Hari ini,dunia komputer sudah tidak lagi begitu susah untuk difahami.User yang tidak pernah tahu apa-apa bahasa percakapan komputer juga mampu menggunakan komputer malah kadang-kadang mereka lebih baik daripada user yang tahu bahasa komputer.Mereka ini menggunakan teknologi komputer untuk berblog dan menjadi blogger yang professional dan kemudiannya mendapat pulangan yang lebih tinggi dari gaji-gaji programmer itu sendiri.Tidakkah ianya begitu pelik?Bagi saya ia tidak pelik,kerana zaman sudah berubah dan mentaliti juga harus berubah!
:Ops: Maafkan saya dengan tulisan yang agak serius diatas.Dalam pengalaman saya menggunakan vista, telah menjadi sesuatu yang wajib bagi laptop saya untuk "hang" walaupun sekali sehari.Saya tidak bermain game, saya tidak membuka software yang memerlukan ram yang tinggi.Sepertimana biasa, saya cuma mendengar muzik, surf internet, buka YM dan chat, dan kadang-kadang tengok movie.Namun Vista masih lagi enggan berbaik-baik dengan saya.Mungkin kerana "rate" kepenggunaan laptop saya dengan vista hanyalah 2.1 dan kerana itu prestasinya menjadi begitu lembab macam siput khinzir.Apabila saya bertukar kepada ubuntu, saya terkejut apabila boleh melakukan ini;
Klik pada image untuk zoom in.
Ketika ini saya run firefox, pidgin(IM), terminal, calculator, character map, dictionary, Gjiten, Text Editor, Zekr, Inkscape (macam adobe illustrator), system monitor(task manager?), eclipse(java prog-xtau guna pun), songbird, OpenOffice Word, Adobe Reader 8, VLC, sunbird, Google Earth dan KSnapshot (untuk ambil screenshot ni).
Tujuan eksperimen ini ada 2, untuk menguji kebolehan ubuntu apabila running aplikasi sehingga 20 aplikasi dalam satu masa dan melihat behavior avant-window-navigator(AWN) apabila jarak horizontalnya(kepanjangan) mencapai tahap maksima.Daripada eksperimen, keputusannya ialah pengguna ubuntu mampu untuk run 20 aplikasi dalam satu-satu masa dan ikon AWN akan mengecil setelah mencapai tahap maksima.
Melihat kepada hakikat ini, saya pelik mengapa ada sesetengah orang(mungkin bukan orang malaysia) yang sanggup membelanjakan sehingga $239.00 USD ($199.00 USD untuk basic) untuk sekeping cd/dvd Windows Vista Premium sedangkan ubuntu adalah percuma?:Ops:Mungkin dimalaysia harga bagi vista dalam sekitar RM15 jer kan?
Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas respon..