Monday, December 03, 2007

Dari Firefox kepada Swiftfox

Ianya seolah-olah satu mimpi ngeri kepada sesetengah orang untuk berubah dari satu browser kepada browser yang lain.Mengapa?Kerana yang berubah bukan sahaja browser, malah segala boomarks, data-data penting, cache dan sebagainya malah isu security, kepantasan(speed) turut menjadi penghalang yang harus difikirkan.Namun apabila firefox yang pada asalnya bernama Phoenix kemudian Firebird (kemudian ditukar kepada Firefox kerana masalah persamaan dengan syarikat atau system tertentu) mula diperkenalkan dengan versi 1.0 pada tahun 2004, telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan apalagi setelah Firefox menjalinkan hubungan erat dengan Google, sebuah syarikat berdasarkan enjin pencarian yang sangat terkenal.

Jika dahulu dunia browser(pelungsur laman web) dijuarai oleh IE (internet explorer), dan kebanyakkan atau hampir 99% laman web dan blog dibina dan didesign berdasarkan IE ini, kini semua itu hanyalah sejarah manis buat IE kerana dunia browser tidak lagi milik mereka lagi.Akan tiba suatu waktu akan ada orang lain yang akan mengambil tempat kita, atau sekurang-kurangnya menjadi pesaing yang hebat bagi kita dan dunia browser telah membuktikan ungkapan "nothing last forever" bukan sekadar ungkapan biasa!

Oleh kerana objektif artikel ini bukanlah menjurus kepada persaingan dunia browser secara khusus, maka cukuplah 2 perenggan diatas sebagai mukaddimah ;D

Hari ini saya telah menemui dan mencuba sesuatu yang hebat.Ianya di panggil swiftfox.Jika pembaca adalah pengguna linux (ubuntu, fedora, debian etc) tidak ada alasan mengapa anda menolak untuk mencuba swiftfox melainkan anda suka komputer anda berkerja labih masa dan tenaga dengan terus menggunakan firefox(saya tidak bermaksud mengatakan firefox tidak elok).

Identiti Swiftfox?
Swiftfox is a binary optimized build of the Firefox browsers for Linux. It was created by Jason Halme and is a freely downloadable application. And for the optimization level to be even higher, specific builds for each of the supported microprocessor architectures have been created separately.
Ya, swiftfox dibina berdasarkan processor yang berlainan dan dibangunkan secara berlainan mengikut processor pengguna.Jika pengguna ingin install swiftfox kedalam komputernya yang menggunakan Processor Celeron M, maka pengguna itu tadi harus menginstall swiftfox khas untuk Celeron M!



Mengapa harus swiftfox?

1.Ia compatible 100% dengan addons dan extentions firefox kerana ia berkongsi satu sistem fonder dengan firefox dan bermaksud, pengguna tidak sedikitpun merasa bahawa mereka telah menukar browser dari firefox kepada swiftfox.

2.Ia ringan dan pantas melebihi kehebatan firefox!Tidak percaya dan inginkan bukti?



3.Increased security. Swiftfox offers better protection against buffer overflow attacks as a result of using -D_FORTIFY_SOURCE=2 while compilation. Firefox has been compiled with an older version of GCC, which doesn't support this. (softpedia)

Baca lanjut tentang features swiftfox di softpedia.

Namun disebalik kehebatan itu, swiftfox setakat ini hanya available untuk linux dan tidak untuk windows ataupun mac.Swiftfox juga setakat ini hanya menyokong(support) processor seperti;
  • Athlon 64
  • Athlon 64 (32bit OS)
  • Athlon-XP
  • Sempron
  • Duron
  • Pentium 4
  • Prescott
  • Core Solo/Duo
  • Pentium M
  • Pentium 3
  • Pentium 3M
  • Celeron (Willamette, Northwood, Celeron D)
  • Celeron M
  • Celeron (Coppermine, Tualatin)
Installation process (proses pemasangan)

Oleh kerana saya menggunakan Ubuntu Gusy Gibbon, maka proses pemasangannya juga mengikut standard Ubuntu Gusty Gibbon.

Cara;
1.Pegi ke wesite swiftfox di http://getswiftfox.com/debian.htm
2.Download berdasarkan processor komputer anda.
3.Double klik masukkan password(jika diminta) dan tunggu hingga proses pemasangan selesai secara automatik.

Referensi:
http://getswiftfox.com/
http://www.softpedia.com/reviews/linux/Swiftfox-Review-47330.shtml
http://en.wikipedia.org/wiki/Mozilla_Firefox



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...