Saturday, March 14, 2009

Pasang Joomla dan Wordpress dalam Ubuntu Desktop

2,3 hari ini saya disibukkan dengan beberapa perkara berkaitan pembangunan laman web yang menyebabkan saya perlu menguji beberapa CMS popular seperti Joomla, Wordpress atau mungkin Drupal, phpBB dan sebagainya. Untuk tujuan itu, saya perlu memasang beberapa pakej yang tidak dimasukkan secara default dalam ubuntu versi desktop seperti pakej server, database, php dan seumpamanya.

Menerusi laman dokumentasi joomla dalam ubuntu, maklumat yang tercatat ialah saya perlu memasang pakej berikut;
sudo apt-get install apache2 php5-mysql libapache2-mod-php5 mysql-server
Selesai proses pemasangan, kita perlu setkan kata laluan kepada mysql-root (menggunakan terminal)
mysql -u root

mysql> SET PASSWORD FOR 'root'@'localhost' = PASSWORD('yourpassword');
mysql> SET PASSWORD FOR 'root'@'yourhostname' = PASSWORD('yourpassword');
Setiap arahan yang anda masukkan dalam sesi mysql> akan menghasilkan output Query OK, 0 rows affected (0.00 sec) jika berjaya.

Keluar dari sesi mysql>
mysql> \q
Seterusnya, download pakej joomla dari laman web rasmi joomla. Ketika artikel ini ditulis, versi terkini ialah dengan nama Joomla_1.5.9-Stable-Full_Package.zip bersaiz 5.8MB. Kemudian unzip pakej joomla ini ke dalam /var/www/. Ini melibatkan sedikit pengetahuan tentang permission dan saya harap anda tidak mempunyai masalah mengenainya selepas anda membaca manual ubuntu.

Pakej joomla yang telah diunzip ke dalam /var/www/ itu tadi perlu ditetapkan permission sekali lagi;
sudo chown -R www-data:www-data /var/www/joomla
sudo chown -R root:root /var/www/joomla
cd /var/www/joomla
PLACES='
administrator/backups
administrator/components
administrator/modules
administrator/templates
cache
components
images
images/banners
images/stories
language
mambots
mambots/content
mambots/editors
mambots/editors-xtd
mambots/search
media
modules
templates
'
for i in $PLACES; do
sudo chown -R www-data:www-data $i
done
cd /var/www/joomla
sudo find . -type f -exec chmod 644 {} \;
sudo find . -type d -exec chmod 755 {} \;
Joomla perlukan database, user dan password.

Binakan satu database dengan nama "joomla"
mysqladmin -u root -p create joomla
Tetapkan user dan password untuk database "joomla"
mysql -u root -p
mysql> GRANT SELECT, INSERT, UPDATE, DELETE, CREATE, DROP, INDEX, ALTER, CREATE TEMPORARY TABLES, LOCK TABLES ON joomla.* TO 'yourusername'@'localhost' IDENTIFIED BY 'yourpassword';
Gantikan yourusername dan yourpassword dengan sesuatu yang anda sukai. Jika anda copypaste arahan diatas dan mendapat error, sila taipkan satu persatu.
mysql> FLUSH PRIVILEGES;
mysql> \q
Delete history;
gedit ~/.mysql_history
Restart Apache
sudo /etc/init.d/apache2 restart
Buka firefox dan taipkan http://localhost/joomla/ dan teruskan dengan proses pemasangan joomla seperti biasa.

Untuk memasang wordpress pula, kini semua telah tersedia kecuali anda perlukan database baru khas untuk kegunaan wordpress. Namun sebelum itu, anda perlu download pakej wordpress terlebih dahulu.
sudo gedit /etc/apache2/apache2.conf
Masukkan line berikut pada line terakhir apache2.conf;
AddType application/x-httpd-php .html
Save dan tutup gedit.

Proses penyediaan MySQL;
sudo mysql_install_db
mysql -u root -p
mysql> CREATE DATABASE wordpress;
mysql> CREATE USER wordpressuser;
mysql> SET PASSWORD FOR wordpressuser = PASSWORD(“password”);
mysql> GRANT ALL PRIVILEGES ON wordpress.* TO wordpressuser@localhost IDENTIFIED BY ‘password’;
NOTA: Masukkan kata laluan mysql anda ditempat yang sepatutnya. Saya dapati menaip secara manual lebih efektif dari copypaste command diatas.

Seterusnya, untar pakej wordpress yang anda muatturun ke /var/www;
sudo tar -zxvf wordpress-2.7.1.tar.gz /var/www
Dipendekkan cerita, masukkan command berikut;
sudo gedit /var/www/wordpress/wp-config-sample.php
Tukar putyourdbnamehere kepada wordpress.
Tukar usernamehere kepada wordpressuser.

Tukar yourpassword kepada password yang telah anda tetapkan pada proses GRANT ALL ON wordpress.* TO wordpressuser IDENTIFIED BY ‘password’; tadi. Selepas selesai (pastikan jangan ada kesalahan ejaan), simpan fail tadi ke /var/www/wordpress dengan nama wp-config.php. Semuanya kini telah berada ditempat yang sepatutnya dan apabila anda taipkan http://127.0.0.1/wordpress ke alamat firefox, anda akan dibawa ke laman pemasangan wordpress seperti biasa. rujuk : http://www.jonathanmoeller.com/screed/?p=826

Semoga perkongsian ini berguna.

9 comments:

  1. mosh pnah try guna drupal, mmg besh, yg pling cun fsdaily nye website, mcm digg.com, tapi ada satu lagi cms yg srupa, nama dia reddit, dia nye cms dh open for download gak n bleh dikatakan ok la gak

    ReplyDelete
  2. Laman ni aku edit dan run dulu dalam Ubuntu
    Wordpress dalam Ubuntu jerr..
    (Ubuntu + Wordpress = SUSE Server)

    http://masscomm.kolejshahputra.edu.my

    ReplyDelete
  3. Salam Zul,

    Aku rasa ko kena buka kelas la.... sebab rasanya tidak semua akan faham nak buat hanya dengan membaca artikel. Aku rasa ramai gak akan joint jika ko buat kelas untuk 'main' ngan joomla. aku guna gak joomla tapi versi lama (1.0). Tapi orang ajar aku hanya post berita jer sebab semua dah siap design.

    bro zul,
    jika aku nak buat website guna wordpress contohnya, jadi bagaimana dengan hosting? berapa gb diberi untuk setiap pengguna?

    ReplyDelete
  4. wow!
    sungguh kompleks..
    saya lebih selesa guna xampp..

    ReplyDelete
  5. @ayem36 : hosting kene beli. ada pakej2 storage ngn bandwidth dia... tapi kalo nk wat server sendiri pun bleh gak...tp 2 pun kne ada domain name utk setkan ke ip server tuh... aku xpnah buat lg.pnah try tp gagal..dlu rr...heheh

    @akmal hisyam : xkompleks sebenarnya klu aku leh tunjuk depan ko.just follow step by step jer..hehe

    ReplyDelete
  6. cara boleh dipermudahkan dengan installkan phpmyadmin. Kalau dah install phpmyadmin, cara setup joomla, or other CMS akan jadi sama la dengan xampp. Takde beza langsung.

    Cumanya, apa CMS yang individu tu prefer?haa.. itu yang kita tak tau...

    ReplyDelete
  7. @Gunblade IV:yup btol tu.sbb lgi sng gune phpMyAdmin,lebey kurang cam webserver hosting.lagi satu,ak sbnrnye jrg gune care nie nk wat,sbb ak lebey suker gune tasksel

    sudo tasksel install lamp-server

    cuber test.sbb dier akan install LAMP server a.k.a LinuxApacheMysqlPHP.sori kalo salah..:P

    ReplyDelete
  8. lupe lak nk tmbah,kalo bagi yg malas nak chmod or whatsoever gune terminal,gune command

    sudo nautilus

    nti dier akan open satu windows baru ngn akses root,so leh chmod,chown ape2 je la.sbb kalo gune nautilus bese,dier xgune akses root...

    ReplyDelete
  9. sekarang versi Joomla yang update 1.5.15. Selamat mencoba. Salam kenal ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...