Tuesday, March 17, 2009

Perisian mesej segera (IM) terbaru : Synapse


Ubuntu Linux dibarisi perisian mesej segera pidgin dan jika anda tidak berpuas hati dengannya, empathy mungkin sesuatu yang baik untuk dicuba. Kini kita mempunyai pemain baru iaitu Synapse yang bakal merancakkan persaingan dan mempelbagaikan pilihan kepada pengguna.

Synapse baru sahaja dilancarkan dan masih dalam versi alfa dan setakat ini hanya menyokong protokol XMPP. Ia mempunyai ciri dan fungsi berikut;
  • Grid View : Seperti yang anda boleh lihat dalam imej diatas, synapse mempunyai 2 pilihan paparan rakan-rakan iaitu grid dan list view.
  • Activity Feed : Pada tab activiti, anda boleh mendapatkan kemaskini terbaru tentang apa yang sedang rakan-rakan anda lakukan seperti sedang mendengar lagu, kemaskini twitter dan sebagainya.
  • Photo Sharing : Fungsi berkongsi foto yang diintegrasikan terus ke dalam ruangan chat.
  • Web Preview : Ini fungsi yang sangat menarik. Ianya membenarkan ruangan chat untuk preview sesuatu laman web seperti youtube dan sebagainya.
  • Code Sharing : Katakan anda ingin copypaste kod-kod pengatucaraan, ianya akan highlight kan syntax kod anda dalam ruangan chat!


fungsi web preview.

Pergi ke laman Download Synapse untuk proses pemasangan dalam ubuntu. Kemudian, add saya ke dalam akaun google talk anda. (zul.malc@gmail.com)

7 comments:

  1. wah..
    mcm menarik..
    sekarang jugak aku donlod..

    ReplyDelete
  2. lamenye tk layan google talk..
    ahahaha ;P

    ReplyDelete
  3. hoho...baru nak tulis pasal nie, hang dah review dulu...laju tul..haha

    ReplyDelete
  4. Skrin pertama tu ada gaya cam Air nye application lak. Nice gak. Aku tak berapa gemor Pidgin, sebab tak chantek.. huhu.

    ReplyDelete
  5. @aman : hahah..biasa ko yg laju...ni aku plak laju..wakaka

    @MK : yupp..dia xguna GTK. Guna Mono ngn qt ape ntah...huhu

    ReplyDelete
  6. Still tak best macam Gyache sebab tak boleh tengok orang yang berhalimunansi (baca : invisible).

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...