Tuesday, December 04, 2007

Wubi - Install ubuntu dalam windows!

Terima kasih kepada Cypherhackz.net atas info ini.Oleh kerana saya sedikit sibuk sejak akhir-akhir ini, maka tidak sempat untuk meneroka beberapa perkembangan terbaru bagi ubuntu.Sebelum ini, saya telah menulis satu entry berkaitan dengan versi terbaru ubuntu yang bakal keluar pada bulan 4,2008 iaitu Hardy Heron dan membayangkan akan ada satu software yang membolehkan kita install ubuntu didalam windows.Dalam entry tersebut, saya memikirkan akan ada sesuatu seperti Ubuntu_8.04.exe atau yang sewaktu dengannya, namun kelihatan wubi menawarkan sesuatu yang agak berbeza dari sangkaan saya.

Apa itu wubi?
Wubi is an unofficial Ubuntu installer for Windows users that will bring you into the Linux world with a single click. Wubi allows you to install and uninstall Ubuntu as any other application. If you heard about Linux and Ubuntu, if you wanted to try them but you were afraid, this is for you.
Wubi akan download .iso ubuntu image secara online dan ini mengambil masa yang agak lama untuk menunggu.Saya tidak tahu berapakah saiz sebenar yang perlu wubi gunakan untuk install satu system ubuntu seperti ubuntu 7.04, namun biasanya, saiz bagi cd .iso image bagi ubuntu 7.04 tidak kurang dari 700MB.Adakah anda sanggup menunggu selama itu?

Masih banyak perkara yang kurang jelas bagi saya tentang wubi.Wubi juga masih lagi dalam versi beta dan oleh kerana itu, saya tidak begitu mengalakkan pengguna untuk menggunakan wubi melainkan jika dalam keadaan yang mendesak, atau untuk suka-suka mencuba sesuatu yang baru.

Buat masa ini, wubi hanya menyokong versi ubuntu feisty fawn (versi 7.04) dan belum lagi menyokong ubuntu 7.10.Namun bagi yang ingin mencuba dan mengisi masa lapang anda, sila ke website berikut;
http://www.howtoforge.com/wubi_ubuntu_on_windows
Apa yang saya suka berkenaan tutorial dalam website ini ialah, ia memaparkan tutorial yang paling lengkap,detail berserta image yang berkualiti, dan penerangan yang ringkas tapi padat.

Jika anda tidak sukakan wubi, jangan bimbang kerana blog ini menyediakan artikel dan tutorial yang lengkap untuk install ubuntu gusty gibbon dengan dual boot dengan windows.Sila ke tutorial tersebut di;
Cara Lengkap Install Ubuntu Gusty Gibbon dan dual boot dengan windows.



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...