Thursday, December 20, 2007

EKSKLUSIF : Download tutorial cara Install Mac OSX ke dalam PC


536KB-PDF file

Sepertimana yang telah saya janjikan sebelum ini, saya telah menulis ringkas tentang panduan umum untuk menginstall Mac OSX ke dalam PC biasa.Perlu diingat bahawa, panduan ini agak umum dan kemungkinan untuk ianya tidak menepati kes-kes tertentu adalah agak besar.Oleh kerana itu, sebarang soalan, respon, atau juga kritikan membina adalah dialukan-alukan.

Sila klik pada image diatas untuk tutorial penuh berserta gambar.

Kaedah memasang OSx86 ke dalam komputer


Tiada cara yang begitu mudah untuk memastikan cubaan pertama itu berjaya.Kejayaan sebenarnya adalah satu himpunan kegagalan demi kegagalan.”Tidak putus asa” adalah penghubung antara kegagalan dan kejayaan!


Persediaan Awal

Mengenalpasti hardware komputer dan perkara berkaitan

Sebelum anda berfikir untuk memasang Mac OSX ke dalam komputer anda, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah “mengenali” komputer anda secara detail.

Hardware Specs:
Motherboard: intel, amd, etc.
Video: nV, ATI, etc.
Data storage: SATA, PATA, ATA, USB, etc.
Soundcard:
Network devices:
dan lain-lain yang berkaitan (keyboard etc)
.....

*segenap perkara yang berkaitan.

Di dalam windows, anda boleh memeriksa dan mengenali hardware anda dengan beberapa cara:

-Control Panel > System > Hardware Devices (klik pada tab detail untuk maklumat detail)
-mengenali CPU mengunakan perisian CPU-Z

Di dalam Ubuntu, sila pergi ke system > preferences > hardware information

ATAU..

Semasa anda “boot” ke dalam OSX DVD untuk proses installasi, pergi ke Utilities > System Profiler dan anda akan mendapati komponen hardware bagi komputer anda akan terpapar disitu.


Gambaran kepada “komponen” yang perlu dipilih semasa proses pemasangan adalah seperti screenshot dibawah:



DVD image/installer

Selepas mengenali komputer, perkara penting kedua ialah bagaimana untuk mendapatkan DVD Installer bagi Mac OSx86?Untuk pengetahuan anda, saya boleh disaman oleh syarikat Apple jika saya letakkan link menghubungkan ke website torrent untuk membolehkan anda mendownloadnya.Mendownloadnya adalah satu pencabulan kepada akta hak cipta dan anda boleh disaman kerananya.Jika tidak mahu mengambil risiko itu, anda mempunyai altenatif kedua iaitu dengan membeli DVD Tiger/Leopard di Apple Store atau dimana sahaja kemudian membuat DVD Patched sendiri.Terdapat beberapa tutorial yang membantu kerja-kerja tersebut;

Leopard1
Leopard2

2 link ini cukup untuk memberitahu bahawa, ianya terlalu susah untuk beginner!Kerana itu penyelesaian yang kita ada ialah, membeli DVD Tiger/Leopard kemudian download DVD yang telah di Patched melalui torrent.Setidak-tidaknya kita mempunyai lesen yang sah untuk Mac OSX.

Untuk mendownloadnya, sila search menggunakan google etc.Saya tidak akan meletakkan link disini.Tetapi saya akan meletakkan “klue” untuk memudahkan anda mendapatkan DVD installer tersebut;

Sila search torrent
-Jas 10.4.x (x=4,5,6,7,8,9,10,11) saya mencadangkan Jas 10.4.10
-OSx86 intel/AMD SSE2/SSE3
-Toh BrazilMac OSx86
-Install OSX on PC Intel AMD

dan seumpamanya..

Ok, sekarang file DVD tersebut sudah selesai didownload dengan jayanya.Ia sepatutnya berformat .iso atau .rar yang kemudiannya perlu di unrar.Seperti biasa, BURN file tersebut kedalam DVD dalam bentuk DVD image.Saya harap anda tiada masalah dalam bab ini.

NOTE:Dalam beberapa kes, bersama file yang didownload tersebut telah disertakan file tutorial bagi DVD tersebut.Untuk kes itu, sila ikut tutorial yang disertakan itu!

Dual boot atau hanya install OSX

Adalah amat penting untuk menentukan samada ingin dual boot atau tidak.Ini kerana apabila ingin dual boot, terdapat perkara berkaitan yang perlu diselesaikan terutamanya berkenaan pembahagian partition dan bootloader.

Jika ingin dual boot, sila baca berkenaan pembahagian partition dan bootloader berikut;

Format partition yang digunapakai untuk Mac OSX ialah FAT32 Primary.Dalam windows, terdapat beberapa software seperti Partition Magic, Acronis Disk Director Suite dan sebagainya.Dalam ubuntu, anda boleh menggunakan gparted yang boleh diinstall dengan memasukkan command berikut pada terminal;

sudo apt-get install gparted

dan kemudian launch gparted dengan command;

sudo gparted

dan format partition anda.

Sekarang anda sudah mempunyai ruang hard disk yang telah diformat kepada FAT32 Primary dalam komputer anda.

Jika anda menggunakan Acronis Disk Director Suite dalam windows, anda boleh menggunakan OS Selector sebagai loader komponen.Jika anda menggunakan ubuntu, anda sepatutnya mahir dalam GRUB Loader supaya nantinya anda boleh boot kedalam kedua-dua OS tanpa masalah.
Dual boot atau tidak, anda perlu untuk format partition/hard disk anda kepada FAT32 kerana pertition/hard disk berformat ini sahaja yang boleh dibaca oleh Mac OSX.Proses Installasi

Boot kedalam DVD installer dan Proses Installasi

Sekarang anda sudah bersedia untuk memasukkan DVD installer ke dalam DVD drive.Masukkan dan boot kedalam DVD! Sabar, ianya mungkin mengambil masa untuk proses booting...Sila perhatikan image-image ini;



Convert Partitition untuk OSX.

FAT32 adalah format partition yang boleh dibaca oleh Mac OSX.Anda perlu convert partition ini kepada bentuk baru untuk membolehkan Mac OSX boleh diinstall kedalamnya.Caranya cukup mudah,

Pergi ke Utilities > Disk Utility (Utilities terdapat pada panel bar bahagian atas)

Dibahagian kiri, pilih partition yang telah anda buatkan (telah anda formatkan kepada FAT32 Primary)



Pilih tab erase.Kemudian pilih “Mac OS Extended (Journaled)” sebagai volume format dan klik “erase”.Tindakan ini akan mendelete semua file dalam partition FAT32 yang kita siapkan itu tadi.



Setelah selesai proses berkenaan tutup tetingkap Disk Utility dan anda akan mendapati hard disk tadi sedia untuk diinstall OSX ke dalamnya.



Klik pada icon hard disk tersebut dan klik Continue.Anda akan melihat ini.
Disini adalah check point yang penting.Sila klik Customize yang akan membawa anda kepada page pemilihan komponen seperti gambar diatas.1




Gambar dibawah ini adalah contoh tetingkap bagi pemilihan komponen.Untuk DVD installer yang berbeza, kandungan komponen juga adalah berbeza.


Pilih komponen untuk diinstall HANYA yang bertepatan dengan spesifikasi hardware komputer anda sahaja.Jangan memilih satu-satu komponen tampa tahu menahu apa yang sedang anda pilih kerana ia akan menyebabkan masalah kemudiannya.Selepas selesai memilih komponen klik install.Satu popup untuk “DVD check” akan keluar.Anda boleh skip proses ini jika tidak mahu menunggu.



Selepas selasai install, sila restart PC anda dan doakan semoga ianya berhasil!

Selepas restart, bagi yang dual boot, anda sepatutnya tahu apa yang harus dilakukan dengan bootloader.Bagi yang tidak dual boot, ia akan terus boot kedalam Mac OSX, masukkan data-data dan maklumat anda dan kemudiannya terus ke desktop Mac OSX.




Gambar dalam tutorial ini diambil daripada : Dilnalomo

Beberara link rujukan yang penting;-

Dilnalomo
Forum Insanelymac
OSx86 wiki - PENTING
Forum OSx86Scene
Macdotnub

Sila lawati kesemua link diatas untuk mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan tutorial ini.Saya mendoakan kejayaan anda!


Panduan2 ini ditulis oleh:Penulis blog

http://melayubuntu.blogspot.com®




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

4 comments:

  1. tiada yang mustahil.. untuk keterangan lanjut blh view kt
    http://linux-guider.blogspot.com/search/label/mac%20osx

    untuk yang nk express dan tak sabar2 nk torrent (sbb torrent slow lerr) blh bace kat http://www.17ramd.tk

    ReplyDelete
  2. helo,sy mngunakan mac ibook G4,tak sengaja tertekan network di startup disk & restart,keluar icon finder kecil yg berkelip-kelip,press option keluar mangga besar bersamaan square panjang dan arrow di tepi,sudah buntu mencari apa kah ada cara utk menyelesaikan masalah ini,yg sedihnya sy terlupa/hilang mac ox s disc intallation. ada sesiapa yg boleh membantu,terima kasih sesangat diucapkan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  3. Saya telah install leopard iktos ke pc P4 3.0,Ram 1 g,Hd 20G,MSI 478 PM8M vh,selesai restart tapi terus restart je macam tak kenal HD walaupun sudah set bios Hd leopard masih juga restart je.Tolong saya TQ

    ReplyDelete
  4. saya nak tanya asyik download kat torrent je, macam mana nak download pakai apa??? sebab saya guna streamyx dan streamyx block tak bagi download torrent sebab tu slow. macam mana nak dapatkan kelajuan asal dan lepas daripada segala sekatan. sebab torrent adalah download palaing laju, jika file tersebut didownload oleh ramai pihak maka kelajuannya makin bertambah, itulah keunikan torrent. tapi saya tak dapat semua tu. ada tak cara-cara nak download torrent daripada sebarang masalah ini... tq.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...