Getting Things Done (GTD) merupakan satu konsep perisian pengurusan carta kerja (task manager) yang semakin diberi perhatian dalam penggunaan desktop. Ianya merupakan implementasi terus untuk konsep paperless (tanpa kertas) yang semakin mendominasi teknologi. Tidak perlu lagi nota-nota picisan yang ditampal di whiteboard, atau diari peribadi yang perlu dikemaskini. GTD akan melakukan semua itu dan menjadikan kerja seharian anda lebih tersusun dan berdisiplin.AWAS, jika anda bukan seorang yang suka mendisiplinkin diri, anda mungkin tak perlukan perisian sebegini. Saya menemui satu projek pembangunan aplikasi untuk Linux yang dipanggil Getting Things Gnome! yang memakai konsep GTD dan menfokuskan kepada mesra pengguna, fleksibeliti, dan mudah.

Aliran penggunaan perisian ini ialah : tetapkan kerja --> tetapkan tarik mula dan penamat (pilihan) --> tetapkan tab dan subkerja (pilihan) --> "Mark as done" untuk kerja yang anda sudah selesaikan --> Selesai.
Anda perlukan perisian seperti ini ialah untuk menguruskan carta kerja anda, mendisiplinkan diri dan mengurangkan penggunaan kertas dan dakwat pen anda. Jika ianya tiada kaitan dengan keperluan anda, sila abaikan perisian ini dan tiada siapa yang memaksa anda menggunakannya.
Getting Things Gnome! baru sahaja dilancarkan baru-baru ini memakai nombor versi 0.1 dan merupakan sebuah perisian sumber terbuka yang mana anda boleh terjun ke dalam pembangunannya jika berminat. Proses pemasangannya dalam ubuntu ialah dengan menambah repo berikut:

deb http://ppa.launchpad.net/gtg/ppa/ubuntu intrepid mainUpdate metadata APT dan pasang pakej gtg.
deb-src http://ppa.launchpad.net/gtg/ppa/ubuntu intrepid main
dh try..
ReplyDeleteboleh jadi jadual buat assignment aku nie..
ahaha..