Monday, August 29, 2011

MelayUbuntu setup: Shimgeek

Projek ini bakal menjadi satu siri tetap yang akan dijalankan oleh Shimgeek untuk melihat apakah setup-setup yang digunakan oleh pengguna-pengguna Melayubuntu. Saya akan bermula dengan diri saya dahulu.

Shimgeek atau nama sebenar Mohd Hashim bekerja sebagai kerani syarikat pembinaan. Apabila dia tidak bergelumang dengan lukisan-lukisan pembinaan beliau selalu godek-godek perisian computer seperti Inkscape dan Gimp. Seorang yang berminat dengan keindahan seni dan warna-warna, kadang-kadang berkicau di laman Twitter, dulu sangat aktif dalam FB sekarang dah kureng...menjadi penulis jemputan Melayubuntu sejak tahun 2010. Sangat obsesss dengan buku, jika dikira-kira bukunya lebih banyak daripada pakaiannya.

Shimgeek setup:

1. Bagaimana Setup anda?



2. Apakah setup Ubuntu/Linux sekarang?

Untuk seharian, saya menggunakan 14" acer aspire 4710, di mana merupakan laptop yang pertama dibeli semasa di universiti dahulu. Bagi saya ini merupakan laptop yang paling terbaik dihasilkan oleh acer kerana semenjak digunakan 3 tahun lepas tak pernahnya meragam sekalipun berbanding dengan laptop mahal kawan-kawan saya. Cuma nak komplen jangka hayat bateri yang sedikit kurang 2 jam je. Menggunakan system operasi Lucid Puppy versi 5.2.8 saya tak pernah rasa lag.


3. Perisian apa yang anda gunakan seharian, dan untuk apa anda gunakannya?

· Yakuake untuk command line, kadang-kadang buat pos dalam vim

· Gimp untuk edit gambar-gambar yang lama

· Inkscape untuk reka bentuk baju dan bisnes kad dan bermain-main dengan vector

· Chrome, Firefox unutk melayari internet,

· Mplayer untuk memainkan semua jenis fail muzik dan video


4. Apakah setup yang diidamkan??

Besyukur sudah dengan apa yang ada. Tapi jika ada duit lebih saya akan naiktaraf kepada Macbook Air- yang mana ia akan memudahkan pekerjaan saya. Saya lebih utamakan portability dan bateri yang tahan lebih lama.


Sesiapa yang berminat untuk menhantar setup Ubuntu/Linux mereka, saya alu-alukan emel kepada hashimwinger11@gmail.com




Merdeheka kah kita?

Tahun ini kita akan menyambut hari kemerdekaan serentak dengan hari raya aidilfitri bagi yang beragama Islam, insyallah. Kemerdekaan yang disambut sejak 54 tahun. Dalam jangka masa 54 tahun itu adakah kita benar-benar telah merdeka dari erti kata sebenar?Kebebasan dalam memilih sesuatu produk, dan adakah kita didedahkan kepada pilihan-pilihan yang ada dan adakah kita tahu kewujudannya?
Merdeka dalam definisi kamus Dewan bahasa dan pustaka edisi ke-empat adalah bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain; tidak bergantung pada yang lain; berdiri sendiri.


Mungkin ada yang kurang Percaya jika saya katakan yang kita masih belum merdeka. Datuk nenek kita dahulu sahaja merdeka. Apa sebab saya mengatakan demikian; Kita ambil contoh sabun chap daki. Setiap hari kita lihat berulang-ulang kali produk sabun chap daki selalu terpampang di dada-dada akhbar dan kacamata televisyen. Satu situasi apabila anda pergi kekedai untuk membeli sabun, kebarangkalian sabun chap daki untuk anda beli adalah tinggi. Kerana apa?kerana anda selalu melihat iklan chap daki, dan mengganggap apa yang anda selalu tengok itu adalah bagus.

Yang cuba saya katakan ialah media boleh menjadi sebab mempengaruhi sesuatu kelakuan atau perbuatan semasa kita dalam keadaan tidak kita sedari. Cuba fikir kenapa waktu-waktu prima iklan di telivisyen antara pukul 7 malam hingga 11 malam adalah produk-produk yang selalu kita gunakan.

Sedara pembaca sekalian kita sebenarnya dimanipulasi oleh pihak media dengan iklan-iklan yang mencemar tingkah laku dan perbuatan asal kita. Tak menjadi kesalahan jika produk itu benar-benar bagus, yang menjadi kesalahan ialah produk itu tidak berkualiti.

Sama juga halnya dengan perisian-perisian yang kita gunakan semasa di universiti atau sekolah. Kita(pelajar) seakan-akan diberi keistimewaan khas oleh pihak pengajar* untuk menggunakan perisian-perisian cetak rompak atas alasan untuk pembelajaran(acedemic purposes). Pada hemat saya ini adalah salah satu langkah yang kurang bijak kerana ia menyebabkan tiada keberkatan dalam pelajaran tersebut. Sepatutnya, para pengajar patut membelikan perisian tersebut yang asli. Jika mereka tidak mahu, sepatutnya mereka berusaha mencari alternatif lain seperti mengesyorkan mereka pada perisian percuma atau sumber terbuka, bukannya dengan mengalakkan penggunaan perisian cetak rompak.

Pembaca Melayubuntu, saya yakin anda boleh bebas merdeka dari segi fikiran, kerana seseorang yang gemar mencuba sesuatu yang baru mempunyai kapasiti untuk menerima sesuatu yang baru dengan lebih mudah. Jadilah orang merdeka yang sebenar-benarnya merdeka, bukan hanya laungan merdeka!3x mebuatkan anda merdeka, tetapi jiwa anda, fikiran anda mestilah merdeka daripada anasir-anasir luar jahat yang sentiasa menginginkan kehancuran sebuah bangsa yang disegani, dicemburui, yang dihilangkan daripada sejarah atas sebab-sebab yang anda perlu cari dan gali sendiri.
*shimgeek menyanjung tinggi profesion para pengajar, yang ini cuma berlaku dalam kes-kes terpencil sahaja 'kot'.

Perutusan Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sempena hari raya aidilfitri yang bakal tiba, saya dengan ini mewakili penulis-penulis blog melayubuntu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin.

Seandainya selama setahun ini terdapat tulisan-tulisan kami yang

  • tidak tepat dengan selera pembaca
  • berbentuk provokasi, mencerca, menghina
  • terkasar bahasa, lengok tulisan yang memerli
  • dan sebagainya.
Sepuluh jari disusun, maafkan salah & silap.

Semoga Hari Raya Aidilfitri kita semua tahun ini memahat sejuta makna yang indah.

Wassalam.

Saturday, August 27, 2011

Tema Icon Faience : Icon Berasaskan Faenza Memfokuskan Gnome 3


Tema icon Faience adalah satu tema icon berasaskan tema icon faenza yang memfokuskan kepada Gnome 3 dan dihasilkan oleh Tiheum. Selain daripada menghasilkan tema icon, Tiheum juga telah menghasilkan satu tema juga dinamakan Faience untuk Gnome-Shell.

Buat masa ini tema faience masih lagi sedang pesat dibangunkan namun pengguna boleh memuatturun untuk mencubanya dalam ubuntu terbaru yang bakal dilepaskan iaitu 11.10.

Muatturun tema icon faience : http://tiheum.deviantart.com/art/Faience-icon-theme-255099649

Muatturun tema gnome-shell faience : http://tiheum.deviantart.com/art/Gnome-Shell-Faience-255097456

Wednesday, August 24, 2011

Versi Pembangunan Fedora 16 Alpha 1 Dilepaskan

Versi pembangunan kepada salah satu distro linux terkenal, Fedora 16 alpha 1 hari ini dilepaskan kepada umum.

Antara kunci perubahan yang diperkenalkan ialah;

- System boot loader grub 2 - Sistem pengesanan sistem operasi secara automatik
- Tiada desktop folder - boleh di-configure kembali
- Gnome 3.1
- CPUFreq menggantikan CPUSpeed yang membolehkan pengguna membuat perubahan pada cpu clock speed
- Mempertingkatkan fungsi virtualisasi
- Baca Release Note.

Berminat untuk memuatturun? Klik pautan di bawah;
https://fedoraproject.org/en/get-prerelease

Tuesday, August 23, 2011

Installer Ubuntu 11.10 akan memasukkan fungsi mengambil gambar webcam

Ubuntu 11.10 menjadi semakin menarik dengan kemasukan fungsi-fungsi baru dan kemudian Mark Shuttleworth sendiri mendedahkan cita-cita shell Unity dalam ubuntu 11.10. Kini satu lagi fungsi menarik bakal diperkenalkan iaitu ke dalam fungsi installer yang membolehkan pengguna mengambil gambar foto menggunakan webcam.


Menarik! Kerana ini juga bermakna ubuntu akan memfokuskan kepada sokongan driver kepada peranti webcam pada komputer dan juga desktop!

Monday, August 22, 2011

Gunalah Firefox Atau Chrome Di PPZ

Sebaik sahaja selesai sahur hari ini dan sementara menunggu Solat Subuh, saya mengambil sedikit masa untuk membaca cara-cara membayar zakat secara talian internet (online) di Pusat Pungutan Zakat yang dikendalikan oleh MAIWP.

Sebaik sahaja klik kepada URL http://www.zakat.com.my/, munculah halaman tersebut di skrin komputer saya. Lalu sebaik sahaja saya cuba alihkan kursor tetikus ke butang TAKSIR ZAKAT, BAYAR ZAKAT dan SEMAK PENYATA ZAKAT; alangkah terharunya saya muncul Flash untuk "PAPARAN TERBAIK SILA GUNAKAN FIREFOX atau CHROME". Lihat tangkapan skrin saya gambar 1 di bawah:

Gambar 1

Manakala tangkapan skrin Gambar 2 di bawah pula jelas mengingkat sekali lagi supaya pengguna menggunakan pelayar web FIREFOX atau Chrome! di Zakat2U.

Gambar 2

Jadi kesimpulannya ada 2 tujuan mengapa saya mengetengahkan entri ini:
  1. Secara tidak langsung entri saya ini mengingatkan kepada saya dan pembaca budiman semua supaya melunaskan Zakat (untuk muslim), terutamanya zakat Fitrah tahun ini sebelum terbitnya 1 Syawal nanti.
  2. Membuka minda saya bahawa pelayar Web Sumber Terbuka seperti Firefox dan Chrome juga mampu bersaing dan telah maju ke hadapan. (tidak lagi hanya bergantung kepada Internet Explorer kepunyaan Windows seperti lazimnya).
Nampaknya jabatan IT PPZ telah melangkah ke arah yang tidak dimonopoli oleh satu-satu pelayar Web itu lagi. Harap badan-badan berkanun, Jabatan Kerajaan yang lain dapat mengikuti jejak PPZ ini ke dalam semua aspek ke arah menggunakan perisian sumber terbuka.

Jangan lupa bayar zakat! Sekian.

Sunday, August 21, 2011

Firefox Versi 6 Stabil Telah Dilancarkan

Secara rasminya, pembangun Monzilla telah pun melancarkan pelayar web Firefox versi 6.0 pada 16 Ogos 2011 baru-baru ini. Bagi mereka yang gilakan kepada fungsi tambahan (Extensions Add on), Firefox adalah pelayar Web yang tepat. Mesti pilih!

Meskin pun kedengaran desas- desus bahawa pesaingnya iaitu Chrome cuba memintas popularitinya, namun saya percaya beberapa  kelebihan yang ada pada Firefox menjadikannya sukar ditewas buat pada masa ini.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri baru yang ditawarkan untuk versi 6.0 ini:
  • Sekarang bar alamat menekankan kepada domain laman web yang dilawati.
  • Wajah blok identiti laman (site identity block) dinaik taraf.
  • Ditambah sokongan untuk draf versi terbaru daripada WebSockets dengan API awalan.
  • Ditambah sokongan untuk EventSource / acara server-sent.
  • Sokongan yang ditambah untuk window.matchMedia.
  • Ditambah Scratchpad , persekitaran prototaip interaktif JavaScript.
  • Ditambah ke dalam menu iaitu Web Developer yang baru.
  • Kebolehgunaan yang lebih baik untuk Web Konsol (Console Web).
  • Meningkatkan kecekapan Firefox Sync.
  • Mengurangkan masa pelayar permulaan apabila menggunakan Panorama.
  • Menyelesaikan beberapa isu-isu kestabilan yang sedia ada.
  • Menyelesaikan beberapa isu-isu keselamatan.
Sila lihat senarai lengkap perubahan dalam versi ini. Anda juga mungkin berminat dalam senarai perubahan dalam versi sebelumnya.

Memasang Firefox 6 pada Ubuntu 10.04 dan 10.10

Jalan aplikasi Terminal dan masukkan baris perintah berikut

sudo add-apt-repository ppa:mozillateam/firefox-stable
sudo apt-get update
sudo apt-get upgrade

Pengguna Ubuntu 11.04 tidak perlu melakukan langkah-langkah di atas kerana ppa:mozillateam/firefox-stable telah ada di dalam Software Source secara lalai; hanya kemaskini sistem seperti biasa dan sila pasangkan kemaskini tersebut.

Saturday, August 20, 2011

Muatturun Panduan Hackintosh MyMac4All Percuma Di Sini





Muatturun dengan 1 tweet @ satu facebook post (experimental).


Muatturun Terus.

Peringatan 1 : Panduan ini dihasilkan sekitar 2009, padat dengan maklumat teknikal berkenaan teknik hackintosh.

Peringatan 2 : Mencuba apa-apa hasil dari panduan ini adalah atas risiko persendirian dan saya tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Peringatan 3 : Sebarkan ilmu ini, Tweet, RT, Facebook Post, Reblog dan sebagainya. Anda dibenarkan untuk hostkan kembali panduan ini dalam hosting masing-masing untuk tujuan perkongsian tanpa menukar apa-apa isi kandungan panduan.

Semoga bermanfaat!

Kenapa Saya Memilih iMac.

Ironi. Itu mungkin yang bermain difikiran pembaca blog melayubuntu apabila mendapat tahu saya telah membeli sebuah iMac. Adakah melayubuntu sudah jemu dengan ubuntu dan ingin beralih angin kepada produk Apple pula? Ingin "murtad" dari menggunakan ubuntu dan menghambakan diri kepada perisian proprietary, perisian cetak rompak dan seumpamanya?

Sebelum saya mengulas panjang, izinkan saya mendedahkan hampir 99% daripada entry blog ini ditulis menggunakan Macbook! Ya, Macbook!

Kenangan Macbook ketika masih "muda". Ketika ini saya berjinak-jinak dengan Hackintosh.

Namun saya bukan pengguna Mac OSX 100%. Dalam Macbook yang saya guna sejak 2007 tersebut, Mac OSX sudah lama dibuang partitionnya dan jika ada sisanya hanyalah sistem partition EFI. Sejak memasang Lucid Lynx 10.04, saya tidak pernah fresh install ubuntu dalam Macbook itu dan lebih suka upgrade ke versi terbaru sehinggalah versi terkini 11.10.

Perkenalan saya dengan produk Apple pula bermula sejak saya membeli sebuah iPod sekitar 2006. Kemudian saya membuat keputusan untuk mendapatkan sebuah Macbook dan saya betul-betul menerokai beberapa ilmu dalam sistem pengoperasian Mac OSX dan Linux (Ubuntu). Dalam keghairahan pengetahuan yang segar tersebut, saya terbitkan produk MyMac4All, sebuah projek panduan Hackintosh, mungkin panduan pertama seumpamanya di Malaysia dalam bahasa melayu.

Bermula dari Lucid Lynx pula, saya mula memfokuskan kepada Ubuntu dan buktinya, saya membuang Mac OSX Leopard daripada Macbook tersebut dan 100% menggunakan Ubuntu sehingga sekarang (sebelum era iMac).

Sekiranya anda juga pengguna Mac OSX mahupun iOS, anda tentunya maklum bahawa sistem operasi tersebut "just work" dan hanya mempunyai satu "character". Meskipun berasal dari moyang yang sama dengan Linux iaitu UNIX, Mac OSX bukannya sistem operasi yang mempunyai chemistry yang kuat dengan jiwa saya. Saya lebih cenderong kepada Ubuntu, yang mana saya boleh 'mengawal' banyak benda dan ia memberikan kepuasan yang berbeza.



Setelah anda mengetahui "character" dan prinsip saya, ianya sesuatu yang cukup ironi mengapa saya masih memilih iMac. Di sini, izinkan saya berkongsi beberapa sebab mengapa saya memilih iMac sebagai komputer saya.

1. Sokongan Ubuntu untuk produk Apple.
Seandainya anda fikir iMac hanya untuk Mac OSX sahaja, anda pastinya silap. Ini kerana komuniti Ubuntu sentiasa menerbitkan dokumen sokongan kepada pengguna iMac yang memasang Ubuntu di dalamnya. Anda tidak perlu risau tentang driver dan masalah tiada sokongan untuk hardware iMac dalam Ubuntu.

2. Kualiti Produk
Durasi bagi produk Apple puratanya saya boleh katakan 5 tahun. Ketahanannya sangat mengagumkan bak kata pepatah "alah membeli menang memakai".

3. Kecantikan
Siapa yang tidak tertarik kepada kecantikan produk Apple mungkin seorang gay atau setidak-tidaknya menderitai penyakit rabun dekat yang kronik!

4. Harga Produk Apple Yang Susah Jatuh
Produk Apple seolah-olah satu aset bagi seseorang. Di waktu "sesak", emergency dan seumpamanya, menjual produk Apple adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan kerana harganya lambat jatuh walaupun sudah berstatus terpakai. Sila bandingan harga Nexus S ketika pelancaran dan sekarang berbanding iPhone 4. Nampak perbezaan?

5. Hadiah untuk diri
iMac ini adalah hadiah untuk diri saya sendiri. Belajar menghargai diri sendiri dengan memberinya hadiah adalah salah satu jurus membangkitkan semangat yang sangat praktikal!

6. Rahsia.
Insyaallah, doakan saya semoga projek yang dirancangkan berjaya. Saya akan kongsikan bersama anda apabila ia siap dan sedia :)

Kesimpulan.

Usah risau & bimbang kerana saya masih komited untuk menerbitkan artikel-artikel berkaitan Ubuntu. Saya pengguna iMac, tapi saya pengguna Ubuntu!

Wednesday, August 17, 2011

Mark Shutterworth Mendedahkan Cita-Cita Unity Dalam Ubuntu 11.10

Mark Shutterworth menulis "we have a refined target render of the Dash for Oneiric, and here it is:"


Sambil mengatakan, ubuntu akan mengantikan konsep Places dengan konsep Scopes & Lenses yang akan menfokuskan kepada pengalaman pencarian berskrin penuh. Ternyata konsep ini jugalah yang diaplikasikan dalam kebanyakkan shell seperti Gnome-Shell dan Mac OSX Lion. Mark menulis,
Since we introduced the Dash as a full screen device-like search experience, the same idea has made its way into several other shells, most notably Mac OS X Lion. While we’re definitely the outsider in this contest, I think we can stay one step ahead in the game given the support of our community.
Evolusi pada panel juga dihighlightkan oleh Mark Shutteworth yang mana dalam Unity serba baru ini, anda dapat melihat butang close, minimize & maximize berada pada panel sebelah kiri. Pihak pembangun ubuntu sedang membuat kajian tentang keberkesanan beberapa kelakuan pada bebutang ini dan ianya akan stabil pada ubuntu versi 12.04.

Baca lanjut tulisan Mark Shuttleworth di http://www.markshuttleworth.com/archives/717.

Tuesday, August 16, 2011

Panggilan untuk sukarelawan2 Melayubuntu...

Salam, di dalam buku Enchantment oleh Guy Kawasaki. Beliau telah memberikan beberapa cara bagi menarik orang ramai untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan dengan lebih berkesan.
1. Letakkan sasaran yang tinggi.
Sukarelawan perlu tahu apakah yang mereka lakukan adalah penting dan mereka sedar bahawa mereka boleh melakukan perubahan yang lebih baik. Mungkin Melayubuntu(MB) perlu meletakkan sasaran yang mencabar dan tinggi untuk sukarelawan ini untuk meningkatkan moral mereka kerana moral mereka kini bukanlah duit semata2. Contoh dengan mengadakan kutipan amal untuk disumbang kepada badan-badan kebajikan.
2. Urus mereka dengan baik.
Apabila mereka mengetahui apa yang mereka lakukan itu boleh membawa perubahan, mereka hendak menolong, dan tugas MB adalah membolehkan mereka membantu apa yang boleh. Ini termasuklah merancang dan menyusun bagaimana utk memanfaatkan tenaga kerja yang ada dengan mengetahui apakah kelebihan2 pada seseorang volunteer dengan yang lain.
3. Penuhi Kehendak mereka.
Kenapa ada orang menyertai Non-profit organisation? ada 3 sbb prinsipal yang utama:tanggungjawab(saya perlu tolong orang2 yang dalam kesusahan); semangat kekitaan(saya suka lakukan aktiviti bersama2 mereka);mastery(belajar sesuatu kemahiran baru adalah lebih bernilai daripada wang ringgit).
4. Sediakan penghargaan.
Penghargaan boleh datang dalam bentuk2 kecil sekali pun; kad bisnes, ucapan terima kasih, diberi peluang utk berucap di konferens dan lain-lain.
5. Sediakan hadiah-hadiah percuma.
Hadiah2 di sini bermaksud belanja makan ke minum ke?tshirt ke?mug ke?

Macam biasa lontarkan idea2 bernas anda dalam ruangan komen. Disamping itu hendak ucapkan terima kasih pada Bro deensokmo kerana belanja minum tempoh hari. Sila layari laman web beliau yang saya rasa amat sesuai bagi pengguna2 Ubuntu. Kerana artikel2 disana kebanyakannya adalah praktikal dan mudah untuk difahami. Sesudah saya bertemu beliau, dapat saya rasakan bahawa saya dan beliau mempunyai satu titik persamaan iaitu obses dengan ubuntu dan distro hopper. Ini laman webnya http://www.deensokmo.blogspot.com/

Monday, August 15, 2011

Kemaskini Terbaru 11.10 Membawakan Pembaharuan Pada Unity [Screenshot]

Versi pembangunan Ubuntu 11.10 telah dikemaskini beberapa hari ini menyaksikan beberapa pembaharuan pada Unity 4.8.0 menjadikannya lebih menarik dan mudah untuk digunakan. Antara pembaharuan yang dimaksudkan;

1. Tiada lagi logo Ubuntu pada bahagian kiri panel untuk melancarkan dash dan diganti dengan logo ubuntu pada unity launcher. Klik pada logo ubuntu ini akan melancarkan dash seperti dalam screenshot.

2. Lebih menarik, dash kini menawarkan fungsi aplikasi, fail dan muzik, dalam satu interface. Tidak ada lagi launcher khusus untuk aplikasi dan fail seperti sebelum ini pada unity launcher.


3. Pada fungsi pencarian dash, pengguna boleh refine search untuk aplikasi (seperti dalam screenshot), fail dan juga muzik yang mana ini adalah sesuatu yang sangat menarik dan terkedepan berbanding launcher pada OSX Lion.


4. Pada panel di tempat logo ubuntu sebelum ini ialah nama kepada aplikasi yang sedang aktif dan juga menu. Ternyata ianya sangat menarik.


5. Fungsi Alt+Tab pula telah dipertingkatkan dengan fungsi preview.


Kemaskini semasa ini menjadikan unity semakin selesa untuk digunakan dan menawarkan eye-candy yang menyegarkan. Kelihatannya unity menapak sedikit demi sedikit ke arah kematangan dan tahap kestabilannya juga adalah kunci utama kepada penerimaannya.

Harus diingat bahawa segala kemaskini ini masih dalam pembangunan & percubaan yang pesat. Versi akhirnya nanti diharapkan adalah yang terbaik dan paling stabil.

Friday, August 12, 2011

Infografik melayubuntu versi 0.1


Salam, disini disediakan carta dan komen hasil daripada soal selidik.
Terima kasih kepada yang sertai soal selidik hari tu.

Perhatian kepada

-reAndre
-myusoff

Sila cepat2 hantarkan alamt korang...kalau cepat boleh pakai awak raya. heheheh =)

Thursday, August 11, 2011

GDM Diganti LightDM, Kini Dalam Ubuntu 11.10


GDM (Gnome Display Manager) telah lama menjadi default dalam ubuntu dan kini sudah tiba masanya ia digantikan dengan LightDM, untuk Ubuntu 11.10. Ini bermakna, pengguna ubuntu 11.10 akan diraikan dengan antaramuka baru ketika proses login dan ini adalah sesuatu yang mengujakan.

Antara sebab pihak pembangun ubuntu memilih untuk bertukar ke LightDM adalah kerana:

  • FASTER – THE GREETER DOESN’T REQUIRE AN ENTIRE GNOME SESSION TO RUN
  • MORE FLEXIBLE – MULTIPLE GREETERS ARE SUPPORTED THROUGH A WELL DEFINED INTERFACE. THIS ALLOWS UBUNTU DERIVATIVES TO USE THE SAME DISPLAY MANAGER (E.G. KUBUNTU, LUBUNTU ETC).
  • SIMPLER CODEBASE – SIMILAR FEATURE SET IN ~5,000 LINES OF CODE COMPARED TO 50,000 IN GDM
  • SUPPORTS MORE USECASES – FIRST CLASS SUPPORT FOR XDMCP AND MULTIHEAD.

Sumber : launchpad blueprint

Untuk melihat LightDM ini berfungsi, anda boleh melihat video di bawah;



Sekiranya anda pengguna 11.10, anda sepatutnya telah mendapat kemaskini baru yang mengaktifkan tema baru ini dalam ubuntu 11.10.

Menarik?

Kaji dan selidik 3


Contoh baju yang akan diberikan kepada yang mejawab soal selidik aku.

Sila berikan saiz baju sekali ek, lupa pula nak tanya.

Lihat pemenang bertuah. klik sini.

Tuesday, August 09, 2011

Menghasilkan eBook Sendiri Berformat ePUB Dengan LibreOffice

Dunia sedang menuju ke arah kehidupan serba digital. Bakal & sedang menyertai pesta digital ini ialah buku dan ianya dipanggil eBook. Di Malaysia, saya menjangkakan 2012 adalah tahun bermulanya industri buku berbentuk digital (ianya bukan ebook berbentuk pdf yang bertaburan di internet ketika ini) secara komersial dengan Google eBookstore pastinya antara pemain utama.

ePUB (Electronik Publication - ext .epub) ialah format open ebook standard yang diiktiraf oleh International Digital Publishing Forum (IDPF). Format ini telah direka supaya teks kandungan yang dipamerkan boleh dioptimizekan untuk device pembaca tertentu. ePUB ini mempunyai beberapa ciri antaranya;

  • Free and open
  • Re-flowable (word wrap) and re-sizable text
  • Inline raster and vector images
  • Embedded metadata
  • DRM support
  • CSS styling
  • Support for alternative renditions in the same file
  • Use of out-of-line and inline XML islands to extend the functionality of EPUB
Ciri ini membolehkan ePUB reader di dalam mana-mana peranti (telefon pintar, tablet, komputer, etc) optimizekan saiz teks, background dan banyak lagi dalam sesuatu buku berformat ePUB bagi memudahkan pembacaan dan penyesuai keadaan pembacaan (Night mode, Day Mode etc).

Ubuntu didatangkan bersama LibreOffice, perisian pejabat sumber terbuka yang projeknya berjalan dengan jatuhnya (atau terpulaunya) OpenOffice.org. Pada ketika anda menyangka LibreOffice jauh terkebelakang dalam sepak-terajang kepesatan pecutan teknologi, saya mendapati terdapat satu extension yang dapat menukar format dokumen LibreOffice ke ePUB, yang pada saya sesuatu yang menarik untuk dicuba dan diterka kebarangkalian pengaplikasiannya.

Extension writer2epub untuk LibreOffice.

Extension writer2epub ini bersaiz kurang dari 200kb dan ianya masih lagi dihostkan di laman web extension bagi OpenOffice.org. Ianya boleh dimuatturun melalui link berikut;


Cara memasang ke LibreOffice (dalam ubuntu)

1. Muatturun fail di atas (berformat .oxt)
2. Buka fail berkenaan menggunakan LibreOffice dan kemudian ikuti prosedur pemasangan yang dianjurkan (ianya straight-forward)
3. Siap proses pemasangan, restart LibreOffice dan anda akan mendapati terdapat 3 butang pada sisi kiri LibreOffice anda. Butang-butang tersebut ialah;

writer2epub : klik untuk convert ke ePUB
metadata : memasukkan metadata dokumen (pengarang, tajuk, kaver etc)
preferences : untuk mengubah fonts, headings, etc.


Saya sempat bermain main dengan extension ini dalam ubuntu 11.10 dan sempat menukarkan satu dokumen percubaan kepada ePUB. Percubaan saya tidak terhenti di situ, saya telah membuka ePUB yang terhasil menggunakan ePUB Reader dalam peranti Android dan hasilnya adalah seperti di bawah;


Seperti biasa, saya tinggalkan topik ini untuk diexplore oleh pembaca. Selamat mencuba.

Ubuntu Software Center Antaramuka Serba Baru Diperlihatkan Dalam Oneiric Ocelot


Sekiranya anda sedang menggunakan Ubuntu 10.10 Alpha 3, kemaskini terbaru daripada pihak pembangun ubuntu menyertakan Ubuntu Software Center (Preview) dengan antaramuka serba baru seperti yang dapat anda lihat dalam screenshot di atass.

Untuk mencuba antaramuka ini, pengguna boleh memasukkan kata arahan berikut pada terminal : software-center-gtk3

Kita boleh menjangkakan, antaramuka serba baru ini akan diperkenalkan sedikit masa lagi secara default.

via : omgubuntu

Sunday, August 07, 2011

Linus Torvalds Akui Menggunakan Xfce & Menghentam Gnome 3

Sekiranya anda merasakan Gnome 3 (+Gnome-Shell) sesuatu yang sangat berbaloi untuk dicuba, mungkin artikel ini sesuatu yang boleh membuatkan anda berfikir beberapa kali. Linus Torvalds, dalam perbualan di Google+ baru-baru ini tanpa berlapik menghentam perubahan yang dilakukan oleh pembangun terhadap Gnome 3. Antara tulisan beliau adalah seperti dalam screenshot di bawah;


Antara isu yang sering dibangkit berkenaan Gnome 3 yang menimbulkan kontroversi ialah;

  • Tiada fail pada desktop (shortcut etc..)
  • Tiada fungsi restart / shutdown (secara direct dari menu yang sepatutnya)
  • Tidak menyokong perubahan tema (secara official) - pembangun ingin interface standard bagi gnome..
  • Fungsi maximize & minimize yang 'dihilangkan'
Bagaimana pendapat anda tentang Gnome 3?

Saturday, August 06, 2011

Ubuntu Oneiric Ocelot - 11.10 Alpha 3


Pembangunan Ubuntu Oneiric Ocelot 11.10 kini telah mencapai tahap Alpha 3 dan sarat dengan fungsi & ciri yang masih dalam pembangunan dan percubaan sebelum versi akhir yang bakal menemui pengguna pada 13 Oktober nanti.

Antara perubahan yang dilakukan ke atas versi Alpha 3 ini ialah;

1) Menggunakan kernel versi 3.0.0-7.9 yang memperkenalkan pembaharuan berikut
-Adopted a 3 digit kernel version, eg 3.0.0-x.y.
-Rebase to upstream v3.0 final kernel.
-Enable Overlayfs.
-Enable Realtek RTL8192CU/RTL8188CU wifi driver.
-Enable support for rt53xx wireless chipset family.
-Enable Intellimouse mode for Lenovo Zhaoyang E47.

2) Kemaskini gwibber kepada antaramuka baru

3) Lightdm ke GTK3

4) Kemaskini Gnome ke 3.1.4 (akan menggunakan Gnome 3.2 pada versi akhir)

5) Alt+Tab Applications Switcher


6) Antara yang berbaloi untuk dihighlight ialah, kini pengguna boleh memasang Gnome Shell dalam Ubuntu 11.10.

Semak Release Note di sini.

Wednesday, August 03, 2011

Kaji dan Selidik 2

--UPDATE 10/8--
Setakat ini seramai 60 orang sudah melengkapkan soal selidik Melayubuntu. Terima kasih bebanyak. Kau orang memang besttt...


Kalau aku buat soal selidik ini dalam dunia sebenar, dalam sepurnama mungkin 1 je kot yang reply. Tapi melalui teknologi internet yang lebih laju daripada van Pos Laju untuk menghantar surat,

Dalam 17 hari sahaja sudah 60 orang yang reply.


Dan dengan lafaz alhamdulillah aku isytiharkan kaji selidik ini ditutup. D
an terima kasih diucapkan kepada yang memberi maklumbalas.


60 responden pun sudah memadai bagi aku kerana ia sudahpun mewakili 16.1725067% daripada member ubuntu.

4 orang yang bertuah telah dipilih oleh aku, Shimgeek. Dan akan mendapat goodies yang dijanjikan...tapi bukan sorang RM 100 la...

4 orang yang di bawah ini sila hantarkan alamat korang pada hashimwinger11@gmail.com...
  1. ReAndre ; reandre8503@yahoo.com
  2. myusoff ; myusof@tm.com.my
  3. deensokmo ; deensokmo@gmail.com
  4. Yang ni tiada nama, sebab dialah orang pertama jawab soal selidik pada Saturday, July 23, 2011 1:00:26 AM. Sila contact aku beserta dengan jawapan kepada soalan no 4.

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...