Monday, December 31, 2007

Lembutkan paparan font dalam Ubuntu

Dalam Ubuntu, beberapa fungsi di"disable"kan secara default atas sebab yang saya tidak maklum tentangnya.Antara fungsi tersebut ialah fungsi merakam audio dari luar(mic,line-in etc), dan kali ini saya akan huraikan berkenaan bagaimana untuk enablekan pelembut paparan font(font smoothing).

Caranya cukup mudah, mengambil masa tidak sampai 2 minit.

Buka terminal dan taipkan(copypaste pun boleh)
gedit ~/.fonts.conf
NOTE:Command ini akan membuka satu perisian iaitu gedit dan membuka@membuat satu file bernama .fonts.conf didalam directory home anda.(file ini tersembunyi@hidden-tekan ctrl+H untuk lihat)

gedit ni macam text edit jugak, langkah seterusnya ialah copypaste kod dibawah kedalam gedit.



Kemudian klik butang save untuk save.

Logout@restart dan anda akan lihat hasilnya.Sepatutnya perubahan adalah seperti ini;

Selamat mencuba dan semoga berjaya



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Sayonara 2007, Yokoso 2008

さようなら2007、ようこそ2008!

Hari ini adalah hari terakhir kita semua berada dalam tahun 2007.Kita akan tinggalkan 2007 buat selama-lamanya meninggalkan jutaan memori yang mewarnai setiap saat kehidupan dalam tahun 2007.Pastinya ada suka, duka, kegagalan, kejayaan, pertemuan, perpisahan, dan seumpamanya yang akan menjadikan diri kita semakin matang dan cekal menempuh tahun baru yang bakal tiba.

Apakah azam anda tahun 2008 nanti?Sudah tentu ada diantara kita yang sedang memasang azam dan target tertentu untuk dicapai dalam tahun 2008 bukan?Saya mendoakan semoga azam anda itu tercapai insyaallah...

Saya tidak berniat untuk menulis panjang.Namun saya yang merangkap pengurus blog ini disini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua pembaca melayubuntu.Semoga 2008 membawa kebaikan dan kejayaan untuk semua...

Wassalam!



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Sunday, December 30, 2007

Antara Virus dan Windows, Macintosh, Linux

Virus adalah kewujudan yang tidak diperlukan dalam dunia komputer kecuali bagi syarikat pembangun antivirus.Sejak dunia teknologi diwarnai dengan kehadiran satu mesin bernama komputer, dan windows menjuarai dalam bidang sistem operasinya, entah berapa ribu atau juta komputer yang telah diserang virus mengakibatkan kerosakkan, kehilangan data,pembaziran masa dan wang ringgit.

Menurut satu kajian ilmiah oleh Dr. Nic Peeling dan Dr Julian Satchell dalam Analysis of the Impact of Open Source Software, Virus yang bernama LoveLetter sahaja telah menyebabkan kerugian terus sebanyak $960 juta USD dan $7.7 billion USD untuk kehilangan produktiviti.

Apabila ada orang bertanya, mengapa banyak sangat virus yang menyerang sistem operasi windows?Seorang manusia yang kaya raya(err..panggil saja dia sebagai bill) menjawab, "Oh, ianya kerana windows digunakan secara meluas tidak seperti Macintosh atau Linux".Jack Clarke, seorang pengurus produk antivirus di eropah iaitu McAfee berkata "kita akan dapat melihat lebih banyak virus untuk linux jika linux menjadi semakin popular".

Ternyata kedua-dua kenyataan berbau "korprat" itu tidak berasas apabila dikaji secara ilmiah.Kita kaji secara perbandingan jumlah virus dahulu.Mengikut Analysis of the Impact of Open Source Software,jumlah virus berdasarkan jenis sistem operasi adalah seperti berikut;



Berkenaan dengan angka diatas, kajian tersebut mengatakan;
Most of the Windows viruses are not important, but many hundreds have caused widespread damage. Two or three of the Macintosh viruses were widespread enough to be of importance. None of the Unix or Linux viruses became widespread – most were confined to the laboratory.
Dan jikapun Linux mendominasi dunia sistem operasi dan begitu juga Macintosh, kedua-dua sistem operasi berdasarkan UNIX ini tidak akan mengalami nasib yang sama dengan windows.Mengapa?

Dalam windows, pengguna hanya perlu double click satu file berbentuk .exe dan virus akan menguasai komputer berkenaan.Sebaliknya bagi Macintosh dan Linux, untuk menguasai komputer, virus tersebut perlu sekurang-kurang memiliki hak super administration dan ini adalah sesuatu yang mustahil.Bagi linux, jika pengguna menggunakan hak super administration secara tidak terkawal, komputer dan sistemnya boleh rosak.Macintosh pula tidak membenarkan lansung pengguna menggunakan hak super administration(kecuali di enable dari awal).

Contohnya, bagi pengguna linux, apabila mereka cuba melakukan sesuatu perkara yang membahayakan sistem operasi komputer dalam keadaan mereka adalah normal user, amaran seperti "Are you root?" dan seumpamanya akan keluar dan tanpa keistimewaan sebagai super administration, maka komputer dan sistem akan selamat.

Saya akui, windows juga mempunyai akaun administration.Namun berapa ramai yang menggunakan "guest" akaun untuk komputer peribadi?Di dalam windows juga, sesuatu software yang diinstall oleh non-administration akaun juga boleh menambah file berbentuk .dll serta berbagai file sistem yang lain yang boleh mendapat kebenaran untuk merosakkan sistem komputer.

Kebanyakkan virus datangnya dari file yang disertakan dalam email(attachment).Dalam windows, Mic. Outlook Express (atau outlook) menggunakan file sistem yang sama dengan Internet Explorer(IE) untuk mempamerkan email yang menggunakan format HTML.Jika ada lubang kelemahan dalam IE maka nasib yang sama akan menimpa OE.Jika file sistem yang digunakan oleh kedua-dua perisian ini terkena virus, ia akan memberi kesan lansung kepada semua perisian yang berkongsi file sistem yang serupa.Masalah ini tiada dalam Linux kerana setiap perisian tidak berkongsi file sistem yang sama.Mozilla menggunakan enjin gecko untuk mempamer format HTML manakala KMail menggunakan KHTML dan seterusnya..

Terlalu banyak ruang untuk virus boleh menyerang windows dan terlalu sempit ruang untuk virus menyerang linux dan macintosh.Tetapi saya sendiri pelik, mengapa pengguna masih menyukai windows? Oh ya, ianya hanyalah game...dan kemudiannya game over untuk windows.
....



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Friday, December 28, 2007

Ulasan untuk PCLinuxOS

Photobucket

Specs:

Intel Pentium III, 900MHz
Intel chipset with onboard graphics and LAN
256Mb RAM, 20GB IDE HDD, 40x CDROM, 15" TFT LCD
keyboard, mouse and a fresh PCLinuxOS 2007 LiveCD.
[source]

Berani beli dengan harga RM500?

Sebenarnya bro Aizat yang meminta saya mengkaji dan menulis review tentang PCLinuxOS.Terlanjur membaca sehingga mata saya terpaku pada gambar diatas.Sebenarnya saya tak tahu apakah harga yang ditawarkan berpatutan atau tidak.Bagaimana pendapat anda?

Apa itu PCLinuxOS? Ianya satu lagi sistem operasi berasaskan linux seperti juga ubuntu. Adakah ia sehebat ubuntu? Untuk menjawab soalan ini, izinkan saya quote 2 baris ayat tulisan seorang penulis howtoforge,
Up to now I was thinking that Ubuntu is the best Linux desktop distribution, but I'm not so sure anymore now that I've used PCLinuxOS. I'm really impressed.

Photobucket

Ciri-ciri?
-Percuma
-KDE Desktop Environtment dan boleh ditukar kepada Gnome(?).
-Sokongan driver sepenuhnya (senang setup network, support wireless etc)
-Dilenkapi dengan engin grafik hebat,beryl (perlu ada grafik kad)
-Didatangkan dengan pelbagai perisian percuma terinstall secara default.
(OpenOffice.org,Firefox,Amarok, MPlayer, Kaffeine, Frostwire, DeVeDe, TVTime, Flash,Java JRE,GIMP, GQView, digiKam, Kalbum,XChat, Kopete, Thunderbird, TightVNC, K3b, Krusader, GKrellM, SearchMonkey...)
-Keupayaan untuk mount partition windows berformat NTFS
-Kestabilan yang tinggi
-dan banyak lagi

Menurut Susan Linton, penulis di Linux.com, PCLinuxOS telah di"make-up" berbulan-bulan untuk menyediakan pengguna sebuah sistem operasi yang bukan sahaja percuma, berprestasi tinggi, mesra pengguna, tetapi juga mempunyai grafik dan paparan antara muka yang menawan dan mengagumkan.

Kelayakkan minimun komputer?
Erm, 256MB RAM dan Pentium III kot.(sebab laman web PCLinuxOS tak nyatakan secara jelas)

Cara Install?
http://www.howtoforge.com/the_perfect_desktop_pclinuxos_2007

Pernahkah saya mencubanya?
Belum..
......



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Download command rujukan bagi Terminal


Saya telah menulis sedikit tentang perkara yang menakutkan apabila pengguna ubuntu(khususnya) menyalahgunakan fungsi Terminal.Ianya seperti dadah, banyak kebaikan apabila digunakan secara terkawal, tetapi banyak pula keburukkan apabila disalahgunakan.

Bagi pengguna ubuntu yang masih baru atau nama manjanya "newbie", memasukkan command line ke dalam terminal boleh jadi sesuatu perkara yang menyeronokkan dan boleh jadi juga sesuatu perkara yang membosankan dan menyusahkan.Pada mula saya mengenali terminal, saya seronok menggunakannya kerana saya boleh beraksi seperti seorang programmer yang cekap dan pintar dalam bahasa yang hanya difahami komputer.

Oleh kerana tidak ada pengalaman, setiap command yang disediakan dalam tutorial saya taip satu persatu ke dalam terminal.Setelah mengetahui bahawa saya boleh copy&paste jer command2 tu ke terminal, bukan sedikit saya maki diri sendiri.Bila difikirkan kembali, bagus jugak semua tu sebab ia membuatkan setiap command dan fungsinya melekat dalam ingatan saya hingga ke hari ini.

Saya akui, manusia sukakan yang mudah.Kerana itu saya tidak akan menyusahkan para newbie disini.Saya akan berkongsi satu file PDF yang mengandungi maklumat tentang command2 dan fungsinya bagi kegunaan Linux umumnya dan khususnya bagi Ubuntu.Saya sendiri sehingga ke hari ini masih merujuk kepada rujukan ini dalam perkara tertentu.Sumber diambil dari Fosswire.com.




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Thursday, December 27, 2007

I Am Possible vs Impossible


Seingat saya, tidak banyak perkara yang mampu menyebabkan saya untuk tidak putus asa dengannya.Sebaliknya, saya lebih banyak mencipta kegagalan daripada kejayaan.Apabila gagal kebiasaannya saya akan berputus asa, berhenti dan pasrah dengan kegagalan.

1 minggu berlalu sejak saya mula mengkaji tentang kebarangkalian untuk OSX Leopard boleh diinstall ke dalam Laptop saya.Ianya sesuatu yang mustahil kerana perbezaan hardware dengan MacBook dan iMac, apatah lagi OSX Leopard mahupun Tiger hanya boleh diinstall secara normal ke dalam hardware yang ditetapkan oleh Apple sahaja.

Kajian saya berdasarkan pembacaan, eksperimen dan try-and-error.Hari pertama dan seterusnya berlalu tanpa meninggalkan apa-apa klu yang boleh dijadikan motivasi untuk terus mencuba.Masalah yang sama berulang iaitu tidak boleh boot kedalam DVD installer.Melalui pembacaan, kelihatannya saya perlu setting BIOS terlebih dahulu namun ianya sesuatu yang berisiko tinggi.Pembacaan diteruskan sehari demi sehari...



Akhirnya saya membuktikan kepada diri saya sendiri yang selama ini suka berputus asa bahawa, sikap tidak putus asa telah membawa saya mencapai kejayaan pada hari ini!Ya, bagi sesetengah orang mungkin ini bukanlah sesuatu kejayaan yang hebat.Tetapi bagi diri saya secara peribadi, kejayaan ini menjadi peransang untuk terus bersikap cekal dan tidak mudah berputus asa dimasa akan datang.




Sound dan network setakat ini tidak mempunyai apa-apa masalah dan saya menulis entry ini di dalam leopard!

Saya menghadapi satu masalah kecil iaitu GRUB Loader.Akibatnya saya gagal mendapatkan GRUB Loader saya kembali dan menyebabkan saya gagal untuk boot kedalam ubuntu.Jika saya applykan cara sebelum ini iaitu untuk restore GRUB, Leopard pula yang mengalami masalah tidak boleh boot.So? Ditelan mati ibu diluah mati ayah.Kenapa perlu disuap?

Nampaknya perlukan 1 minggu lagi untuk kajian..Fuh..Research&Development.

Jadi, ingin tahu rahsia kejayaan saya? Sila respon :D




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Wednesday, December 26, 2007

Perasan sesuatu?

OK.Saya akui sejak akhir-akhir ini saya agak jarang update blog ini.Bukannya kerana faktor kekeringan idea ataupun komputer rosak atau sebagainya.1 minggu terakhir ini saya telah disibukkan dengan research untuk menginstall leopard kedalam PC.Bunyinya macam "nonsense" tetapi itulah hakikat.Sudah menjadi tabiat saya sejak kecil, selagi saya belum berjaya selesaikan research ini dan selagi belum berjaya install leopard ke dalam PC , selagi itu saya tidak boleh fokus kepada perkara lain.Jadi maafkan saya dengan tabiat yang agak pelik ini.

Saya tahu, saya perlu berubah!

Ada beberapa halangan untuk misi di atas berjaya.Kelihatan saya perlu edit BIOS setting namun ada masalah yang lain bersangkutan iaitu versi BIOS komputer saya yang agak berbeza dengan panduan.Pilihan yang ada hanyalah "upgrade BIOS".Fuh, sesuatu yang berisiko tahap gaban.Saya perlu lupakan tentang leopard seketika dan menunggu sehingga versi yang "tak perlu edit BIOS" keluar.

Sudahkah anda download dan membaca tutorial install Tiger ke dalam PC?Saya akui, bukan senang untuk menjadikan ianya kenyataan dan saya tidak mengesyorkan anda mengikutinya tanpa memiliki perasaan ingin mencuba yang cukup tinggi.Mungkin ada diantara kita disini yang meragui kebaikan menggunakan Mac OSX bukan?

Sebagaimana ubuntu juga, pengguna tidak perlu risau akan virus apabila menggunakan Mac OSX.Namun bukan itu sahaja yang memotivasikan saya untuk mencubanya.Saya sukakan paparan Mac OSX yang kemas dengan font yang mudah dibaca, elegant, professional, dan menarik.Percayalah, sekali anda menggunakan Mac OSX, anda akan "jatuh cinta" padanya.

Mungkin sudah seminggu juga saya "berdampingan" dengan Mac OSX Tiger.Tiada lagi masalah sound dan ethernet, semuanya setakat ini berjalan lancar walaupun dibatasi dengan "pantang larang" iaitu tidak boleh update beberapa komponen kritikal seperti security update etc.Jika ditanya kepada saya apakah perasaan apabila pertama kali menggunakan Mac OSX, saya akan menjawab dengan yakin, "perasaannya sama seperti anda dapat berkahwin dengan gadis pujaan hati anda!"

Photobucket

Dan ini spesifikasi laptop saya;

Hardware:
Processor Name: Intel® Celeron® M CPU 430 @
Processor Speed: 1.73 GHz
Processor Features: FPU VME DE PSE TSC MSR PAE MCE CX8 APIC SEP MTRR PGE MCA CMOV PAT CLFSH DS ACPI MMX FXSR SSE SSE2 SS TM SSE3 MON TM2 TPR
Memory: 1 GB
Bus Speed: 200 MHz

Graphics/Displays
Chipset Model: GMA 950
Type: VGA-Compatible Controller
VRAM (Total): 256 MB
Vendor: Intel (0x8086)
Device ID: 0x27a2

Memory
1024MB

Serial-ATA
Capacity: 55.89 GB
Model: Hitachi HTS541260H9SA00

Audio Driver
Realtek ALC883
Jika anda ingin mencuba Mac OSX, maksud saya sangat-sangat berminat untuk mencubanya dan sanggup hadapi apa-apa risiko yang mendatang, jangan segan-segan untuk bertanya kepada saya.Saya tidak akan kedekut untuk membantu.

zul.malc [at] gmail.com



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Sejauh mana blog ini memberi impak?

Mungkin ramai dari kalangan pembaca blog ini sudah memiliki blog sendiri.Samada hosting free atau berbayar, domain free atau berbayar.Apabila direnung sejenak dan difikirkan kembali, untuk apa seseorang itu perlu berblog?Disini sempat untuk saya senaraikan beberapa tujuan seseorang menulis blog antaranya;
  1. Suka-suka/Mengisi masa lapang
  2. Membina komuniti/Bersosial
  3. Duit
  4. Test power (menulis, coding, belajar, eksperimen etc)
Saya tidak pasti saya termasuk dalam kategori yang mana satu.Namun yang pasti, naluri saya kuat mendesak supaya saya dirikan blog seperti ini untuk membuat satu impak kepada pengguna komputer di Malaysia.Saya tidak ingin menulis sesuatu yang memperlihatkan saya ini "macam bagus".Saya cukup benci perbuatan bangga diri namun saya memuji sikap yakin dan positif terhadap keinginan untuk mencapai target.

Jika anda membuka website register.com dan anda akan dapat perhatikan "moto"nya ialah
Don't Just Make A Website, Make An Impact.
Pada saya, sebaris ayat ini mendatangkan maksud yang luas dalam pelbagai tafsiran dan juzuk-juzuk aplikasi yang pelbagai.Saya lebih suka jika ia ditafsirkan kepada perjalanan sebuah kehidupan dan ayat diatas akan bertukar kepada,
Jangan hanya membina kehidupan yang biasa, binalah kehidupan yang hebat.
Dan jika ia ditafsirkan kepada sebuah blog,
Jangan hanya membina blog, binalah blog yang memberi impak.
Sebenarnya bukan mudah membina sebuah blog yang berkisar kepada sesuatu yang baru, pelik, tidak pernah didengar orang, apalagi jika blog itu sebuah blog yang membicarakan sesuatu yang sesusah blog ini bicarakan.Maksud saya, senang membina blog tetapi susah untuk menarik minat pembaca!

Linux, Ubuntu, terminal, Open Source, partition, GRUB, bla bla bla, bukanlah antara "bahasa" yang biasa bagi pengguna komputer di Malaysia.Jika anda dalam jurusan Sistem Komputer atau yang berkaitan mungkin tidak termasuk dalam kategori ini, namun diluar sana masih ramai "orang-orang awam" yang terpinga-pinga apabila perkataan-perkataan diatas dilontar ke telinga mereka.Bagi mereka ini, apabila disebut komputer yang terbayang difikiran hanyalah windows, YM, Friendster, Myspace, chatting, trojan, "hang", antivirus dot dot..

Pada saya, jika saya mampu memasukkan maklumat tentang apa yang telah saya tulis dalam blog ini ke fikiran "orang-orang awam" tersebut, saya telah berjaya mencipta impak!Dan ianya bukan lagi suatu teori dialam impian saya dahulu...

Jadi ,sejauh mana blog anda memberi impak?

wassalam..



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Tuesday, December 25, 2007

Pengguna Ubuntu : AWAS!

Jadi anda masih baru dengan ubuntu?Perasaan ingin tahu tentunya membuak-buak bukan?Ingin mencuba itu dan ini, aplikasikan itu dan ini, masukkan command itu dan ini, install itu dan ini, ubah itu dan ini.YA! Ubuntu adalah sebuah sistem operasi yang memberi kebebasan berkenaan kepada anda.

Namun AWAS!Melakukan sesuatu tampa mengetahui akan akibat daripadanya hanya mengundang kerosakan.Apabila darjah kerosakan terlalu teruk, saya nasihatkan, sila reinstall ubuntu anda dan jangan ulangi kesilapan lalu!

Sejauh mana kita belajar dari kesilapan?

Saya juga seperti anda ketika mula mengenali ubuntu.Saya terlalu excited untuk mencuba segala yang boleh.Semua tutorial saya ikut, masukkan command ke dalam terminal tampa tahu menahu apa yang sedang diperbuat dan sebagainya.Tidak cukup dengan itu, saya dengan tampa bersalahnya telah uninstall satu komponen penting menggunakan synaptic package manager.Akibat dari semua itu?Tidak kurang dari 5 kali saya reinstall Ubuntu.Saya tidak kesal dengan bilangan tersebut apalagi berbangga dengannya.

Kegagalanlah yang mematangkan.Kegagalanlah yang menyebabkan kita lebih berhati-hati, berwaspada dan bijak mengelak dari melakukan kesilapan berulang.

Kesilapan

1.Terminal

Kesilapan yang paling mudah dilakukan ialah apabila memasukkan command ke terminal.JANGAN sekali-kali masukkan sesuatu command kedalam terminal tampa anda tahu apa yang sedang anda lakukan!Mengapa saya kata demikian?Saya akan tunjukkan apa yang boleh anda lakukan dengan terminal...
sudo rm -rf /


Jika anda masukkan command ini ke terminal berserta password, ia akan delete semua data dalam system ubuntu anda.

Ada banyak lagi contoh-contoh command yang berbahaya; antaranya:-
sudo rm -rf / (This will delete all your files on your system) - Needs administrator rights!

sudo rm -rf . (This will delete the current directory your in) - Needs administrator rights!

sudo rm -rf * (This will delete all the files in the current folder) - Needs administrator rights!

rm -rf * or rm -rf *.* (This will delete all the files in the current folder) - No administrator rights needed!

rm -rf ~ / & (This will destroy your home directory) - No administrator rights needed!
Command yang akan "erase" HD
sudo mkfs (This will format your hard drive) - Needs administrator rights!

sudo mkfs.ext3 (This will format your hard drive) - Needs administrator rights!

sudo mkfs.bfs (This will format your hard drive) - Needs administrator rights!

sudo mkfs.cramfs (This will format your hard drive) - No administrator rights needed!

sudo mkfs.ext2 (This will format your hard drive) - Needs administrator rights!

sudo mkfs.minix (This will format your hard drive) - Needs administrator rights!

sudo mkfs.msdos (This will format your hard drive) - Needs administrator rights!

sudo mkfs.reiserfs (This will format your hard drive) - Needs administrator rights!

sudo mkfs.vfat (This will format your hard drive) - Needs administrator rights!
Command yang merbahaya

sudo dd if=/dev/zero of=/dev/hda (VERY DANGEROUS COMMAND! It will zero out the whole primary IDE hard drive) (Needs administrator rights)

sudo dd if=/dev/hda of=/dev/hdb (Needs administrator rights)

sudo dd if=something of=/dev/hda (Needs administrator rights)
dan beberapa timbun lagi.. [source]

2.SPM (Synaptic Package Manager)
SPM bertindak sebagai installer dan juga uninstaller.Anda boleh menggunakannya untuk uninstall apa sahaja komponen yang telah diinstall didalam ubuntu anda.Tapi AWAS!Kadang-kadang, tampa satu sahaja komponen, akan menyebabkan banyak aplikasi tidak boleh dilancarkan dengan stabil.Lebih teruk ialah, anda tidak boot terus kedalam ubuntu anda!

Ubuntu tak sempurna?

Adakah ubuntu tidak sempurna kerana mempunyai lubang-lubang kesilapan sebegini?Saya tidak berniat berbicara soal kesempurnaan disini tetapi apabila difikirkan kembali, penggunalah yang silap kerana melakukan sesuatu tanpa mengetahui apa-apa.

Nota:
1.Saya menulis artikel ini apabila ditanya perlbagai persoalan mengenai masalah ubuntu mereka.Ada yang melaporkan PC dia telah rosak akibat tindakannya menginstall ubuntu dan terpaksa membayar RM80 untuk kos pembaikian.Saya ingin jawab, ia bukan masalah ubuntu, ia masalah PC awak.Berjuta-juta pengguna ubuntu boleh menggunakanya tanpa masalah tiba-tiba PC kita seorang sahaja yang bermasalah, tentunya disebabkan kesilapan kita sendiri!

2.Anda boleh bertanyakan saya apa sahaja berkenaan ubuntu.Tetapi saya tidak jamin yang saya boleh menjawab kesemuanya kerana saya bukannya developer ubuntu dan saya tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan memperkenalkan ubuntu disini.

3.Jika ada masalah tentang ubuntu, sila tanya saya.Jika saya tidak tahu sila search menggunakan google atau pergi terus ke ubuntu forum.Jika ingin tanyakan kepada pakar tempatan, sila ke ubuntu.com.my.Komuniti Ubuntu masih lagi kecil tetapi jika anda bertanya dan ingin belajar, ramai yang ingin mengajarkan.

Selamat berjaya!





Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


Saturday, December 22, 2007

DELL dan Ubuntu 7.10

Saya mengira ianya bukan lagi satu kejutan.Dell, sebuah syarikat yang memasarkan komputer telah upgrade Ubuntu Dell mereka kepada Ubuntu 7.10 dan disertakan dengan beberapa fungsi baru iaitu DVD playback dan Flash media player secara default.Bererti, pengguna boleh menonton DVD dan youtube video tampa perlu install apa-apa sebaik sahaja komputer edaran Dell ini sampai dipintu rumah mereka.

Untuk DVD player, Dell telah mengaplikasikan perisian LinDVD dan khabarnya telah mendapat persetujuan dari syarikat Adobe untuk flash media player.Sebenarnya, distribusi linux(apa sahaja distro) tidak dibenarkan didatangkan bersama flash (secara default) dan ianya adalah sesuatu yang melanggar undang-undang(legal problem).Ini kerana Adobe flash bukan sesuatu yang open source biarpun ia free.Bererti, anda tidak boleh mengaut keuntungan dengannya!

Jika kita bertanya, mengapa perlu install codecs, plugins, etc setiap kali selepas membeli komputer baru, sebenarnya ia berkaitan dengan legaliti.Free tetapi bukan open source, bererti tiada siapa dibenarkan menggunakannya, mengubahnya, apa lagi mengaut keuntungan melaluinya.Biarpun sesuatu perisian itu free, ia masih diikat dengan beberapa perkara berkaitan perlesenan, akta hak cipta, harta intelek bla bla dan sebagainya.

Bagi open source pula, anda dibenarkan mengubah, atau menjadikannya sebagai asas untuk sesuatu yang baru, mengedarkan, dan mengaut keuntungan dengannya(perisian).Jika ditafsirkan ke bahasa melayu Open Source = Sumber Terbuka.Ianya adalah sumber untuk sesiapa juga membangunkan sesuatu dengannya.

Saya berkira-kira, berapa ramai yang sanggup untuk mengeluarkan duit sebanyak RM1671.65 (499 USD) untuk sebuah komputer Ubuntu Dell berspesifikasi seperti ini;

Namun, sejak dilancarkan(sekitar bulan 5-6,07) sehingga 30 November 2007, sudah 40,000 buah komputer Ubuntu Dell telah terjual.Ianya bukanlah angka yang tersangat memberansangkan bagi sebuah syarikat seperti Dell yang secara keseluruhannya menjual sekitar 10juta komputer setiap 4 bulan.Namun harus diingat bahawa kiraan itu hanya dilakukan dalam ruang lingkup pasaran yang terhad iaitu US,UK,Germany sahaja.Dengan populariti Ubuntu yang tidak sehebat windows, angka itu bagi saya suatu angka yang ajaib!

Bagi saya juga, prestasi dan harga memainkan peranan yang tersendiri.Bagi ubuntu dan keluarganya(kubuntu,edubuntu,xubuntu), saya masih menaruh harapan yang tersangat tinggi untuk dapat melihat sebuah komputer yang "mampu milik"(affordable) bagi golongan miskin, sederhana yang terpinggir, berasaskan sistem operasi ini.

Masih ingat tentang gOS?Khabar angin mengatakan komputer gOS yang berharga RM670 (USD 200) telah habis dijual.Kesimpulan saya melaluinya ialah, bagi sistem operasi berasaskan linux,ianya mempunyai masa depan bukan hanya pada prestasi semata(seperti yang Dell sediakan) tetapi juga pada HARGA.Harapan saya ialah, semoga muncul anak tempatan yang akan memasang dan mengedarkan komputer berasaskan ubuntu pada harga yang mampu milik(sekitar RM500?), dan impian saya ialah untuk menjadi warga tempatan tersebut! Berminat menjadi rakan kongsi? :D




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Thursday, December 20, 2007

EKSKLUSIF : Download tutorial cara Install Mac OSX ke dalam PC


536KB-PDF file

Sepertimana yang telah saya janjikan sebelum ini, saya telah menulis ringkas tentang panduan umum untuk menginstall Mac OSX ke dalam PC biasa.Perlu diingat bahawa, panduan ini agak umum dan kemungkinan untuk ianya tidak menepati kes-kes tertentu adalah agak besar.Oleh kerana itu, sebarang soalan, respon, atau juga kritikan membina adalah dialukan-alukan.

Sila klik pada image diatas untuk tutorial penuh berserta gambar.

Kaedah memasang OSx86 ke dalam komputer


Tiada cara yang begitu mudah untuk memastikan cubaan pertama itu berjaya.Kejayaan sebenarnya adalah satu himpunan kegagalan demi kegagalan.”Tidak putus asa” adalah penghubung antara kegagalan dan kejayaan!


Persediaan Awal

Mengenalpasti hardware komputer dan perkara berkaitan

Sebelum anda berfikir untuk memasang Mac OSX ke dalam komputer anda, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah “mengenali” komputer anda secara detail.

Hardware Specs:
Motherboard: intel, amd, etc.
Video: nV, ATI, etc.
Data storage: SATA, PATA, ATA, USB, etc.
Soundcard:
Network devices:
dan lain-lain yang berkaitan (keyboard etc)
.....

*segenap perkara yang berkaitan.

Di dalam windows, anda boleh memeriksa dan mengenali hardware anda dengan beberapa cara:

-Control Panel > System > Hardware Devices (klik pada tab detail untuk maklumat detail)
-mengenali CPU mengunakan perisian CPU-Z

Di dalam Ubuntu, sila pergi ke system > preferences > hardware information

ATAU..

Semasa anda “boot” ke dalam OSX DVD untuk proses installasi, pergi ke Utilities > System Profiler dan anda akan mendapati komponen hardware bagi komputer anda akan terpapar disitu.


Gambaran kepada “komponen” yang perlu dipilih semasa proses pemasangan adalah seperti screenshot dibawah:



DVD image/installer

Selepas mengenali komputer, perkara penting kedua ialah bagaimana untuk mendapatkan DVD Installer bagi Mac OSx86?Untuk pengetahuan anda, saya boleh disaman oleh syarikat Apple jika saya letakkan link menghubungkan ke website torrent untuk membolehkan anda mendownloadnya.Mendownloadnya adalah satu pencabulan kepada akta hak cipta dan anda boleh disaman kerananya.Jika tidak mahu mengambil risiko itu, anda mempunyai altenatif kedua iaitu dengan membeli DVD Tiger/Leopard di Apple Store atau dimana sahaja kemudian membuat DVD Patched sendiri.Terdapat beberapa tutorial yang membantu kerja-kerja tersebut;

Leopard1
Leopard2

2 link ini cukup untuk memberitahu bahawa, ianya terlalu susah untuk beginner!Kerana itu penyelesaian yang kita ada ialah, membeli DVD Tiger/Leopard kemudian download DVD yang telah di Patched melalui torrent.Setidak-tidaknya kita mempunyai lesen yang sah untuk Mac OSX.

Untuk mendownloadnya, sila search menggunakan google etc.Saya tidak akan meletakkan link disini.Tetapi saya akan meletakkan “klue” untuk memudahkan anda mendapatkan DVD installer tersebut;

Sila search torrent
-Jas 10.4.x (x=4,5,6,7,8,9,10,11) saya mencadangkan Jas 10.4.10
-OSx86 intel/AMD SSE2/SSE3
-Toh BrazilMac OSx86
-Install OSX on PC Intel AMD

dan seumpamanya..

Ok, sekarang file DVD tersebut sudah selesai didownload dengan jayanya.Ia sepatutnya berformat .iso atau .rar yang kemudiannya perlu di unrar.Seperti biasa, BURN file tersebut kedalam DVD dalam bentuk DVD image.Saya harap anda tiada masalah dalam bab ini.

NOTE:Dalam beberapa kes, bersama file yang didownload tersebut telah disertakan file tutorial bagi DVD tersebut.Untuk kes itu, sila ikut tutorial yang disertakan itu!

Dual boot atau hanya install OSX

Adalah amat penting untuk menentukan samada ingin dual boot atau tidak.Ini kerana apabila ingin dual boot, terdapat perkara berkaitan yang perlu diselesaikan terutamanya berkenaan pembahagian partition dan bootloader.

Jika ingin dual boot, sila baca berkenaan pembahagian partition dan bootloader berikut;

Format partition yang digunapakai untuk Mac OSX ialah FAT32 Primary.Dalam windows, terdapat beberapa software seperti Partition Magic, Acronis Disk Director Suite dan sebagainya.Dalam ubuntu, anda boleh menggunakan gparted yang boleh diinstall dengan memasukkan command berikut pada terminal;

sudo apt-get install gparted

dan kemudian launch gparted dengan command;

sudo gparted

dan format partition anda.

Sekarang anda sudah mempunyai ruang hard disk yang telah diformat kepada FAT32 Primary dalam komputer anda.

Jika anda menggunakan Acronis Disk Director Suite dalam windows, anda boleh menggunakan OS Selector sebagai loader komponen.Jika anda menggunakan ubuntu, anda sepatutnya mahir dalam GRUB Loader supaya nantinya anda boleh boot kedalam kedua-dua OS tanpa masalah.
Dual boot atau tidak, anda perlu untuk format partition/hard disk anda kepada FAT32 kerana pertition/hard disk berformat ini sahaja yang boleh dibaca oleh Mac OSX.Proses Installasi

Boot kedalam DVD installer dan Proses Installasi

Sekarang anda sudah bersedia untuk memasukkan DVD installer ke dalam DVD drive.Masukkan dan boot kedalam DVD! Sabar, ianya mungkin mengambil masa untuk proses booting...Sila perhatikan image-image ini;



Convert Partitition untuk OSX.

FAT32 adalah format partition yang boleh dibaca oleh Mac OSX.Anda perlu convert partition ini kepada bentuk baru untuk membolehkan Mac OSX boleh diinstall kedalamnya.Caranya cukup mudah,

Pergi ke Utilities > Disk Utility (Utilities terdapat pada panel bar bahagian atas)

Dibahagian kiri, pilih partition yang telah anda buatkan (telah anda formatkan kepada FAT32 Primary)



Pilih tab erase.Kemudian pilih “Mac OS Extended (Journaled)” sebagai volume format dan klik “erase”.Tindakan ini akan mendelete semua file dalam partition FAT32 yang kita siapkan itu tadi.



Setelah selesai proses berkenaan tutup tetingkap Disk Utility dan anda akan mendapati hard disk tadi sedia untuk diinstall OSX ke dalamnya.



Klik pada icon hard disk tersebut dan klik Continue.Anda akan melihat ini.
Disini adalah check point yang penting.Sila klik Customize yang akan membawa anda kepada page pemilihan komponen seperti gambar diatas.1




Gambar dibawah ini adalah contoh tetingkap bagi pemilihan komponen.Untuk DVD installer yang berbeza, kandungan komponen juga adalah berbeza.


Pilih komponen untuk diinstall HANYA yang bertepatan dengan spesifikasi hardware komputer anda sahaja.Jangan memilih satu-satu komponen tampa tahu menahu apa yang sedang anda pilih kerana ia akan menyebabkan masalah kemudiannya.Selepas selesai memilih komponen klik install.Satu popup untuk “DVD check” akan keluar.Anda boleh skip proses ini jika tidak mahu menunggu.



Selepas selasai install, sila restart PC anda dan doakan semoga ianya berhasil!

Selepas restart, bagi yang dual boot, anda sepatutnya tahu apa yang harus dilakukan dengan bootloader.Bagi yang tidak dual boot, ia akan terus boot kedalam Mac OSX, masukkan data-data dan maklumat anda dan kemudiannya terus ke desktop Mac OSX.




Gambar dalam tutorial ini diambil daripada : Dilnalomo

Beberara link rujukan yang penting;-

Dilnalomo
Forum Insanelymac
OSx86 wiki - PENTING
Forum OSx86Scene
Macdotnub

Sila lawati kesemua link diatas untuk mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan tutorial ini.Saya mendoakan kejayaan anda!


Panduan2 ini ditulis oleh:Penulis blog

http://melayubuntu.blogspot.com®




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Wednesday, December 19, 2007

Mac4lin versi 0.4 released



Mac4lin adalah pakej desktop tema bagi gnome (ubuntu etc) dan antara yang paling lengkap, paling popular, paling cun, yang mesti dimiliki ,diaplikasikan ke dalam desktop ubuntu khususnya kepada Mac fan-boys seantero buana.Bukti kepada kenyataan diatas ialah, sehingga ke hari ini Mac4lin telah mencapai 2.6 TB (TeraBytes) data transfer yang dimuat turun oleh pengguna gnome dan kde desktop environment yang sudah pastinya memberi gambaran kepada kita betapa ramainya peminat Mac OSX diluar sana.

Versi 0.4 telah dikeluarkan semalam dan seperti yang dapat anda lihat dalam image diatas merupakan rupa bentuk tema Mac4lin yang telah diaplikasikan dalam desktop ubuntu saya.Saya telah menulis beberapa tutorial sebelum ini tentang bagaimana untuk mengubah tema ubuntu.Untuk rujukan sila ke link-link berikut;
-iMetal
-iMetal Blue
Jika masih belum faham, sila klik ke laman ini.Dan jika masih tak faham juga, boleh panggil saya dan saya akan buatkan ke semua itu dengan harga RM50.Amacam?:P

Versi 0.4 ini berserta dengan beberapa perubahan yang agak ketara.Walaupun pada asasnya kelihatan seakan agak leopardish, namun sebenarnya terdapat perubahan yang agak berbeza dari leopard yang sebenar.Antara perubahan tersebut ialah;
-Gnome ikon
menu ikon telah ditukar dari ikon apple kepada ubuntu, ikon baru bagi weather dan folder dan banyak lagi
-butang forward dan back yang baru dan lebih kemas
-warna tetingkap yang lebih lembut
-rounder address bar bagi nautilus

dan lain-lain lagi..

Screenshot : 800x600
Download : http://sourceforge.net/projects/mac4lin



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


Bagaimana untuk aktifkan audiocapture dalam ubuntu

Ubuntu didatangkan dengan beberapa fungsi penting yang tidak diatifkan secara default dan antaranya ialah fungsi audiocapture.Apabila fungsi ini tidak aktif, pengguna akan mengalami masalah semasa menggunakan perisian sound-recorder, skype,gizmo project dan apa sahaja perisian untuk merakam audio dari luar(mic etc).Mengaktifkannya fungsi audiocapture ini adalah terlalu mudah melalui kaedah berikut;

-Buka terminal dan taipkan
gnome-volume-control

-Pilih Edit > Preferences
-Scroll kebawah dan check Capture
-Tutup dialog (dialog preferences shj)
-Kemdian klik pada Capture tab (pada window gnome-volume-control)
-Klik pada microphone dan speaker ikon (untuk hilangkan simbol pangkah berwarna merah)
-Gerakkan volume sliders keatas ketahap maksimum dan SELESAI!



Sekarang cuba sambungkan mikrofon ke komputer dan buka perisian sound-recorder dan anda boleh mencuba rakam suara anda!

p/s:saya telah mencuba kaedah ini dalam gusty dan ianya berfungsi dengan baik.




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


Monday, December 17, 2007

Hidupkan PC lama dengan linux!

Oleh kerana perkembangan yang begitu pesat dalam dunia teknologi pengkomputeran, komputer yang lama biasanya ditinggalkan untuk mendapatkan komputer yang baru, bergaya, pantas dan mampu untuk "run" OS terkini.Mungkin kerana itulah saya menganggap dunia komputer seperti dunia taraf hidup.Ia tidak mengira samada kita kaya atau miskin, taraf hidup semakin meningkat dan meningkat.Namun adakah wajar simiskin terus diketepikan atau dengan nada yang lain, adakah wajah komputer yang lama itu dipinggirkan untuk mendapatkan yang baru?

Jika sebuah komputer mempunyai pentium 2 didalamnya pada tahun 1997, ia adalah komputer idaman semua.10 tahun berlalu dan jika kita bertanya kepada sesiapa jua, pastinya ada yang malu untuk mengakui masih menggunakan pentium 2 didalam komputer mereka.Mereka berbangga jika komputer mereka mempunyai processor Core 2 Duo dan sebagainya.Ianya sesuatu yang biasa..



Antara sebab saya bangunkan blog ini adalah untuk mencari altenatif ini.Pada fikiran saya, jika komputer lama ini boleh "dihidupkan" kembali, komputer tersebut sudah tentu dapat berbakti kepada orang-orang kampung yang tidak mampu untuk memiliki walau sebuah komputer dan kerana itu mereka terus ketinggalan dalam arus dunia teknologi yang biasanya hanya dikuasai oleh orang mampu dan berharta.Pada fikiran saya, jika komputer lama ini masih berfungsi, dan ianya dapat dijual dengan harga yang begitu murah (RM300 kebawah etc), tidakkah ianya mampu dimiliki oleh orang miskin juga?

Terima kasih kepada bro senyuman yang mengingatkan saya tentang perkara ini didalam komen beliau tempoh hari.Asalnya saya memang berniat untuk menulis tentang itu namun disebabkan kerana komitmen lain yang harus diutamakan terlalu banyak lalu saya mengenepikannya terlebih dahulu.

Fluxbuntu

Saya telah membuat sedikit kajian tentang fluxbuntu dan mendapati ianya jauh lebih ringan dan pantas daripada Xubuntu.Fluxbuntu telah dibuktikan berjaya "run" di dalam komputer PentiumII 233MHz, 128MB RAM dan 2 Gig Harddrive space!Fluxbuntu mengambil masa selama 12minit untuk install sempurna didalam komputer berkeupayaan PentiumII 233MHz, 384MB RAM!

Ada 5 perisian yang diinstall secara default melalui fluxbuntu iaitu:



gOS (Google Operating system?)

Rasanya saya tidak perlu lagi memperkenalkannya.Ia mampu untuk diinstall kedalam PC berkeupayaan PentiumIII 1GHz dan 256MB RAM.gOS dilengkapi dengan google apps, dan fungsi web 2.0 dan pengguna dapat menggunakannya seperti membuka sebuah software.Ianya seakan browser, tetapi hanya membuka satu laman web setiap kali di"run".Saya belum menggunakan gOS namun saya percaya bahawa ia menjanjikan sesuatu yang baru dan agak berbeza dengan OS lain.






Xubuntu

Xubuntu adalah anak beranak ubuntu tetapi ianya dilengkapi dengan perisian yang lebih ringan dan menggunakan memori yang lebih kecil berbanding ubuntu.Xubuntu menggunakan Thunar File Browser (mengantikan nautilus), Abiword (mengantikan openoffice) dan banyak lagi perisian yang lebih ringan, penggunaan memori yang kecil jika dibandingkan dengan perisian lain.



Komputer yang mempunyai kelajuan processor 500MHz, dengan RAM serendah 128MB dan sekurang-kurangnya 1.5Gig ruang HD sudah mampu untuk run Xubuntu tampa apa-apa masalah (Processor 500MHz kebawah ada boleh tapi agak perlahan).

Jika Ubuntu menggunakan Gnome sebagai desktop envirenment nya, Xubuntu menggunakan Xfce yang lebih membantu kepantasannya.Namun tidaklah pula gnome tidak membantu kepantasan kerana ia run didalam ubuntu.

Saya berandaian cukuplah 3 contoh setakat ini.Insyaallah dilain masa dan ketika jika ada perkembangan terbaru saya akan postkan disini.Semoga teknologi tidak hanya dikecapi oleh kita..





Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Sunday, December 16, 2007

Mac OSX dalam PC [VIDEO]

Artikel ini berkaitan dengan post ini.


Pengenalan
Projek giler terbaru dari saya.Jangan tanya berkenaan legaliti, compatibaliti,stabiliti, mentaliti dan sensitiviti kerana ianya tiada apa-apa kaitan dengan projek yang menelan belanja 0,00,00.00 US Dollar ini.Yeps, aku dah start mengarut.

Langkah-langkah
>Search, Download dan burn Jas 10.4.7 ke dalam DVD
>Buat kajian tentang CPU, Chipset,Graphic card,Sound card,Network Devices bla bla.. (SSE/SSE2/SSE3/GMA950/ALC883/RealtekR etc etc)
>Masukkan DVD ke dalam pc dan boot kedalam dvd
>Tunggu hingga keluar pilih bahasa untuk install
>Pilih partition yang telah disiapkan(FAT32) Erase guna Mac OSX Extended Journaled, kembali ke installer dan install.
>Reboot, dan masukkan data maklumat komputer dan diri sendiri.Siap-MAC OSx86 TIGER-tampa internet dan sound!

To do list:
  • cari penyelesaian untuk internet dan sound
  • check software compatibality dan stability

AMARAN:INI BUKAN TUTORIAL

Matlamat
>Dapat run Mac OSX dalam PC biasa
>Dapat install leopard dengan jayanya dalam PC biasa
>Semoga Steve Jobs keluarkan Mac OSX PC Edition suatu hari nanti.heh...



p/s:Laporan ini tidak mengikut format laporan eksperimen yang betul.harap maklum :D




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

OSx86 Project,Hackintosh, Dan Mac OSX dalam PC

Pengenalan

Persoalan yang bermain difikiran saya sejak mengenali kewujudan Mac OSX ialah, bolehkah Mac OSX diinstall ke dalam PC biasa? Jawapan yang saya boleh bagi sekarang ialah, Mac OSX TIDAK boleh diinstall ke dalam PC biasa secara normal.Beerti, jika kita pergi ke Apple Store etc dan membeli Mac OSX Tiger/Leopard CD/DVD dan pulang kerumah, masukkan kedalam CD/DVD drive, ianya tidak boleh diinstall sebagaimana kita menginstall Windows/Ubuntu.



Apabila Apple mula menggunakan Intel architecture sebagai hardware bagi Mac OSX mereka, terbitlah berbagai idea untuk merealisasikan satu kerja mustahil iaitu install Mac OSX ke dalam PC biasa yang menggunakan Intel Processor dan AMD Processor.Sehingga artikel ini ditulis, "kerja mustahil" yang saya maksudkan tadi tidak lagi menjadi mustahil malah ianya telahpun dibuktikan berjaya oleh ramai pengguna PC termasuk diri saya sendiri.



Website OSx86 Project pula telah dibina untuk memberi panduan, membicangkan, memberi maklumat supaya pengguna PC dapat menginstall Mac OSX ke dalam komputer mereka dengan jayanya.Jika sekarang ini orang bertanya, adakah perlu untuk membeli Apple Hardware untuk install Mac OSX? Jawapannya tidak perlu!Mungkin ramai yang maklum bahawa, Apple bukan menjual software sebagaimana Microsoft, tetapi menjadi Hardware yang disertakan dengan OSX.

Bagaimana saya melakukannya?

Saya antara orang yang telah berjaya install Mac OSX 10.4.7(Tiger) kedalam laptop saya selepas 5x atau lebih mengulangi kegagalan.Kegagalan pertama telah menyebabkan saya terpaksa reformat keseluruhan Harddisk(delete seluruh OS dan data didalamnya-saya sempat backup data mengguna ubuntu live cd).Kegagalan kedua menyebabkan Mac OSX crashed semasa proses booting.Sebab utama mengapa saya gagal ialah kerana saya hanya berpandukan kepada instinct dan method try and fail.Saya berjaya setelah membuat sedikit research berkenaan hardware laptop yang saya gunakan.Oleh kerana saya telah delete windows dari laptop, tidak mudah untuk melakukan semua itu.



Berkenaan dengan DVD installer, saya telah mendownloadnya dari torrent dan anda dapat mencarinya dengan menaip keyword "OSx86 10.4.x torrent" melalui google.Biasanya setiap versi (x=1,2,3...11) mempunyai cara install yang hampir sama tetapi saya mengambil keputusan untuk tidak menghuraikannya disini.Kita perlu format partition yang ingin kita gunakan untuk Mac OSx86 ini kepada FAT32 dan sila bertanya kepada google untuk maklumat lanjut.



Jika ada masalah, inginkan rujukan, bantuan dan sebagainya, sila ke forum InsanelyMac dan disitu kita boleh merujuk berkenaan masalah kita tentang Mac OSx86.

Masalah

Namun tidak semudah itu untuk menjadikan Hackintosh(Mac yang di hack) kita ini full working system.2 masalah besar yang sedang saya hadapi(atau sedang saya sedari) ialah tidak boleh connect internet dan tiada sound!Saya rasa tampa kedua-dua fungsi ini, apalah ertinya sebuah komputer? Saya sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini dan berharap agar dapat menyelesaikannya sedikit masa lagi dengan pertolongan forum InsanelyMac.

NOTE:Nantikan entry yang akan datang, jika tiada aral melintang saya akan tunjukkan video bagaimana mac osx didalam laptop saya beroperasi :)




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Friday, December 14, 2007

Bagaimana untuk reinstall GRUB Loader

Saya tidak pasti adakah pembaca akan benar-benar faham jika saya huraikan apa itu "GRUB Loader" dalam bentuk perkataan dan ayat.Tetapi, saya yakin gambar dibawah ini akan memberitahu segalanya tentang GRUB Loader ini kepada pembaca biarpun saya tidak menerangkan apa-apa.



Dalam beberapa kes, kadang-kala GRUB Loader ini gagal dicapai dan disaat itu kita tidak boleh lagi membuat pilihan untuk boot kedalam windows ataupun ubuntu.Antara kes tersebut ialah;

1.Install windows xp selepas install Ubuntu (Dengan kata lain, dual boot xp dengan ubuntu installed 1st)
2.Berlaku kerosakan sistem luar jangka (saya tak pernah alami)

Dalam kes ke2, saya "hanya" mengandaikan ianya berlaku kerana saya tiada pengalaman.Namun dalam kes1, ianya benar-benar telah berlaku kepada saya.Untuk catatan pembaca yang mengikuti perkembangan blog ini,semalam saya telah uninstall/Delete windows vista daripada laptop saya.

Apabila GRUB Loader gagal dicapai dan pengguna komputer gagal untuk boot kedalam ubuntu/windows/etc, perkara pertama yang difikirkan ialah CD Ubuntu Installer (.iso yg diburn/yang diperolehi drp syarikat canonical melalui pesanan).Sila boot kedalam live cd(seperti mula-mula nak install ubuntu).


Bagi kes1(bagi masalah diluar kes ini, abaikan bahagian ini)
>Buka terminal dan taip

sudo gparted
>software gparted akan run dan kita dapat melihat partition-partition yang boleh dikenali jenisnya.Antaranya ialah ext2/ext3(linux-ubuntu,fedora etc), ntfs(windows), hfs+(mac), atau juga unallocated.

>select pada partition windows > right click > manage flags



>UNTICK pada "boot"

>Select partition ubuntu > right click > manage flags > TICK pada "boot"



NOTE:Mungkin software gparted ini akan crash setiap kali proses ini berlangsung.Jangan risau.Jika crash, restart kembali gparted.



Proses Reinstall GRUB
Buka terminal dan taip
sudo grub

(Command ini akan run aplikasi grub)
find /boot/grub/stage1

(command ini akan search GRUB yang telah diinstall-bagi kes1 grub sbenarnya tidak hilang tetapi peranan itu telah diambil alih oleh winxp)
>Dan (spt dalam gambar) hd(0,0) akan keluar.Bagi setiap kes berbeza nilai ini akan berubah-boleh jadi hd(0,1), hd(0,2) etc.
Taipkan
root (hd0,0)
Jika diatas keluar (hd0,0)
root (hd0,2)
Jika diatas keluar (hd0,2) dan seterusnya...
>Kemudian taipkan
setup (hd0)



>Selesai.Restart PC!





Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Wednesday, December 12, 2007

Satu Eksperimen terhadap kepantasan

Sudah membaca entry lepas?Saya harap tidak ada lagi persoalan tentang spesifikasi laptop saya dan lihat video ini;



Semasa saya record video ini, saya juga run swiftfox, thunderbird, pidgin dan recordmydesktop untuk merecord video pada desktop.Persoalan bagi speed, anda boleh menilainya dengan video ini dan perlu diingat, jika spec komputer anda lebih baik dari laptop saya, sesuatu yang hebat seperti dalam video berikut mungkin boleh dilakukan;






Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


Windows didalam Ubuntu menggunakan VirtualBox



Masih ingat lagi cerita virtualbox dalam entry lepas?Jika dalam tulisan yang lepas, saya menulisnya dalam keadaan tidak pernah mencuba untuk menginstall windows kedalam ubuntu menggunakan virtualbox,artikel kali ini saya tampilkan bukti bahawa saya telah mencuba dan beberapa fakta menarik untuk dikongsi bersama.

Secara jujur ingin saya nyatakan terlebih dahulu, saya TIDAK pernah ada pengalaman menginstall windows XP secara fresh kedalam komputer.Sebaik sahaja kerja-kerja memuat turun file windows xp professional melalui torrent selesai > burn kedalam CD dalam bentuk cd image > install virtualbox > setup virtualbox seperti dalam tutorial > kemudian install windows XP Professional !





Seperti yang dapat dilihat, walaupun kita setkan windows dalam virtualbox kepada fullscreen, pengguna ubuntu masih lagi mempunyai space lain untuk ubuntu.Namun ianya tidak semudah yang disangka.Saya percaya bahawa, mungkin tidak semua komputer mampu "run" 2 sistem operasi dalam satu masa.Mungkin juga semua yang saya paparkan disini tidak "menjadi" apabila diikuti oleh pembaca kerana perbezaan kemampuan komputer, hardware dan sebagainya.

Ramai yang mungkin ingin mengetahui spesifikasi laptop yang sedang saya gunakan ini.Untuk rujukan laptop saya menggunakan processor celeron M 1.73Ghz, 1Gig RAM, 60Gig HD, Dual boot Ubuntu Gusty Gibbon dengan windows vista.

Untuk windows dalam virtualbox, ini spesifikasinya




Untuk pengetahuan, agak susah untuk saya membuat pembahagian RAM (kerana ianya perlu untuk kita memperuntukkan sebahagian daripada RAM komputer untuk digunakan oleh OS dalam virtualbox) walaupun dalam tutorial yang saya ikuti dengan "keras" mencadangkan agar diperuntukkan 512MB RAM.Namun dalam perkiraan saya secara kasar setelah membuat sedikir research berkenaan windows xp pro system requirements, lalu saya membuat keputusan untuk hanya menggunakan 256MB RAM untuk windows didalam virtualbox.Manakala keluasan HD yang saya peruntukkan untuk windows itu pula hanya 3.4Gig.

Secara kesimpulannya ialah,

Keluasan partition Ubuntu = 14Gig
Keluasan windows dalam VirtualBox = 3.4Gig
RAM Keseluruhan = 1Gig
RAM untuk windows =256MB

Apabila saya "run" 2 OS ini dalam satu masa, keseluruhan RAM yang digunakan sekitar 800MB.Mungkin saya perlu bereksperimen seperti artikel lepas berkenaan penggunaan memori dalam ubuntu ini.Namun apa yang lebih bermakna ialah, saya boleh menggunakan windows seperti biasa dalam ubuntu dan boleh juga menggunakan ubuntu dalam masa yang sama.

Oh ya, virtualbox juga boleh diinstall kedalam windows dan kita boleh install ubuntu kedalam windows.Namun jangan tanya saya berkenaan RAM dalam windows..faham-faham ajela..




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


Friday, December 07, 2007

Ubuntu Muslim Edition - 10 minit yang merealisasikan slogan


Kita mesti support barangan ummat islam...

Kita sebagai ummat islam mestilah saling membantu dan memperkukuhkan kedudukan ummat islam dimata dunia...

Sebagai orang islam, kita wajib bangga dengan agama islam yang kita anuti...

Perlukah kita bertanya kembali, berapa kalikah dalam hidup kita ini kita benar-benar merealisasikan slogan-slogan diatas?Dan jika slogan itu hanyalah pemanis dibibir mulut, mengapa perlu kita berbicara mengenainya berulang kali setiap kali tajuk yang sama diutarakan untuk diperdebatkan?

Berikan saya 10 minit, dan saya akan realisasikan slogan diatas dengan menginstall Ubuntu Muslim Edition(UbuntuME) yang kini menyokong ubuntu 7.10 gusty gibbon!

Ya, ianya bukan poyo, ianya bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi ianya menuntut satu perasaan ingin berubah, perasaan yang ingin memecahkan/menukar perangai lama yang selama ini tidak pernah terfikirpun untuk diubah.Mentaliti pc=windows, dan hanyalah itulah penyelesaian kepada dunia teknologi pengkomputeran mungkin tidak lagi harus "dibela" untuk masa yang akan datang.Saya tidak meminta meninggalkan windows secara total, tetapi saya hanya ingin melontar satu idea kearah perubahan sikap dan menerima hakikat bahawa, sudah tiba masanya untuk mencari sesuatu yang altenatif kepada permasalahan sistem operasi bagi ummat islam.



10 minit, dan anda akan mendapati UbuntuME siap untuk beroperasi dalam komputer kesayangan anda.Bagi yang sudah mengenali dan mengikuti perkembangan UbuntuME ini, versi yang compatible dengan ubuntu gusty gibbon ini tidak banyak bezanya dengan versi sebelum ini atau lebih tepat lagi tiada beza dengan versi sebelumnya.Mungkin tema, screensaver, ada sedikit perubahan grafik dan sebagainya, namun dari segi features masih tidak mengalami apa-apa pertambahan.

Jika anda seorang muslim, dan anda sekarang ini sedang menggunakan mana-mana versi ubuntu samada Ubuntu Gutsy (7.10), Feisty (7.04), Edgy (6.10) atau Dapper (6.06), saya tidak nampak apa-apa sebab mengapa anda tidak mahu upgrade ubuntu anda kepada UbuntuME melainkan jika anda lebih suka slogan hanya menjadi pemanis jalanan!

Macam mana untuk upgrade? Sila ke website ubuntume untuk tutorial dalam BI dan browse ke bawah sehingga menemui "Convert a standard Ubuntu installation" dan ikuti tutorial tersebut.Jika inginkan tutorial dalam bahasa ibunda, sila ikuti tutorial ini :)

1.Download file ini : install-ubuntuME.sh
Save dalam desktop.

2.Buka terminal dan copypaste command(arahan2) dibawah.
cd ~/Desktop
chmod u+x install-ubuntuME.sh
sudo ./install-ubuntuME.sh
3.Dalam proses installasi ini, anda akan ditanya perkara-perkara berkaitan terma dan lesen tertentu.Sila pilih "OK" untuk semua soal jawab berkenaan.(Tekan butang kanan, kini, atas, bawah pada keyboard anda untuk memilih "OK" dan apabila "OK" telah terpilih tekan enter!)


4.Proses konfigurasi pula akan bentanyakan samada anda ingin..
Anda hanya perlu menaip y(YES), n(NO) untuk setiap soalan yang ditanya.

5.Tunggu sehingga proses installasi dan konfigurasi siap dan anda akan melihat ini diakhir proses tersebut;
Configuration completed. Alhamdulillah.
You should restart your computer for the new settings to take effect.
6.Sebagaimana yang diarahkah, sila restart komputer anda.Saya sempat mengambil video untuk komputer saya sebagai kenangan dan untuk dikongsi bersama dengan pembaca blog ini.



Sepertimana yang dapat anda saksikan, walaupun saya sudah memilih "OK" bagi segala terma dan y(YES) bagi segala konfigurasi process, nampaknya proses installasi ini "gagal" untuk mengubah;
  • wallpaper
  • theme
  • icon theme
  • login sound(maybe sebab saya setkan kepada sound lain kot)
Tak mengapalah, setidak-tidaknya tiada sistem yang terganggu.

Apa yang berubah?
  • Ubuntu splash theme berubah kepada ubuntume splash
  • Update system anda(apabila diminta) dan anda akan mendapati minbar terinstall dan berfungsi dengan baik.(Entry sebelum ini saya pernah sentuh soal ini dan sekarang ianya sudah ada penyelesaian)
  • Dalam menu, terdapat kategori baru iaitu Religion dan mempunyai 3 pilihan software iaitu minbar,islamic calendar, dan zekr
  • Pergi ke System > Administration > Web content control (penapis laman web-setiap kali anda ingin memasuki website yang tidak elok, anda akan dihalang).

Install UbuntuME fresh dari CD atau DVD

Jika anda masih baru dengan ubuntu, dan sedang melayari blog ini menggunakan windows/mac, tetapi ingin install ubuntuME ini kedalam komputer anda, sila download ubuntuME di sini dan download tutorial ini sebagai panduan asas install ubuntu.Beberapa paparan mungkin berlainan tetapi saya rasa ianya cukup sebagai panduan dan jika ada apa-apa pertanyaan, sila bertanya direct kepada saya dalam ruangan komentar.

Berhargakah sepuluh minit yang telah kita sumbangkan itu?Saya rasa ia bukan soal berharga atau tidak, tetapi anda telah melakukan sesuatu yang amat-amat berbaloi untuk sebuah perubahan!





Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


Yahoo Messenger For Windows Vista Now Available!


Setelah sekian lama menunggu dan menunggu, kini pengguna windows vista mulai boleh bermegah dengan terbitnnya sesuatu yang dinanti-nantikan selama ini, bukan produk daripada syarikat microsoft tetapi daripada Yahoo! iaitu Yahoo Messenger for Windows Vista.Semua orang sudah menghafal apakah yang features terbaru dan mengancam yang dijanjikan oleh versi khas untuk windows vista ini.Adakah perlu lagi saya menerangkannya secara detail melalui kata-kata?Rasa-rasanya tidak perlu..Apa lagi?Sila ke http://messenger.yahoo.com/windowsvista.php dan download YM 4 vista anda sekarang sebelum kehabisan!!







Cumanya ada beberapa perkara yang kurang menyenangkan hati iaitu tindak balas YM ini yang agak lembab dengan cursor.Contohnya seperti ketika hendak mengerakkan scroll bar,respon yang diberikan agak lambat dan ini menimbulkan rasa kurang senang dan tidak selesa kepada saya.Saya kurang pasti apakah sebab utama kepada masalah ini, adakah berkaitan dengan prestasi komputer atau sememangnya perisian ini mempunyai masalahnya tersendiri.

Apapun, sila dapatkannya sekarang dan mencuba sendiri dan jika mempunyai masa lapang, jangan segan-segan untuk memberi respon anda disini :)







Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...