Tuesday, March 10, 2009

Buka fail Microsoft Office dengan OpenOffice.org tanpa kecacatan dalam Ubuntu.

Ada pengguna yang bertanya saya mengapa OpenOffice.org masih dilihat gagal membuka fail .DOC atau .DOCX tanpa sebarang kecacatan. Meskipun tidak ada yang bertanya sebaliknya (rasanya macam tak adil), namun saya perlu menyediakan jawapan kepada setiap persoalan yang diajukan kepada saya tanpa perlu menjawab "tak tahu" setiap kali ditanya (saya suka jawab tak tahu kalau betul-betul tak tahu).

Sebagaimana yang kita tahu, untuk Microsoft Office 07, microsoft telah memperkenalkan jenis format fail yang baru iaitu .DOCX, .XLSX, .PPTX yang turut dinamakan OpenXML (apalah yang dimaksudkan dengan open tu wallahuaklam). Ini menyebabkan bukan sahaja OpenOffice.org, malah Microsoft Office 04 sendiripun gagal membuka jenis format fail tersebut dan Microsoft masih lagi ingin memanggilnya "OPEN". Apa yang Microsoft harapkan ialah, semua pengguna Microsoft Office 04 akan beralih kepada Microsoft Office 07 - tindakan ini dilihat sebagai satu pemaksaan dan ianya memperlihatkan betapa tidak untungnya pengguna apabila hanya bergantung kepada hanya 1 perisian. Itu sebenarnya cerita lain yang segaja saya selitkan.

Elok rasanya anda membaca atau melihat screenshot dalam laman : http://www.oooninja.com/2008/12/better-office-docx-converter.html. Menggunakan odf-converter-integrator anda akan dapat membuka fail Microsoft Office dengan lebih baik menggunakan OpenOffice.org dan saya sendiri mencubanya dan mengesahkannya. Untuk pengguna ubuntu, sila download fail .DEB anda dari laman : http://katana.oooninja.com/w/odf-converter-integrator/download dan pasang fail .DEB tersebut sebagaimana yang didokumentasikan dalam manual ubuntu.

Semoga artikel ini bermanfaat.

6 comments:

  1. Terima kasih zul.saya pun tercari-cari juga cara buka fail m.o ke dalam ooo tanpa perubahan.

    ReplyDelete
  2. hmm. itu la MS. Open la sangat. geram gile. but still, uni gune MS. nasib baek ade Mac, so, pape kerja, nak print terus PDF je. haha. xde lari2 or x leh bukak kat campus.

    OO.org still x auto-enable function tu ke? dah lama x chek plak sbb dah delete. hehe.

    ReplyDelete
  3. @abdus: bukan dah lama ada ke export ke pdf kat OOo?

    Apa MS x open pulak? Open to virus,intruders,spyware,trojans and adware. ekekeke

    ReplyDelete
  4. haha...microsoft open kepada virus ek...bagus jgk tafsiran 2...ekekeke

    ReplyDelete
  5. tp dia convert docx ke odt...bukan open docx directly..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...