Thursday, July 24, 2008

Memasang tema intrepid ibex (alpha 1) dalam hardy heron

Pembaharuan tema merupakan sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan dalam release hardy heron kerana kesuntukan masa. Namun untuk release seterusnya iaitu 8.10 intrepid ibex, kita bakal menerima tema (default) yang baru bagi ubuntu. Ini bukan lagi hanya khabar angin kerana dalam versi percubaan iaitu alpha 1 intrepid ibex baru-baru ini kita dapat melihat satu tema yang cukup baru yang agak ekstrem dari segi warnanya.

Ya, warna brown yang agak gelap. Banyak kritikan samada menyokong dan tidak bersetuju dengan tema itu. Apapun, ia masih diperingkat percubaan dan kebarangkalian masih terlalu luas.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba tema ubuntu yang default bagi intrepid ibex apha 1, sila ikuti langkah berikut;

1.Buka terminal dan taipkan;
sudo gedit /etc/apt/sources.list
2.Masukkan 2 line ini dibahagian bawah sekali (dari kod-kod dalam gedit)
deb http://ppa.launchpad.net/kwwii/ubuntu hardy main
deb-src http://ppa.launchpad.net/kwwii/ubuntu hardy main
3.Masukkan ini dalam terminal;
sudo apt-get update
4.Kemudian anda akan mendapati munculnya ikon update pada panel. Update sistem anda dan anda akan dapati tema baru (iaitu NewHuman) dalam koleksi tema anda.

Photobucket

[Via : http://blog.alexrybicki.com/]

2 comments:

  1. uiiihhh..gelapnyer..teringat aku mase gune sabayon linux dulu...gelap2 gitu le theme nyer

    ReplyDelete
  2. rajin sungguh explore linux ni... am ada gak datang sini kadang2... tapi tak blur tak tau nak komen apa...

    btw thanks untuk ucapan takziah tu..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...