Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner
Seingat saya, tidak banyak perkara yang mampu menyebabkan saya untuk tidak putus asa dengannya.Sebaliknya, saya lebih banyak mencipta kegagalan daripada kejayaan.Apabila gagal kebiasaannya saya akan berputus asa, berhenti dan pasrah dengan kegagalan.
1 minggu berlalu sejak saya mula mengkaji tentang kebarangkalian untuk OSX Leopard boleh diinstall ke dalam Laptop saya.Ianya sesuatu yang mustahil kerana perbezaan hardware dengan MacBook dan iMac, apatah lagi OSX Leopard mahupun Tiger hanya boleh diinstall secara normal ke dalam hardware yang ditetapkan oleh Apple sahaja.
Kajian saya berdasarkan pembacaan, eksperimen dan try-and-error.Hari pertama dan seterusnya berlalu tanpa meninggalkan apa-apa klu yang boleh dijadikan motivasi untuk terus mencuba.Masalah yang sama berulang iaitu tidak boleh boot kedalam DVD installer.Melalui pembacaan, kelihatannya saya perlu setting BIOS terlebih dahulu namun ianya sesuatu yang berisiko tinggi.Pembacaan diteruskan sehari demi sehari...

Saya menghadapi satu masalah kecil iaitu GRUB Loader.Akibatnya saya gagal mendapatkan GRUB Loader saya kembali dan menyebabkan saya gagal untuk boot kedalam ubuntu.Jika saya applykan cara sebelum ini iaitu untuk restore GRUB, Leopard pula yang mengalami masalah tidak boleh boot.So? Ditelan mati ibu diluah mati ayah.Kenapa perlu disuap?
Nampaknya perlukan 1 minggu lagi untuk kajian..Fuh..Research&Development.
Jadi, ingin tahu rahsia kejayaan saya? Sila respon :D



2 comments:
apa yang saya perhatikan sekarang, kebanyakkan Hackintosh yang diinstall Leopard mengalami masalah driver. terdapat banyak masalah yang akan timbul disebabkan driver.
nak tau rahsia kejayaan saudara..sy bagi respon... :D
Post a Comment
Terima kasih atas respon..