Saturday, March 07, 2009

"Rip" Video CD (VCD) dalam ubuntu

Rip atau dalam bahasa melayu "koyak" atau "rabak" dalam bahasa komputernya bermaksud menyedut data (biasanya video) dari CD atau DVD untuk kemudiannya di simpan ke dalam simpanan data dalam komputer. Oleh kerana malaysia masih popular dengan VCD yang boleh didapati dengan RM5 untuk satu movie di pasar-pasar malam, kerja-kerja koyak vcd untuk disimpan dalam simpanan data komputer merupakan satu ilmu yang wajar dimiliki oleh pengguna komputer biasa. Berita baik untuk pengguna ubuntu, anda kini boleh koyak VCD anda dengan mudah dan cepat. Tutorial ini ditulis setelah saya sendiri mencubanya.

Langkah demi langkah.

1.Pasang pakej VCDimager
sudo apt-get install vcdimager
2.Pasang K3b
sudo apt-get install k3b
3.Masukkan VCD ke dalam CDROM dan buka K3b dari Applications > Sound & Video.

4.Pada tetingkap K3b, pergi ke Tool > Rip Video CD.



5. Klik butang "show track" dan klik kanan pada video untuk memilih Start Ripping.


6.Tetapkan lokasi dimana untuk simpan video. Pastikan anda tetapkan ke folder yang kosong. Kemudian klik butang Start Ripping.


7.Proses "Ripping" sedang berlaku.


8.Fail video adalah dalam format .MPG dan boleh dimainkan dengan video player ubuntu. Contohnya, saya menggunakan VLC.


Semoga tutorial ini membantu.

2 comments:

  1. hehe tq...selalunya VCD ni kita tak yah rip...kita tukar kan je (dot) di belakangnya kepada .mpg...dan terus boleh main...

    ReplyDelete
  2. @Anonymous:yg rename tu pun ikutkan xyah.play je tros gune vlc.sbb format dat kan?kalo lam windows leh men tros.kalo kat vlc,leh open with gak.dier bleh plasy tros.tp mybe zul leh wat tutorial nak combine 2 file .dat ntuk jadik 1 file .avi.thanxx

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...