Saturday, April 13, 2013

Berita/Artikel Menarik Tentang UBUNTU

Fuhhh fuhhh fuhhh....berabuk penuh blog nih....minta maaf banyak-banyak daripada pihak Melayubuntu kerana gagal untuk update blog seperti biasa. Memandangkan menulis ini dibuat secara sambilan maka tenaga dan fokus tidak dapat diberikan kepada blog ini seperti yang dikehendaki.

Tanpa berlengah lagi lihat artikel menarik minggu ini:

Ubuntu After Install - Automasikan proses instalasi ke desktop, laptop dan sebagainya. Memudahkan instalasi@pemasangan untuk pengguna baru. Hanya klik fail .deb dan biarkan Ubuntu selesaikan proses instalasi secara automatik sambil anda menikmati kopi bersama biskut marrie. Amaran: ini projek personal, eksperimental, Jangan guna untuk komputer pejabat...hehe

Is Bing biased against Ubuntu? - Distrorank telah melakukan satu eksperimen dengan membuka 2 tab bersebelahan untuk 'search' 4 distro linux terkenal; Linux Mint, Arch Linux, Ubuntu Linux dan FreeBSD. 'Result' nya Bing melaporkan 95% kurang 'result Ubuntu Linux' berbanding Google.

Sorting Out the Linux Desktop Mess - Standard lawan modified linux? Apa yang membuatkan Linux kelihatan kelam kabut dalam GUI nya?

Benchmark Ubuntu 12.04 LTS Vs 13.04 LTS - Mana satu pilihan untuk prestasi yang lebih baik. Hardware yang digunakan adalah Macbook Pro dan ThinkPad W510.

Kylin OS; distro berdasarkan Ubuntu pertama negara tembok besar - ini adalah sebahagian daripada inisiatif Pelan 5 tahun kerajaan China untuk mempromosikan Perisian Sumber Terbuka dan mengalakkan ekosistem Sumber Terbuka didalam negara mereka. Pelan ini adalah dengan usahasama Canonical.

Follow ShimGeek @ ShimGimp di twitter @shimGimp 
Ada sebarang pertanyaan tentang ubuntu, linux atau tentang open source. Boleh emel ke saya hashimwinger11@gmail.com

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...