entries are not in disk order
Note: sector size is 4096 (not 512)

Disk /dev/sdb: 3892 MB, 3892056064 bytes
120 heads, 62 sectors/track, 127 cylinders
Units = cylinders of 7440 * 4096 = 30474240 bytes
Disk identifier: 0x00000000

Disk /dev/sdb doesn't contain a valid partition table
Dalam komputer anda yang mempunyai windows, anda boleh perhatikan terdapat partition berformat NTFS -- tidak ada dalam contoh kerana komputer saya tak ada windows. Perhatikan device boot kerana ia akan digunakan dalam step seterusnya.

3.Edit /etc/fstab
sudo gedit /etc/fstab
Masukkan line berikut ke dalam gedit /etc/fstab;
/dev/sda* media/windows ntfs nls=utf8,umask=0222 0 0

/dev/sda2 media/fat vfat iocharset=utf8,umask=000 0 0
4.Remount semua partition dalam fstab

sudo mount -a

5.Selesai.

Setiap format mempunyai mount option yang tersendiri dan jika partition anda diformat kepada HFS+ atau sebagainya, contoh diatas tidak boleh diaplikasi.

Sebenarnya saya sedang mengalami masalah mount ipod 3rd generation kepada mount point tertentu kerana masalah mount option. Ada cadangan??

7 comments:

  1. Assamualaikum dan salam sejastera...

    aku pun ader masalah dengan ipod classic. Tak belh la nak smabung guna hardy. camna nak buat arrr? satu lagi, camna nak install floola kat xubuntu? aku dah try buat tapi tak jalan gak..... terpaksa la aku guna windows...

    ReplyDelete
  2. @ayem36 : guna gtkpod. tp xleh nak sync coz permission prob...sbb 2 aku try edit fstab utk define dia nyer permission kpd write.. tp prob kat mount option...tgk kaji2 lagi nih..huhu

    floola aku xtry...

    ReplyDelete
  3. mount VideoCam, tolong syarah kat sini

    ReplyDelete
  4. Assamualaikum dan salam sejastera..

    Aku dah try floola. berfungsi. Ok not bad la... tapi aku tak bleh nak convert mp3 ke aac. kena instal ffmeg. aku try nak install tapi tak bleh.camna nak install ffmpeg?

    ReplyDelete
  5. jipang_menjerit@UbuntuSeekersJuly 30, 2008 at 9:35 PM

    zul..mntak tlng kumpulkan org..
    promo Ubuntu kt kolej aku lerr..
    dlm 25 ogos..
    bleh??
    hehe..

    ReplyDelete
  6. salam..

    kolej ko kat maner bro?

    ReplyDelete
  7. @agas : videocam? belikan aku 1 videocam...nnti aku syarah....hehehe

    @jpang : kolej mane 2?? bg detail sket kt mana dan sempena apa..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...