Posts

Showing posts with the label apple

Kenapa Saya Memilih iMac.

Image
Ironi. Itu mungkin yang bermain difikiran pembaca blog melayubuntu apabila mendapat tahu saya telah membeli sebuah iMac. Adakah melayubuntu sudah jemu dengan ubuntu dan ingin beralih angin kepada produk Apple pula? Ingin "murtad" dari menggunakan ubuntu dan menghambakan diri kepada perisian proprietary, perisian cetak rompak dan seumpamanya? Sebelum saya mengulas panjang, izinkan saya mendedahkan hampir 99% daripada entry blog ini ditulis menggunakan Macbook! Ya, Macbook! Kenangan Macbook ketika masih "muda". Ketika ini saya berjinak-jinak dengan Hackintosh. Namun saya bukan pengguna Mac OSX 100%. Dalam Macbook yang saya guna sejak 2007 tersebut, Mac OSX sudah lama dibuang partitionnya dan jika ada sisanya hanyalah sistem partition EFI. Sejak memasang Lucid Lynx 10.04, saya tidak pernah fresh install ubuntu dalam Macbook itu dan lebih suka upgrade ke versi terbaru sehinggalah versi terkini 11.10. Perkenalan saya dengan produk Apple pula bermula sejak saya mem...

Sembang Hujung Minggu : Max OSX Lion dan Windows 8!

Image
Bagi penggemar dunia pengkomputeran, pengumuman Steve Jobs baru-baru ini berkenaan sistem operasi Mac OSX terbaru mereka iaitu versi 10.7 dan memakai kod nama "Lion" adalah sesuatu yang cukup mengujakan. Apple telah memperkenalkan beberapa fungsi dan ciri terbaru dalam sistem operasi Lion yang bakal dilepaskan sekitar hujung tahun ini dengan diinspirasikan oleh frasa "Back to the Mac". Mengapa? Ini kerana Apple telah membuat keputusan untuk membawakan ciri-ciri seperti Screen App, Full Screen App, dan sebagainya yang dahulunya mereka bangunkan untuk iOS ke sistem operasi Mac OSX. Bagaimana pula dengan Microsoft? Ya, mereka masih ada terlalu banyak peluru untuk dilepaskan sekurang-kurangnya untuk bersaing (sepatutnya) secara adil dengan pembangunan sistem operasi lain. Salah satu peluru mereka ialah Windows 8 yang akan diperkenalkan bersama-sama dengan antaramuka serba baru. Baru-baru ini, Microsoft juga telah memperagakan apa yang mungkin kita boleh anggap...