Thursday, December 29, 2011

Ubah imej kepada Pixel Art dengan GIMP

Imej yang Terhasil
Gambar asal daripada Public Domain
Langkah 1 : Buka Gimp
Langkah 2 : Image>>Mode>>Indexed...
Langkah 3 : Use custom pallete (pastikan dithering enable)
Langkah 3
 Jadi macam ni...
 Langkah 4 : Image>>scale image 5x 5 percent
Langkah 4
 Langkah 5 : blowup image 200% atau 400%

Langkah 5


Siap untuk di cetak di baju@buku@frame gambar
SIAP...

ye aku memang Fool sebab tu aku main basic2 je...kalau basic kuat baru boleh buat bangunan tinggi ye tak...ye aku siFool bukan sifu cam setengah korang...tapi aku sudi di Fool kan orang...daripada ilmu banyak2 simpan wat pekasam...sekian entry emo...heee

Thursday, December 22, 2011

Gambar Profil Facebook dalam 3 Langkah

Tutorial GIMP 2.6.10

Kita gunakan gambar ShimG ini.

Langkah 1 : Color>>Desaturate. Ini akan menjadikan gambar anda hitam putih.
 Langkah 2 : Color>>Curves. Adjust contrast warna bagi cun.
 Langkah 3 : Color>>Colorize. Ubah Hue untuk dapatkan warna-warna yang anda suka.


 Biru
 Coklat
 Hijau
 Ungu



 Campur semua

Saturday, December 17, 2011

MAMPU memasuki fasa ke 3 Master Plan Open Source

MAMPU atau nama melayunya Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia telah memasuki fasa ke-3 Master Plan Open-source. Untuk pengetahuan MasterPlan ini dilancarkan sejak dari tahun 2004 dengan tujuan utama meningkatkan penggunaan sumber terbuka di kalangan sektor kerajaan.
Datuk Nor Aliah Mohd Zahri, Mampu deputy director general of ICT :
About 60% of government personnel are trained in open-source development and some are also working for certification. Mampu has developed many applications using open-source technologies such as MySurfGuard, MyMeeting and MyWorkspace. The masterplan will also prepare the country to be a nation that is also a technology supplier and not only a user. Open source is the future. The uncertain global economic outlook will drive the adoption of open-source technologies and we will be ready for that. 

Kerajaan telah bermula sejak tahun 2004, bagaimana dengan sektor swasta?

Saturday, December 03, 2011

Link-link berguna

Kalau anda sedang melakukan kajian sarjana muda atau sarjana atau hendak tahu perkembangan sumber terbuka. Nah... saya baru terjumpa laman web yang saya selalu lawati semasa saya mula-mula membuat tesis dahulu.

http://knowledge.oscc.org.my/case-studies/malaysian-case-studies


Salah tiga daripadanya adalah:

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah by Khairil Yusof — last modified Sep 16, 2008 10:32 AM
Kajian Kes Implementasi OSS di Desktop oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
OpenOffice.org Sebagai Perisian Produktiviti Jabatan oleh Khairil Yusof — last modified Sep 16, 2008 10:31 AM
OpenOffice.org Sebagai Perisian Produktiviti Jabatan di SUK Kedah
Aplikasi e-SINAR oleh Khairil Yusof — last modified Sep 10, 2008 09:45 AM
Mewujudkan pangkalan data rakyat miskin Negeri Kedah Darul Aman secara berpusat dengan kos yang minima dan mudah diselenggara. Ia menggunakan MYSQL sebagai pangkalan data bagi aplikasi berasaskan Windows
 
 

11 extension Firefox untuk Power Surfer

Tidak dinafikan Firefox merupakan pelayar web yang semakin diminati ramai dari hari ke sehari. Permulaan Firefox adalah daripada netscape yang hampir ditutup disebabkan Windows ingin mendominasi pasaran internet. Sekaligus, Open Source atau sumber terbuka telah muncul daripada peristiwa tersebut maka lahirlah MusangApi atau nama melayunya Firefox.

Pengguna sekarang boleh memilih samada mereka perlukan pelayar yang pantas seperti Chrome atau Opera, yang simple seperti Safari tetapi kebanyakan masih menggunakan Firefox kerana ribuan extension atau Add-on yang ada.

Bagi yang selalu melayari Web seperti ShimG, berikut adalah extension yang wajib ada dalam Firefox anda.

1. All-in-One Gestures
   Boleh lakukan Command dengan mouse gesture.

2. Video DownloadHelper
   Dengan pengguna extension yang mencecah 7 juta, saya tak boleh tidak mesti masukkan extension ini. Boleh memuatturun dan menukarkan web video, juga audio dan galeri gambar.

3. Morning Coffee
   Merekod rutin anda dan mengkompil mereka dalam tab harian.

4. NoScript
   Tingkat sekuriti pelayar web anda dan hanya benarkan active content daripada laman web yang anda kenali.

5. Readable
   Memudahkan anda untuk membaca blog atau berita online. Ia menukarkan teks di laman web kepada font, warna, dan latar belakang yang anda lebih suka.

6. Tab Scope
   Preview dan navigate isi tab melalui popup.

7. TimeTracker
   Anda ingin tahu berapa lama anda layari laman web? ia boleh merekod berapa lama anda gunakan internet. Tak payah susah-susah tengok jam.

8. IE Tab V2
   Embed Internet Explorer ke dalam firefox. Kepada pembaca yang komen hari itu untuk saya carikan samada boleh gunakan active-X dalam Firefox. Tak tahu Maybank Share investment tu boleh guna tak sebab saya takde saham situ tetapi laman web lain boleh....

9. DownThemAll!
   Download accelerator paling laju ShimG pernah guna. Yang bestnya ia built-in. Ia juga memudahkan anda mengkonfigurasi download anda; download prioriti, berapa laju, boleh check Md5sum kalau ini selalu guna untuk download ISO linux..heheh....tapi rekod paling lama download Hardy Heron dulu....3 hari, 2malam....maklumlah internet universiti, macam kura-kura...

10. Fasterfox
     Meningkatkan kelajuan Firefox anda kepada 120km/j. (miles may vary)

11. AddThis
     Lebih senang untuk share dan bookmark sesuatu. Dilengkapi semua web 2.0; FB, Twitter, Blogger dll.

Kalau ada nak tambah sila komen di bawah...sila gunakan nama betul atau samaran ye...jangan guna nama makcik Anon je...

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...