Wednesday, December 05, 2007

Foxdie - Pakej lengkap men"safari"kan firefox [UPDATE]


Saya kira foxdie sudah mencipta satu dimensi baru dalam penjanaan skin bagi firefox.Pakej foxdie yang dicipta oleh tanjihay bukan sahaja dilengkapi dengan 1 skin, malah mempunyai pelbagai pilihan yang akan memberi peluang kepada kita untuk memilih dan customize sendiri skin firefox mengikut citarasa peribadi masing-masing.

Identiti Foxdie?

Foxdie ialah satu pakej skin untuk men"safari"kan firefox, atau dengan kata lain, skin safari bagi firefox.Foxdie cukup perfect untuk pengguna Mac OS X yang menggunakan firefox sebagai default browser mereka dan juga bagi pengguna ubuntu yang menggunakan tema Mac OS X bagi desktop mereka.Namun, pengguna windows juga tidak harus dipinggirkan kerana skin ini akan menjadikan firefox anda kelihatan seperti browser safari yang saya kira penampilannya cukup memikat dengan paparan yang clean, smooth, elegant dan professional.

Jika penerangan dalam bentuk tulisan seperti diatas masih tidak cukup membuatkan hati anda terpikat sila, amati imej-imej di bawah;

Perhatikan font pada tab dan bookmarks toolbar yang seakan-akan tenggelam



Ini ialah fungsi search yang anggun dan cun dan terletak dibahagian kanan(bukan kiri seperti biasa)









Imej diatas ini terhasil apabila saya aplikasikan satu style mengikut selera dan tema keseluruhan desktop saya.Sebenarnya terdapat banyak pilihan dan saya tidak akan menerangkan satu persatu pilihan tersebut kerana
saya menganggap pembaca blog ini mungkin mempunyai citarasa yang berbeza dan anda mempunyai kebebasan untuk bereksperimen dengannya nanti.

Bagaimana untuk aplikasikan skin ini?

1.Sila pergi ke link berikut : Foxdie-Deviantart

2.Dibahagian kiri, ada link untuk download dan klik link tersebut, dan save.(saya boleh linkkan secara direct tetapi saya harus menghormati beberapa etika professionalima disini dengan memberikan mereka kredit)

3.File yang anda download tadi dalam bentuk .zip.Unzip(extract) file berkenaan dan satu folder akan terhasil.Di dalamnya ada 4 file, 2 dalam bentuk .jar, satu .png dan satu lagi ialah skin leopard untuk windowblinds.

4.Buka firefox.Pergi ke Tools > Add-ons > (klik pada) Themes

5.Drag and drop(heret dan jatuhkan guna mouse) file .jar(sila pilih antara dua-sebab ada 2 .jar files) ke dalam window themes tersebut.Satu popup akan keluar dan klik install seperti anda install extentions/themes biasa.

6.Restart firefox seperti yang disarankan.Selepas restart untuk mengaplikasikan skin foxdie pergi ke Tools > Add-ons > Themes > Foxdie(aqua/graphite)> Use Theme
Sekali lagi restart firefox!

Sekarang firefox anda sudah berubah wajah.Tidak puas hati dengan wajah foxdie yang default?Itulah gunanya anda membaca tutorial ini sepenuhnya!

7.Sila ke Tools > Add-ons > Themes > Foxdie. Kemudian right click pada foxdie tersebut dan klik About Foxdie(aqua/graphite).



8.Satu window sebegini akan keluar dan anda bebas bereksperimen.Setiap kali menukar setting, anda perlu restart firefox untuk melihat perubahan.
NOTE:Image menunjukkan setting saya sebagai rujukan.




Ada beberapa perkara yang saya kira masih belum siap tentang pakej ini.Namun memandangkan foxdie ini masih lagi diperingkat RC(release candidate)5 dan bukan full release, ia mungkin sesuatu yang tak dapat dielakkan.

Masih belum sempurna:
1.Move findbar to top (walaupun saya dah install userChrome.js seperti yang disyaratkan)
2.Bookmarks tollbar yang masih memaparkan sesuatu yang tak sempurna(glitch) walaupun saya sudah apply fix seperti yang disarankan.

p/s:Ada idea untuk baiki ni?

UPDATE

Saya sudah dapat selesaikan masalah #1 di atas.Rupanya tanjihay salah taip code java script yang perlu ditambah kepada userChrome.js

Caranya ialah;
1.Pergi ke /home/zul/.mozilla/firefox/ut142cli.default/chrome ---->bagi ubuntu sahaja
dan anda akan mendapati terdapat file userChrome.js disitu
2.Tambah code ini kedalamnya
(function() {

var
panel = getBrowser().mPanelContainer,
findBar = document.getElementById('FindToolbar');

panel.parentNode.insertBefore(findBar, panel);

})();
3.Save!
4Restart Firefox seperti biasa.

Sebelum saya terlupa, terdapat juga pakej foxdie untuk pengguna Mozilla Thunderbird.Mungkin ini yang membuatkan foxdie lebih istimewa bagi saya secara personal.



Sila klik disini(foxdie-thunderbird) untuk download foxdie untuk thunderbird.Cara install adalah sama seperti firefox.

Oleh kerana swiftfox dan firefox menggunakan folder yang sama untuk setting, maka foxdie juga adalah compatible dengan swiftfox!




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


2 comments:

  1. Assalamualaikum.. sy dah try ikut tutorial yg di beri. tapi time nak drag n drop tu. tak boleh. dia tak terima .jar nya file tu.nape ye? atau author dah upgrade dia nya foxdie :) ?

    ReplyDelete
  2. @Jeyrard : Wslm. Yups Foxdie dh diupgrade dan bleh didownload utk firefox 2 (bukan firefox3).

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...