Tuesday, July 01, 2008

WTH!?? Tajuk artikel bikin panas?

Image010.jpg

Dalam usaha meningkatkan kreativiti dan inovativiti, baru-baru ini saya membeli sebuah majalah-X (bukan nama sebenar) yang mempunyai kaitan dengan komputer. Hajatnya untuk melihat bagaimana professional merangka dan menetapkan konsep bagi majalah mereka tetapi saya hampa kerana sebuah artikel dalam gambar diatas.

Tidak perlu ijazah mahupun bachelor master atau jugak PH.D dalam bidang psikologi, mahupun pengalaman yang luas dalam bidang penulisan, kewartawanan dan sebagainya, sekilas tajuk sebegitu membangkitkan -- panas! Bukan isu siapa makan cili dia yang terasa pedas kerana disini kita tidak bertikam lidah mengenai gosip, konspirasi, atau jugak mesyuarat tingkap tetapi kita membicarakan soal intelektual dan ilmu yang tidak sepatutnya dicemari dengan perumpamaan sinis, perlian atau juga unsur underestimate!

Dalam penulisan, jangan sekali-kali memandang rendah kepada bakal pembaca anda. Orang membaca tulisan anda disebabkan oleh faktor yang pelbagai antaranya untuk mencari ilmu, mengisi masa lapang, kajian, atau juga menunjuk rajin! Pembaca mungkin seorang makcik yang menjual sayur di pasar siti khadijah(KB) atau mungkin juga seorang pensyarah di UM, atau seorang ahli politik tingkat 4, atau seorang mat rempit di JB atau sesiapa sahaja -- kebarangkalian adalah infiniti.

Apa yang menyebabkan saya tidak puas hati terhadap tajuk artikel tersebut ialah ianya secara sinis cuba menganalogikan doktrin "perisian percuma" untuk orang miskin! Apakata jika mereka mengeluarkan artikel bartajuk "Good OS for the Poor - Ubuntu". Analoginya sama dan doktrin sebeginilah yang membunuh perasaan baiksangka saya terhadap artikel terbabit. Lalu saya putuskan bahawa, penulis bukan seorang professional!

Sebaik sahaja saya membaca tajuk artikel tersebut, perkataan pertama yang tersembul dari mulut saya ialah -- Natam Ngoh ("binatang sungguh" dalam dialek trg). Apa pula pendapat pembaca disini?

15 comments:

  1. setuju. kata "poor" mungkin maksudnya adalah "those who couldn't afford to buy expensive image editor such as photoshop", tetapi kata "poor" tidaklah tepat untuk dipakai disini... :)

    ReplyDelete
  2. Kan. Dah ada orang yang marah.
    mungkin jugak maksud dia "for dummies" tapi tag tu dah kena pakai. Nak cari tajuk lain, terus letak "POOR"

    ReplyDelete
  3. lebih baik miskin dari tidak beradap!!cb tnya org kt luar sana,sape pakai ubuntu mesti reti pakai windows..tp yg guna windows xsemua reti pakai ubuntu walaupun free..better pakai brg free dari pakai brg cetak rompak..

    ReplyDelete
  4. betul tu,merendahkan org betul.geram gak ni.

    ReplyDelete
  5. ojat : sememangnya tak tepat.. penulis mcm nk buat tajuk yg sensasi tetapi kesannya ada sebaliknya..

    mazudi : huhu..aku takut nnti ramai yg reka tag lain2..

    terazzatale : huhu...2 la

    anonymous : yups..huhu

    ReplyDelete
  6. aku rase dier maksudkan bukan 'poor' = miskin... tapi 'poor'= tak reti ape2/lemah

    ReplyDelete
  7. @dark lord:ntah la..ad kemungkinan gak.tp kalo baca title 2 balik mcm xkena je ayat 2..da kck hati nak bersangka baik..huhu

    ReplyDelete
  8. entah la...

    pakcik pon pernah gak kena dengan kengkawan pakcik

    buat ape ko susah2 pakai linux nie g? susah je nak guna. pakcik jawab.. tak kisah la.. janji FREE.. kawan pakcik plak jawab.. kalau ko pandai g.. banyak crack.. FOC gak...

    pakcik terus diamkan diri. bukan takde idea nak hantam balik pasal crack nie cuma malas nak sambungkan perbualan pasal os nie.. bagi pakcik.. 2 2 ade kepentingan..

    ReplyDelete
  9. dari pakai bende cetak..
    baik pakai bende yang dah sedia percuma..
    dari dipanggil ikut pi balai..
    tapi pasal ayat 'poor' tu mmg tk setuju..
    Google.com pn tukar OS diorg dr Win ke Ubuntu..
    tkkn diorng tu 'poor'gak??

    ReplyDelete
  10. Haha mcm penah tgk je majalah tu..silap bahasa la katakan..xpi..poor tu tersgt obvious la kan..dan run out of idea to place the right word kot..title ni pun ok pe 'Awesome Freeware Image Editor'

    ReplyDelete
  11. Takpela...sekurang2nya Ubuntu tak menyusahkan orang miskin.

    ReplyDelete
  12. Erm, Mungkin saya tak baca artikel.
    Namun dari tajok dia, saya boleh terjemahkan 2 maksud,

    Yang Negative nye:
    "Imej Editor yang bagus untuk Orang Miskin"

    Dan Positif nye:
    "Imej Editor yang bagus untuk Orang kurang pengetahuan"

    Well You could pick one anyway. But nice post. Those software really sux in both way.

    ReplyDelete
  13. thanks smua atas komen2 bernas...saje kasi panas sket kat sini ngn topik ni..hahaha..

    ReplyDelete
  14. Saya pernah terbaca kat blog popular yang menulis antara lain beliau tak akan baca blog yang bukan wordpress, dia tak akan baca blog yg itu ini begitu begini..tak suka itu tak suka ini.

    Bagi saya pengakuan begitu, terlalu "ego" dan "bongkak" kerana sebelum beliau berada di tahap begitu sekarang ini, siapakah kedudukan beliau dulu.

    Semua orang bermula dari ZERO jadi jangan merendah²kan orang lain walaupn pandangan itu ikhlas tetapi kedudukan beliau seharusnya lebih bijak menulis tanpa menghentam secara terus...sebagai orang yang lebih dulu makan garam , tentu beliau lebih faham tahap dan kemampuan seseorang yang tidak sama.

    maaflah mungkin terkeluar dari tajuk tetapi masih dalam lingkungan "poor"

    :D

    ReplyDelete
  15. @kujie : aku rasa aku tau blog sape yg ko mksudkan...aku pun agak panas gak time baca tuh...tp xpela..bior jela dia...
    stuju ngn ko yg smua org bermula dr bawah...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...