Saturday, December 22, 2007

DELL dan Ubuntu 7.10

Saya mengira ianya bukan lagi satu kejutan.Dell, sebuah syarikat yang memasarkan komputer telah upgrade Ubuntu Dell mereka kepada Ubuntu 7.10 dan disertakan dengan beberapa fungsi baru iaitu DVD playback dan Flash media player secara default.Bererti, pengguna boleh menonton DVD dan youtube video tampa perlu install apa-apa sebaik sahaja komputer edaran Dell ini sampai dipintu rumah mereka.

Untuk DVD player, Dell telah mengaplikasikan perisian LinDVD dan khabarnya telah mendapat persetujuan dari syarikat Adobe untuk flash media player.Sebenarnya, distribusi linux(apa sahaja distro) tidak dibenarkan didatangkan bersama flash (secara default) dan ianya adalah sesuatu yang melanggar undang-undang(legal problem).Ini kerana Adobe flash bukan sesuatu yang open source biarpun ia free.Bererti, anda tidak boleh mengaut keuntungan dengannya!

Jika kita bertanya, mengapa perlu install codecs, plugins, etc setiap kali selepas membeli komputer baru, sebenarnya ia berkaitan dengan legaliti.Free tetapi bukan open source, bererti tiada siapa dibenarkan menggunakannya, mengubahnya, apa lagi mengaut keuntungan melaluinya.Biarpun sesuatu perisian itu free, ia masih diikat dengan beberapa perkara berkaitan perlesenan, akta hak cipta, harta intelek bla bla dan sebagainya.

Bagi open source pula, anda dibenarkan mengubah, atau menjadikannya sebagai asas untuk sesuatu yang baru, mengedarkan, dan mengaut keuntungan dengannya(perisian).Jika ditafsirkan ke bahasa melayu Open Source = Sumber Terbuka.Ianya adalah sumber untuk sesiapa juga membangunkan sesuatu dengannya.

Saya berkira-kira, berapa ramai yang sanggup untuk mengeluarkan duit sebanyak RM1671.65 (499 USD) untuk sebuah komputer Ubuntu Dell berspesifikasi seperti ini;

Namun, sejak dilancarkan(sekitar bulan 5-6,07) sehingga 30 November 2007, sudah 40,000 buah komputer Ubuntu Dell telah terjual.Ianya bukanlah angka yang tersangat memberansangkan bagi sebuah syarikat seperti Dell yang secara keseluruhannya menjual sekitar 10juta komputer setiap 4 bulan.Namun harus diingat bahawa kiraan itu hanya dilakukan dalam ruang lingkup pasaran yang terhad iaitu US,UK,Germany sahaja.Dengan populariti Ubuntu yang tidak sehebat windows, angka itu bagi saya suatu angka yang ajaib!

Bagi saya juga, prestasi dan harga memainkan peranan yang tersendiri.Bagi ubuntu dan keluarganya(kubuntu,edubuntu,xubuntu), saya masih menaruh harapan yang tersangat tinggi untuk dapat melihat sebuah komputer yang "mampu milik"(affordable) bagi golongan miskin, sederhana yang terpinggir, berasaskan sistem operasi ini.

Masih ingat tentang gOS?Khabar angin mengatakan komputer gOS yang berharga RM670 (USD 200) telah habis dijual.Kesimpulan saya melaluinya ialah, bagi sistem operasi berasaskan linux,ianya mempunyai masa depan bukan hanya pada prestasi semata(seperti yang Dell sediakan) tetapi juga pada HARGA.Harapan saya ialah, semoga muncul anak tempatan yang akan memasang dan mengedarkan komputer berasaskan ubuntu pada harga yang mampu milik(sekitar RM500?), dan impian saya ialah untuk menjadi warga tempatan tersebut! Berminat menjadi rakan kongsi? :D




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...