Sebelum saya mengulas panjang, izinkan saya mendedahkan hampir 99% daripada entry blog ini ditulis menggunakan Macbook! Ya, Macbook!
Kenangan Macbook ketika masih "muda". Ketika ini saya berjinak-jinak dengan Hackintosh.
Namun saya bukan pengguna Mac OSX 100%. Dalam Macbook yang saya guna sejak 2007 tersebut, Mac OSX sudah lama dibuang partitionnya dan jika ada sisanya hanyalah sistem partition EFI. Sejak memasang Lucid Lynx 10.04, saya tidak pernah fresh install ubuntu dalam Macbook itu dan lebih suka upgrade ke versi terbaru sehinggalah versi terkini 11.10.
Perkenalan saya dengan produk Apple pula bermula sejak saya membeli sebuah iPod sekitar 2006. Kemudian saya membuat keputusan untuk mendapatkan sebuah Macbook dan saya betul-betul menerokai beberapa ilmu dalam sistem pengoperasian Mac OSX dan Linux (Ubuntu). Dalam keghairahan pengetahuan yang segar tersebut, saya terbitkan produk MyMac4All, sebuah projek panduan Hackintosh, mungkin panduan pertama seumpamanya di Malaysia dalam bahasa melayu.
Bermula dari Lucid Lynx pula, saya mula memfokuskan kepada Ubuntu dan buktinya, saya membuang Mac OSX Leopard daripada Macbook tersebut dan 100% menggunakan Ubuntu sehingga sekarang (sebelum era iMac).
Sekiranya anda juga pengguna Mac OSX mahupun iOS, anda tentunya maklum bahawa sistem operasi tersebut "just work" dan hanya mempunyai satu "character". Meskipun berasal dari moyang yang sama dengan Linux iaitu UNIX, Mac OSX bukannya sistem operasi yang mempunyai chemistry yang kuat dengan jiwa saya. Saya lebih cenderong kepada Ubuntu, yang mana saya boleh 'mengawal' banyak benda dan ia memberikan kepuasan yang berbeza.
Setelah anda mengetahui "character" dan prinsip saya, ianya sesuatu yang cukup ironi mengapa saya masih memilih iMac. Di sini, izinkan saya berkongsi beberapa sebab mengapa saya memilih iMac sebagai komputer saya.
1. Sokongan Ubuntu untuk produk Apple.
Seandainya anda fikir iMac hanya untuk Mac OSX sahaja, anda pastinya silap. Ini kerana komuniti Ubuntu sentiasa menerbitkan dokumen sokongan kepada pengguna iMac yang memasang Ubuntu di dalamnya. Anda tidak perlu risau tentang driver dan masalah tiada sokongan untuk hardware iMac dalam Ubuntu.
2. Kualiti Produk
Durasi bagi produk Apple puratanya saya boleh katakan 5 tahun. Ketahanannya sangat mengagumkan bak kata pepatah "alah membeli menang memakai".
3. Kecantikan
Siapa yang tidak tertarik kepada kecantikan produk Apple mungkin seorang gay atau setidak-tidaknya menderitai penyakit rabun dekat yang kronik!
4. Harga Produk Apple Yang Susah Jatuh
Produk Apple seolah-olah satu aset bagi seseorang. Di waktu "sesak", emergency dan seumpamanya, menjual produk Apple adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan kerana harganya lambat jatuh walaupun sudah berstatus terpakai. Sila bandingan harga Nexus S ketika pelancaran dan sekarang berbanding iPhone 4. Nampak perbezaan?
5. Hadiah untuk diri
iMac ini adalah hadiah untuk diri saya sendiri. Belajar menghargai diri sendiri dengan memberinya hadiah adalah salah satu jurus membangkitkan semangat yang sangat praktikal!
6. Rahsia.
Insyaallah, doakan saya semoga projek yang dirancangkan berjaya. Saya akan kongsikan bersama anda apabila ia siap dan sedia :)
Kesimpulan.
Usah risau & bimbang kerana saya masih komited untuk menerbitkan artikel-artikel berkaitan Ubuntu. Saya pengguna iMac, tapi saya pengguna Ubuntu!
ini genius, pilihan bijak, semoga berjaya dengan projek
ReplyDeletedah agak dah, hihihiih jangan toleh kebelakang dengan ubuntu.. hohohoho hidup UBUNTU
ReplyDeletesemoga berjaya :)
ReplyDeletehehehe..tq bro..doa-doakan :)
ReplyDeleteinsyaallah tak toleh ke belakang dah..hehe
ReplyDeletetq bro..
ReplyDelete"Saya lebih cenderong kepada Ubuntu, yang mana saya boleh 'mengawal' banyak benda dan ia memberikan kepuasan yang berbeza."
ReplyDeletesaya sukakan komen ini.
"Siapa yang tidak tertarik kepada kecantikan produk Apple mungkin seorang gay"
ReplyDeletehahaha..gay terus..
Sy tumpang gembira dengan kejayaan n kegembiraan bro Zul @ Admin melayubuntu, ehe.. SOKONG dengan semua poin di atas terutamanya #5. Memang pasang azam ni beli MacBook, buang Mac OSX [sebab bila2 boleh pasang balik, lol] n pasang Ubuntu.. Target, 2012 sempena Ubuntu 12.04, wakaka XD
ReplyDeleteya zul mula menjadi gaysec agaknya..haha tetiba
ReplyDeleteerr...serious.ak bukan gay.tpi ak mmg xnmpk pn kecamtikan Mac...sorry bro.ak mmg xsuke ngn Mac.xsesuai dgn jiwa ak yg suke godek2 barang.hahahha.im not gay and im ok.hahaha
ReplyDeletehaha..very rare species...lol..
ReplyDeleteaku pun bukan gay..oh ya, gay = hepi..wakaka
ReplyDeletenasihat aku, jangan buang mac osx. sbb hanya mac yang bleh kawan EFI.. dia tak macam PC yang ada BIOS..
ReplyDeletelala.dmg
ReplyDeletehaha
antara entry terbaik yg aku penah baca dlm blog ni. tahniah..
ReplyDeleteyup..hanya pengguna ubuntu tulen yang faham makna ayat ini :)
ReplyDeletelala bazar ramadan? hehe
ReplyDeletetq bro..hehe
ReplyDeleteAku pn sk produk Apple sbb ia dumb simple.
ReplyDelete"Less is more"
gay??? oh tidak
ReplyDeletetakde pun screenshot ubuntu on mac... tu kat atas tu macam docking Mac OS X ajek
ReplyDeletetotally right.
ReplyDelete