Tuesday, March 03, 2009

Linux market share dan kesan krisis ekonomi global keatas pengaruh perisian sumber terbuka

Sudah agak lama saya tidak "menjeling" kepada statistik market share sistem operasi yang direkodkan oleh NET APPLICATIONS. Kali terakhir saya berbuat demikian ialah sekitar Ogos tahun lepas dan seingat saya market share bagi linux pada ketika itu ialah 0.82%. Semalam saya memeriksanya kembali dan mendapati market share linux sehingga february ialah 0.88%.

Anda tentu memandang enteng kepada angka 0.88% jika hendak dibandingkan dengan market share windows yang mendominasi 88.41% dan Mac OSX 9.61%. Seakannya linux masih lagi tidak ada tempat dan dilihat sebagai sistem operasi underdog, tempang dan tidak dihiraukan kewujudannya. Tetapi, adakah hakikat sebenarnya begitu?

Kini krisis ekonomi kembali lagi selepas melengkapkan kitaran 10 tahunnya. Ianya sama sekali membuktikan kegagalan sistem ekonomi kapitalis yang digunapakai dunia termasuk dunia islam. Meskipun saya bukan ahli dalam bab ekonomi, tetapi krisis yang sedang melanda ekonomi global ketika ini secara lansung akan mempengaruhi cara berbelanja individu dan organisasi yang pastinya melibatkan peruntukan untuk kelengkapan IT.

Saya tertarik kepada kenyataan yang dibuat oleh CEO Microsoft, Steve Ballmer yang mengakui bahawa Linux adalah pesaing yang lagi hebat dari Apple. Mengapakah seorang CEO sebuah syarikat yang besar boleh membuat kenyataan dengan tidak berpandukan kepada statistik market share semasa? Tidak, Ballmer tidak salah. Ini kerana Ballmer melihat kepada masa depan dan krisis ekonomi yang dihidapi dunia sekarang bakal meletakkan suasana adalah cukup genting bagi gergasi sistem operasi tersebut.



Ballmer juga menyatakan, Windows Pirate turut menjadi ancaman kepada syarikat berkenaan dan sedang "merancang sesuatu" untuk menghadapinya dengan melancarkan Windows 7. Persoalannya, adakah Microsoft akan menyusahkan Windows 7 dari digunakan secara tidak sah atau adakah harga windows 7 akan dikurang secara dramatik untuk menggalakkan pengguna komputer membelinya secara sah? Analisis saya, sekiranya Windows 7 datang dengan harga RM600++ bagi versi home basic, Microsoft sedang menempah maut - apalagi dalam suasana ekonomi dunia yang cukup tenat.

Saya tidak bercakap enteng. Organisasi kerajaan, NGO, NPO, adalah antara badan cukup berpotensi untuk beralih kepada perisian sumber terbuka bagi menghadkan peruntukan kelengkapan IT dan sekaligus menjimatkan kos. Jika sekiranya Organisasi, NGO dan NPO seluruh dunia beralih kepada perisian sumber terbuka, apa yang boleh anda ramalkan akan berlaku kepada market share sistem operasi? Saya serahkan kepada anda untuk meramalkan bagaimana semua itu bakal tercipta.

3 comments:

  1. Cukup menarik apa yang saudara perkatakan.

    Sememangnya pengguna telah lama dikekang dengan kata-kata PC tanpa windows ibarat sebuah mesin yang tidak berfungsi. Dengan adanya kempen yang agak agresif untuk mendekati pengguna PC di Malaysia untuk mengenali Linux terutamanya UBUNTU, diharap pengguna akan menyedari bahawa dunia sumber terbuka adalah yang terbaik dari segi kos operasi dan kreabiliti.

    ReplyDelete
  2. Klakar pulak Windows Pirate antara penyumbang kenaikan rating Microsoft...hanya segelintir jek yang gunakan sumber terbuka ni.di Malaysia contohnya,mereka terlebih kepada Windows,para pengguna tak kesah tentang harga. adanya pirate?lagi lah..MURAH..memang berleluasa skrg ni..so bila terhapusnya perisian pirate ni...Mungkin akan berkembang lah sumber-sumber terbuka UBUNTU contohnya...Internet pula,wajib ade sekiranya anda menggunakan sumber terbuka.tak semua org kita mampu ade internet dirumah...FIKIRKAN

    ReplyDelete
  3. Linux to Succeed 2015!

    @melayubuntu : nampaknye dah kelihatan kelibat pesaing yang dh tak mampu bersaing..kui3

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...