Sunday, March 15, 2009

Sampai bila ingin menjadi "End User"?

Sebenarnya saya sempat mengkaji serba sedikit latar belakang pembangun perisian seperti Ubuntu Tweak, Gnome-DO, beberapa orang pembangun GNOME, (dan ada beberapa lagi) melalui blog peribadi mereka dan saya dapati mereka-mereka ini hanyalah pelajar under graduate di institusi pengajian tinggi di negara mereka. Saya cemburu dan pada masa yang sama kagum melihat bagaimana mereka boleh membina komitmen dan hasil kerja yang cukup berguna bukan sahaja untuk mereka tetapi untuk segenap pengguna ubuntu khasnya diseluruh dunia.

Kekaguman itu terhenti apabila berpaling kepada bangsa saya sendiri - meneruskan tradisi end user (pengguna akhir) yang tak berkesudahan. Sebelum saya menuding jari kepada orang lain, saya ingin juga menuding jari kepada diri sendiri. Ya, saya juga salah seorang dari mereka, hanya tahu untuk guna tapi tidak berusaha untuk menghasilkan sesuatu lantaran ilmu yang masih terlalu amat kurang didada.

Saya pernah melontarkan idea font-installer dalam ubuntu dan kini idea tersebut hanya tinggal prototaip yang tidak diusahakan lagi pembangunannya. Terus terang saya katakan saya bukan dari bidang IT dan ini bukan kali pertama saya menegaskannya disini. Programming merupakan subjek yang cukup tidak serasi dengan pemikiran saya. Saya akan blurr selepas 5 minit menatap buku atau artikel tentang programming.

Halatuju komuniti ubuntu malaysia atau komuniti sumber terbuka malaysia selepas ini sepatutnya terarah kepada mengubah perasaan ingin menjadi end user kepada budaya ingin menjadi developer kepada pembangunan perisian sumber terbuka. Cabaran pertama kepada komuniti ialah, matlamat membuat tafsiran kepada ubuntu (atau GNOME, KDE etc) dari bahasa inggeris ke bahasa kebangsaan a.k.a bahasa ibunda. Saya yakin ramai yang boleh mentafsirkan dan komuniti harus mempersiapkan jalan kepada tatacara pertafsiran yang betul di launchpad. Sekiranya dokumentasi untuk pentafsiran ini tidak disediakan, kita akan gagal merakyatkan budaya penafsiran ini dalam penggunaan ubuntu dan kita akan gagal menafsirkan keseluruhan ubuntu kepada bahasa kebangsaan kita.

Cabaran kedua ialah, bagaimana mengubah mind-set pelajar IPT kepada pembangunan sumber terbuka. Mengapa pelajar IPT? Jika anda telah tamat pengajian dan sudah berkerjaya anda akan faham dengan sedalamnya bahawa sukar untuk memberikan komitmen secara percuma. Kerana itu pelajar IPT adalah modal insan yang cukup berpotensi untuk diperkenalkan sumber terbuka kepada mereka agar masa yang mereka luangkan untuk bermain game boleh bertukar kepada masa berharga yang mereka sumbangkan untuk pembangunan sumber terbuka.

Cabaran seterusnya ialah, merakyatkan sumber terbuka kepada pengguna awam. IT ialah satu bidang yang sesiapa sahaja boleh terjun dan fokus padanya. Jangan sekali-kali perlekehkan potensi yang ada pada pengguna awam kerana kadang-kala melalui pembelajaran sendiri mereka adalah lebih mahir dan tangkas dalam bidang IT dari pelajar jurusan IT sendiri.

Apabila kita dapat melepasi cabaran-cabaran ini, saya yakin negara adalah diatas landasan yang tepat untuk mencapai status negara maju bukan sahaja dari segi pembangunan materialnya tetapi juga mentaliti rakyat yang mendiami negara ini. Namun sebelum itu, sudahkah kita bertanya sampai bila kita ingin menjadi end user? Susahkan nak jawab?hehe..

21 comments:

  1. Tuan Zul,

    nak ubah mind set pelajar IPT kita untuk membangunkan aplikasi dan bahan rujukan Opensource? satu cabaran tu.

    sebenarnya masa aku menuntut di universiti dahulu, kami diasuh supaya ..kaji,bina dan jual. Sebab idola yang selalu diagung-agungkan dalam first assignment - asas komputer, adalah BILL GATES..

    Malah dalam modul pembelajaran pun, tidak pula diletakkan dan diceritakan tentang pengasas Linux, tidak pula dinyatakan apa itu sumber terbuka.. mungkin sekarang dah ada modul tersebut kat universiti- itu aku tak pasti.

    LUG - Linux User Group, yang nih pun tahun akhir aku g tengok demo budak budak senior kat fakulti yang memperkenalkan linux.

    ReplyDelete
  2. salah2 satu cita2 K adalah untuk bina satu gadget.. yang leh buat my desktop lagi lawa.. :D

    nampak macam tka de pe sangat.. tapi.. dats my mission.
    akan buat sebelum abis belajar :D

    p/s: setahun lagi

    ReplyDelete
  3. Salam saudara zul,

    Cabaran saudara akan saya sahut :). Memang saya tengah buntu memikirkan artikel apa yang ingin saya ketengahkan. Tengok dashboard blogger, ternampak artikel ni.

    Pada hemat saya, antara cabaran dalam membangunkan perisian sumber terbuka adalah:

    Minat
    Masa
    Kewangan
    Dokumentasi
    Bantuan dan Sokongan

    Bahagian yang saya rasa paling susah sebenarnya adalah masa. Dengan jam kredit yg agak tinggi, waktu yang saya rasa lapang hanyalah cuti semester. Sukar nak luangkan masa untuk mengaturcara, menterjemah atau sekadar menulis tutorial perisian sumber terbuka di blog sendiri.

    Nak menterjemah perisian sumber terbuka ke Bahasa Melayu pun sukar, apatah lagi nak bangunkan perisian dari zero.

    Memang sukar nak beri komitmen secara percuma, tapi saya tetap berikan komitmen selagi terdaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

    Sekadar pendapat bersahaja.

    ReplyDelete
  4. Pada aku,sebelum kita nak buat apa-apa perisian.terjemahkan dokumentasi linux dan falsafahnya.Kena tanamkan minat mereka pada sumber terbuka dan manfaatnya pada bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  5. salam abg zul...pada pendapat saya lebih banyak pendedahan mengenai linux dan open source ni kpd pelajar ipt perlu di buat dahulu. Kebergantungan kpd windows melahirkan pelajar yg tiada daya ingin tahu dan malas berfikir. Bayangkan waalaupun di dlm makmal kami menggunakan linux, ttp hanya saya dan seorang lagi kawan sy yg serius menggunakan linux di pc kami.Yg lain tetap menggunakan windows. Jd bagaimana nk membangunkan sofware open source sedangkan hendak jd end user kpd linux pun tak sanggup?

    ReplyDelete
  6. Salam Zul,

    Dulu aku pun selalu macam ni, maksud aku, cuma boleh sekadar jadi end-user.

    Tapi, kita ambik contoh, macam tema wordpress, memang banyak boleh dapat. Tapi lepas aku frust sebab tema2 yang ada tu tak sesuai dengan citarasa aku, jadi aku pun belajar la buat sendiri. Walaupun masa tu aku pun merangkak lagi bab-bab css, html dengan php.

    Jadi, aku rasa la, kalaulah end-user tu ada perasaan tak puashati dengan sesetengah software/aplikasi, mungkin dari situ dia boleh buat versi dia sendiri.

    Ada kepakaran atau tidak itu belakang kira(sebab boleh belajar). Tapi, apa yang penting, minat dan kesungguhan nak buat.

    Lagipun, kalau tak mampu nak bangunkan sorang-sorang, boleh cari kawan-kawan yang berkongsi minat dengan kita untuk team-up(kolaborasi).

    =)

    p/s: Best entri ni.

    ReplyDelete
  7. pertama sekali aku ingin menyatakan rase kagum kepada brader melayu ubuntu ni.d kau amat komited la bro lam hal ni.hehe.ini adalah komen aku pertama aku blog ini....

    berhubung dengan pendapat ko dlm dilema menjadi pengguna terakhir.

    pendapat aku la.kebanyakkan la rakyat malaysia ni.termasuk aku pon.dieorng wat keje semata mata untuk duit tau.kalo xde duit keje x jalan.susah sekarang ni orng nk wat amal jariah nk bangun kn sumber terbuka dan percuma ni.sbb tu la x rmai programmer kt msia ni berminat lam hal ni.ni bkn pendapat aku jer tau.walaupon ade sesetengah programmer kite tau serba sedikit sal python.pastu kn rmai gak prigrammer kite ni amat arif lam programming c.tp dieorng xberapa minat lam pembangunan sumber terbuka kerana kekurangan bajet.yela.orng skarang ni kn wat keje atas duit jer kn.kalaulah katakan pembangunan sumber terbuka ini d license kn.pastu d jual kt orng ramai.aku rase belambak yg nk wat.lg2 zaman skarang ni orng dah celik IT.segala macam programming languages orng leh study sendiri.x rmai orng kita yg berfikiran seperti kawan2 semua ini.tp skarang ni aku rase rmai yg sudah tau ape itu Linux.lg kebayakkan ipta d msia ni mengetengah Linux dalam subjek Network programming.sedikit sebanyak mengajar orng kita berkaitan dengan linux.bagaimana sistem dalam linux beroperasi.dan bagaimana signal2 dalam linux mengpengaruhi proses kawalan pengoperasian Linux.mungkin untuk menjadi pengguna akhir ini memakan masa sedikit.haaa.kalo korang nk tau lbey lanjut sal pyhton ker segeralah mendaftarkan diri d 3p.prestariang.com ...kt sane ade pentaulihan professional utk Linux.apply la.nnti sesame leh bangunkan pembangunan sumber terbuka ini.hehehe.


    regards,

    syarizat
    ..........

    ReplyDelete
  8. 1. Bukan bidang IT sahaja. Isu ini juga patut dilihat di pelbagai sektor. Jika Malaysia sibuk dengan industri pembuatan kereta, tetapi kita membuat kereta dengan acuan siapa?
    Di Jepun sibuk dengan "mother machine", iaitu ibu mesin segala mesin, untuk membuat mesin kereta.

    Kita tak akan jadi end user lagi, sekiranya kena suasana persaingan.

    2. Kita terlalu disuap,kan? Aku sendiri terlalu disuap. Buat design, tapi guna free brush. Bilalah nak buat brush sendiri, sedangkan tak susah. Soalnya malas. Arkh malasnya aku. (geleng kepala)

    3. Kau patut siarkan entri ini di bahagian forum akhbar untuk tatapan umum.

    ReplyDelete
  9. @adi : huhu aku pun xpasti modul linux ada ke x U malysia skrg ni..klu ada pun mesti cite pasal redhat sket je..hehhe..klu ada budaya nak develope xpe dah. open source ke proprietary ke no hall..

    @syafia : huhu..mcm mac4lin 2 ke? hehe..

    @flaming firestone : apa kata kalau kewangan, dokumentasi dan bantuan sokongan tu dah ada. masa ngn minat tu bleh datang x?

    @kaizer : ramai yang xleh bg komitmen bro..2 masalah kita. sbb kerja ni smua nya free...xde yg nak sponsor.

    @nasymaru : yup..aku tau yg 2..hehe

    @bat : byk je yg aku xpuas hati dlm software open source sendiri tapi xtau camne nk menyumbang nk bg elok..hehheh

    ReplyDelete
  10. @melayubuntu: Bergantung pada individu tersebut. Bukan mudah nak beri komitmen yang tinggi kepada komuniti sumber terbuka.

    Saya ingat nak mulakan dengan menterjemah dulu. Lambat pulak nak load website launchpad ni :(.

    ReplyDelete
  11. Pendapat aku, jangan salah kan mind set student IPT sahaja, ade antara kelab2 di IPT yang ade cenderung ke LINUX and opensource cuma bila dikaitkan dengan sambutan dan tajaan ia kurang menggalakkan. Kebanyakan student IPT dari segi contoh MMU sendiri, ada la sebilangan kecil pandai programming . Cuma language yg disemai kepada mereka adalah dari organisasi sebesar2 alam seperti MicroLembut, IBM,Java and cisco. Macamana untuk pandai kalau tidak bukan dengan belajar. Bagaimana untuk mahir kalau tidak didik dengan acuan yg betul. Bagaimana minda pelajar kita berfikir mengenai opensource kalau la tiada satu pun subjek rasmi yang akan menimbulkan minat mereka. Kalau sebelum ni kawan2 saya xtau guna Visual Studio masa first year, sekarang sudah mahir. Ini kerana kita mengamalkan acuan dari organisasi besar. Mereka buat MOU dengan universiti tempatan dgn niat xlain dan xbukan, supaya kita kekal dengan acuan mereka. Setakat aku jadi student kat MMU xpnah satu pun lecturer ajar how to program in linux full course. Macamana nak bg free kalau diri sendiri xde dpt ape2.. Compare to luar negara even remaja yg xkeje yg cukup umur,mereka ade elaun . Still le sara diri.

    ReplyDelete
  12. Jangan bimbang. Malaysia dah kearah sumber terbuka. Tapi sejauh mana laju tu ak x pasti. Mind set student ipt? ya aku stuju. memang ramai yang x berapa minat sumber terbuka. Salah satu sebab ialah Visual Studio. Mmg rmai yang yang lebih cenderung ke arah Windowsnya platform sebab programming visual studio ni cantik + baru lagi. Klau compare dgn linux, common programming C. So ak rsa sebab tu x ramai yang nk develop dlm linux.

    Alhamdulillah syukur sebab task utk LI ak bulan 5 ni nnt kena develop plugin VLC player. Ni la first time ak belajar develop dalam c.

    Papepun skrang mmg dh nampak malaysian dah kearah open source. Mungkin dgn suntikan government skit ke(hehe tengok bayak 60 billion Pak Lah bagi) mungkin ble merangsang lagi pembangunan sumber terbuka di Malaysia.

    Peace All Open SOurce supporters & Linux users.

    ReplyDelete
  13. ape lagi, buat serangan hendap Linux di IPT anda!
    hehe..

    sebenarnya apa yang perlu ada untuk lari dari menjadi end-user adalah menjadi end-user itu sendiri, dan bermula dari end-user, siapa tahu anda mungkin mendapat kesedaran untuk menjadi salah seorang developer..menaip script untuk translation bahasa pun sebenarnya antara tugas seorang developer, cuma tak mengadap script aje..jadi, jom mulakan tugas membina Ubuntu dalam bahasa Melayu..mana tahu itu jadi idealogi penggunaan menyeluruh Linux dalam kehidupan rakyat Malaysia ;)

    ReplyDelete
  14. Ada saja anak tempatan yang sudah membuat aplikasi utk debian dan diletakkan didalam repo debian termasuk la Ubuntu yang mempunyai asas debian. Kaji btol2. :D

    Ramai ke tidak bilangannya itu kurang pasti. Tapi kene bergantung pada ratio penduduk kita jugak. Programming ni ada orang jadikan sebagai hobi, orang yang mcm ni lah yang akan membangunkan aplikasi utk sumber terbuka. Sebab dari hobi ia akan menghasilkan sesuatu yang boleh digunapakai oleh seluruh pengguna komputer.

    ReplyDelete
  15. tuh la kan
    samala ngan aku
    kekal jadik end user je
    bila la nak jadik revolutioner kan. hehe :)

    ReplyDelete
  16. bagi aku plak..jgn salah kan IPT ke..goverment ke yang tak dedahkan..sebenarnya diri kita sendiri gak..cam aku dulu belajo kat IPT..mmg takde pendedahan pun..tp sendiri try install time tu tak silap aku redhat 5 ke 6 ke 7 aku tak ingat.(ssblm redhat ent n fedora) nak setup dia pun separuh mati sbb nak kene setup satu persatu..so ape2 pun atas diri kita juga sebenarnya..tak dinafikan kite dari sekolah dan didedahkan dengan michaelsoft..tp ape yg perlu utk IPT student kite kene amik inisiatif sendiri..sbb selalunya kita diajar teori n based kepada buku..bila aku start keje n bila tgk buku balik kekdg bila kite buat keje dlam real environment tak sama seperti dalam buku so dari situ kite kene amik inisiatif sendiri..ape2 pun semua ni terpulang pada kita jugak..just my 2 cent

    ReplyDelete
  17. @Gunblade IV: setuju dgn ko.

    subjek based on open source biasanya tetumpu lebih kepada budak2 computer science..budak IT pon ade jugak..tp kalo dalam comp science, subjek macam network system administration dan network programming akan gunakan open source based dan sun solaris nye system.x sure la kat univ lain buat ke x, tp biasanya subjek2 ni mmg gunakan oss pon. lagi 1, utk peringkat univ, macam adi ckp, LUG tu lebeh kurang macam SIG la..special interest group..sptt nye aktiviti2 cmni lebeh bnyak dibangunkan.dalm SIG group masing2 akan dipecahkan pada interest masing2, cth minat programming 1 grup, open source 1 grup etc2.. dalam tu akan dibincang utk pembangunan dan pengenalan kepada bidang2 tu..dalam SIG ni leh bentuk dah(utk peringkat univ) utk pembangunan software2 simple. tp seme tu bergantung kpd individu, sbb benda ni kat univ aku x wajib, based on interest.sape nak, masuk.aku stuju la kalo ade diperkenalkan full course utk ajar oss nye course shja..utk peringkat organisasi dsbnya, kompom dah ade da developer2 melayu..programming is a must..kene asah balik la teknik2 coding ni haha

    ReplyDelete
  18. @Gunblade IV : huhu..ada2..tp masih bkn budaya.

    ReplyDelete
  19. salam..
    akan aku cuba untuk membuat sesuatu dari opensource ni.
    tak mungkin takboleh buat kan..sbb dah ada ramai yang dah buat kat luar sane..

    baru2 ini aku sudah menginflunce 3orang dari kawan aku untuk convert ke ubuntu. so aku pun ajar la ape yang patut ada dalam ubuntu ini,dan apa yang patut dilakukan.hurm..tak sabar rasanye..nak tahu lebeh.

    aku blajar kat U ni ada subjek about linux agaknyer..tapi semasa tahun ke3 la. sekarang aku tahun ke2. ini maknenyer ipt dah mulakan perjalanan kepada open source la jugak.InsyaAllah akan berterusan.

    ReplyDelete
  20. Setuju dengan pandangan tuan tentang senario 'End User' di Malaysia. Saya baru balik dari Kota Kinabalu untuk menghadiri MCC di One Borneo. Seramai 142 student IPT telah datang dimana 75% dari 142 orang ini berbangsa Cina. MCC merupakan pertandingan untuk mencipta 'content' untuk telefon bimbit. Hadiahnya RM100 Ribu.

    Pembentang kertas kerja bukan calang-calang. Ini termasuklah Kartunis UBI (satu-satunya kartunis yang mencipta content untuk handphone), Asri al-Baker (Satu-satunya orang melayu dalam society Symbian dunia & co-faunder Symbianku.com), Mr. Muthu @ Murasu Comm. (Software 'tamil SMS' yang dibangunkan beliau digunakan di seluruh dunia) dan Shaizul Amal (Metadome, syarikat terbesar MELAYU di alam 'content' telefon).

    Encik Asri dan Mr. Muthu menitikberatkan betapa pentingnya Open Source dalam penciptaan perisian masa depan. Teknologi yang disebutkan oleh kedua-dua mereka termasuklah Maemo, Android, Symbian dan J2ME. Android dan Maemo sebagai contoh adalah OS LINUX pada telefon bimbit (atau smartphone). Saya di bahagian belakang dewan sangat teruja dengan maklumat yang diberikan oleh mereka. TETAPI.. sedihnya.. (90% dalam dewan itu student 'Software Engineering') peserta-peserta langsung tidak tahu-menahu tentang 'Open Source', 'Python', 'Emulator', 'Packaging', 'Framework', 'API', 'Blackberry', 'CLDC & MIDP' dan.. 'kernel'.

    Menjadi masalah besar kepada saya apabila sessi bebas dijalankan, 3 orang pelajar ini datang kepada saya bertanyakan tentang 'file formats' dan 'packaging' bagi sesuatu perisian jika mereka membangunkannya. Salah satu soalan mereka 'encik macamana kita nak buat software kalau telefon ni semua tak boleh menerima *.EXE ?'

    Come-on... adakah dunia mereka ini hanya 'tertutup' oleh Microsoft sahaja? Adakah langsung mereka tak pernah mendengar perkataan 'Open Source' dalam 3-4 tahun pengajian mereka di fakulti? Bayangkan perkataan 'Ubuntu' pun mereka tak pernah dengar? "Kalau LINUX tu tau laa encik" sambung mereka lagi.

    Masalah ini sebenarnya kritikal. Kalau budak universiti jurusan IT pun tak tahu apatah lagi masyarakat di luar sana? Apa yang boleh saya simpulkan adalah - rakyat 'IPT' Melayu hanya 'pergi ke sekolah untuk belajar' dan bukannya menggali ilmu pengetahuan di makmal universiti. Tidak seperti zaman 'Dot Com' sekitar tahun 1995-97 dulu kami begitu teruja dengan pelbagai teknologi yang wujud seperti JAVA, Slackware/Red Hat, HTML, dan Flash. Sifat ingin tahu terlalu tinggi sampai sanggup membayar puluhan ringgit untuk menghadiri seminar 'JAVA' yang dianjurkan oleh Sun Microsystem (best jugak lah sebab dapat StarOffice percuma waktu tu) di Kuala Lumpur.

    MCC adalah seminar percuma. Paling sedih apabila saya mengetahui yang 4 kelas telah dibatalkan dan pelajar-pelajar ini 'dikerah' oleh pensyarah mereka untuk menghadirinya. Patutlah mereka 'tidur' dan bersikap acuh-tak-acuh sahaja. Mereka ini bakal menjadi 'executive' dan berasimilasi dengan masyarakat. Bayangkan jika mereka ini mengepalai 'Mimos', 'Technology Park' dan 'Cyberjaya'.. saya rasa Malaysia akan tetap menjadi negara 'End User' terbesar di Asia Tenggara untuk tempoh 10-20 tahun lagi.

    Perasan tak jika anda menyoal masyarakat 'Anda menaip guna apa' dan mereka menjawab 'Saya menaip guna Windows'?? Ya, itulah realitinya kerana rakyat kita masih tak faham apa itu OS dan apa pula 'Application'.

    Tapi semua yang tercatat di atas merupakan pandangan peribadi saya sahaja selaku 'orang kecil' yang sentiasa menyalak bukit. Tahniah diucapkan kepada MelayuBuntu kerana hadir dalam Bahasa Melayu untuk generasi kita yang akan datang.

    Mohammad Adli Ayob / Symbianku.com

    ReplyDelete
  21. aku bukak tudung botol sos jer reti ..hok hok

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...