Monday, March 09, 2009

Adakah EXT4 bersedia untuk penggunaan desktop?

Ubuntu Jaunty 9.04 yang bakal diterbitkan pada April ini menggunakan kernel linux 2.6.28 sekaligus menyokong sistem fail yang baru iaitu EXT4. Meskipun pihak pembangun ubuntu tidak akan menjadikan sistem fail baru ini sebagai default dalam ubuntu, namun ramai pengguna akan memilih sistem fail ini apabila diwar-warkan bahawa ia akan meningkatkan prestasi komputer dan keselamatan data yang disimpan dalam cakera keras.

Saya sendiri pun bercadang menggunakan sistem fail ext4 dan ingin mencuba sendiri perubahan yang diperkatakan sehinggalah saya terbaca tulisan disini. Beberapa pengguna ext4 telah melaporkan beberapa kelemahan sistem fail ini yang mungkin disebabkan oleh ketidakstabilan dalam sistem tertentu antaranya;
Saya baru-baru ini memasang ubuntu jaunty ke dalam cakera keras baru menggunakan Ext4 untuk semua data saya.

Kali pertama saya menghadapi masalah ini beberapa hari lepas ketika kejadian kehilangan bekalan kuasa tiba-tiba menyebabkan konfigurasi fail untuk ktimetraker telah menjadi 0 byte. Saya tidak pasti jika fail lain turut terlibat tetapi saya hanya perasan ktimetraker.

Hari ini, saya eksperimenkan beberapa ketetetapan BIOS dan membuatkan sistem gagal berfungsi selepas log masuk ke desktop. Selepas menghidupkan kembali komputer, apajua fail yang ditulis oleh apa jua aplikasi semasa sesi desktop lepas bertukar menjadi 0 byte. Contohnya plasma dan beberapa fail teras KDE telah di reset menjadi 0 byte. Juga data MySQL milik saya juga telah sama sekali rosak.
Menariknya, ia bukan masalah dalam ubuntu sahaja,
Saya rasa saya patut menambah laporan ini, ketika saya menjalankan Gentoo, saya turut menghadapi masalah yang sama.

Baru-baru ini saya telah menaiktaraf sistem fail kepada ext4, dan saya jalankan game menggunakan wine dan tiba-tiba sistem gagal berfungsi (masalah grafik). Selepas sistem dihidupkan kembali, kesemua fail registry bagi wine menjadi 0 byte dan begitu juga yang berlaku kepada konfigurasi fail gnome. Menggunakan kata arahan fsck ketika menghidupkan sistem, saya mendapat tahu yang sistem telah membuang lebih dari 760 fail.
Anda boleh baca selanjutnya dalam laporan lain disini.

Jadi macam mana? Adakah anda yakin ext4 adalah sistem fail yang sudah bersedia untuk digunakan dalam desktop oleh pengguna biasa? Mungkin anda ingin membaca penerangan kepada semua masalah ini yang ditulis oleh seorang pengodam kernel. Faham-fahamkan..

4 comments:

  1. hmmmmm........

    x stabil lagi ext4 ni. Ke kernel yg problem?

    ReplyDelete
  2. Biasanya Fedora yang berani cuba benda bari dalan agihan linuxnya.

    Dalam konteks EXT4, saya tidak pasti mereka sudah cuba dalam agihannya atau belum.

    Fedora lebih berani ambil risiko berbanding yang lain.

    Agihan Linux laih, hanya perlu tunggu hasil keputusan

    ReplyDelete
  3. @flaming : yup..kernel prob..

    @hasbullah : entah la..fedora 11 pun baru alpha..huhu

    ReplyDelete
  4. ext4..
    saya pun ada masalah bila try guna ext4 pada jaunty..
    laptop saya lgsung takleh nak boot..
    terus saya guna intrepid semula..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...