Posts

Showing posts with the label tutorials

Membuat password yang selamat dengan OpenSSL

Image
 Membuat password yang selamat dengan OpenSSL Cara yang mudah berbanding jadikan tarikh lahir atau no telefon sebagai password.

Pilih perisian alternatif "Terminal Way"

Image
Video ini merupakan contoh untuk mengubah pelayar internet default . asterisk * itu merupakan pelayar default . Anda juga boleh menukar bagi perisian2 lain gunakan cara ini.

Tutorial GIMP : Abstract Wallpaper

Image
Hasil Akhir.... Langkah 1 : file > new > set saiz imej kepada 1280x800 atau saiz desktop anda Langkah 2 : set background anda kepada warna hitam Langkah 3 : Klik menu filter > render > nature > flame Langkah 4 : klik edit > randomize ; variation = Spherical, pilih mana "flame" yang berkenan Langkah 5 : Buat  layer baru > namakan ia gradient dan setkan warnanya kepada transparency Langkah 6 : pilih blend tool > pada bahagian tools option pilih full saturation > blend dari kiri ke kanan Langkah 7 : set layer kepada mod overlay Tadaa...siapppp satu wallpaper....   ShimG adalah blogger BebasHutang(tentang kewangan) ,  ChentaBuku(bukan cinta muka buku) dan merupakan tamu blogger tetap di Melayubuntu ;ZulMalc dan Freelance Designer . Sila emel kepada  hashimwinger11@gmail.com cadangan tutorial pasal GIMP dan inkscape.

Tutorial GIMP : Teknik 'Decolorization'

Image
Teknik Decolorization kudos to hardyweb Teknik mejadikan gambar tersebut lebih fokus dengan menghilangkan warna-warna latar yang sibuk. Langkah 1 : Open Image Langkah 2 : Duplicate layer Langkah 3 : Set layer mode kepada color Langkah 4 : Gunakan Paintbrush untuk menghilangkan warna yang tidak diperlukan   Siap... Seterusnya anda boleh adjust warna gambar ikut kesukaan anda Colors > curve                          P/s: kepada hardyweb dan asrul rae...ShimG sibuk yang amat kebelakangan ini. mohon maaf banyak atas kelewatan penghantaran. Insyallah dalam minggu depan den terai hantar. ShimG adalah pengasas BebasHutang(tentang kewangan) ,  ChentaBuku(bukan cinta muka buku) dan merupakan guest blogger tetap di blog Melayubuntu ;ZulMalc dan Freelance Designer . Sila emel kepada  hashimwinger11@gmail.com cadangan tutorial pasal GIMP dan in...

Tutorial GIMP 2.6.10 : Bagaimana Menyerikan Gambar yang Kusam

Image
Efek Filters Dalam contoh ini ShimG mengunakan gambar bunga yang ditangkap dengan menggunakan kamera Point and Shoot 1. filters>enhance>unsharp mask  ikut setting ini atau selera masing2  Gambar asal  Gambar selepas apply efek wala siap... Selepas itu kita boleh bermain-main dengan efek B&W ke lomo effect ke...ikut kreativiti masing-masing...  Efek LOMO  Efek LOMO + B&W

Video Tutorial : Aktifkan Desktop Cube Dalam Ubuntu 11.10 Beta 1

Image
Saya menemui video ini yang menunjukkan cara-cara untuk mengaktifkan efek Desktop Cube dalam Ubuntu 11.10 Beta 1. Sekiranya anda tidak pasti dengan apa yang anda lihat, saya syorkan anda tidak mencuba tutorial ini kerana Ubuntu 11.10 buat masa ini masih lagi tidak se-stabil yang anda mungkin sangka. Selamat mencuba!

Menggunakan Desktop Gnome 2 (Classic Desktop) Dalam Gnome 3

Image
Jadi, tak semua orang sukakan perubahan. Apabila Gnome 3 dilepaskan dengan pengalaman kepenggunaan yang serba baru dengan memperkenalkan apa yang digelarkan 'Gnome-Shell', tokoh yang berdiri mengkritiknya dengan hebatnya ialah pengasas Linux iaitu Linus Torlvalds . Walaubagaimanapun, tradisi perisian sumber terbuka membuktikan penggunanya sentiasa mempunyai pilihan lain, sekiranya tidak menyukai sesuatu pendekatan. Dalam hal ini, Unity tidak terkecuali. Ada segelintir pengguna ubuntu yang kurang senang dengan pendekatan antaramuka unity dan lebih sukakan apa yang mereka kenali sebagai Gnome 2 yang digunakan oleh Ubuntu selama ini. Sekiranya anda salah seorang yang tidak sukakan perubahan samada oleh gnome-shell mahupun unity, kini anda boleh mencuba apa yang dinamakan 'gnome-session-fallback' yang membolehkan pengguna Gnome 3 menggunakan interface klasik Gnome 2. Menarik! Untuk mencubanya, anda perlu memasang pakej berikut dalam ubuntu 11.10; sudo apt-get inst...

Cara mudah mengembalikan genie minimize effect ke ubuntu

Image
Saya memanggilnya "cara mudah" kerana saya pernah menulis " cara susah " mengenainya sekitar ogos 2008 yang lalu. Cara mudah ini tidak memerlukan anda mengubah fail hex yang ditakuti oleh ramai pengguna ubuntu. Cara mudah ini hanya memerlukan anda menjalan satu skrip yang akan secara automatiknya mengubah beberapa data dalam fail tertentu sistem compiz. Sekiranya anda tidak tahu apakah genie minimize effect, sila tonton video dibawah; Asalnya,efek ini telahpun ada dalam compiz dan kemudiannya dikeluarkan kerana bersamaan dengan efek yang sama dalam sistem operasi Mac OSX (khabarnya ia telah dipatentkan di US). Namun kini pengguna ubuntu boleh mengembalikan efek ini dengan mengikuti langkah berikut; 1) Muatturun fail genie_compiz daripada laman berbahasa sepanyol ini . Versi guna google translate . 2) Save ke dalam mana-mana folder. Masuk ke dalam folder tadi - right click pada fail genie_compiz - Properties - pilih tab Permissions - Tandakan Allow execut...

Cardapio dan Global Menu untuk Ubuntu Lucid

Image
Semalam saya memasang global menu, iaitu satu applet yang meletakkan menu program pada panel untuk menambahkan lagi ruang vertikal pada skrin. Namun saya dapati global menu tidak begitu ngam dengan applet menu default ubuntu mahupun gnome main menu yang seterusnya mendorong saya mencari altenatif lain. Disitu saya bertemu Cardapio, yang telah direview oleh blog Omgubuntu ! Seperti yang dapat anda lihat diatas, cardapio sangat sesuai digunakan jika sekiranya anda menggunakan global menu dalam ubuntu. Cardapio ini pula sedikit mirip dengan menu dalam windows tetapi perisian masih dikategorikan mengikut fungsi dan bukan syarikat pengeluar sepertimana dalam windows. Pemasangan Cardapio Untuk memasang cardapio dalam ubuntu, sila ikuti langkah berikut; 1.Buka terminal dan copypaste command berikut; sudo add-apt-repository ppa:tvst-hotmail/cardapio sudo apt-get update sudo apt-get install python-keybinder cardapio Selesai proses diatas, klik pada panel dan pilih add to panel dan add...

Wallpaper Bumi dalam Real Time untuk Ubuntu

Image
Saya menemui sesuatu yang cool untuk dicuba iaitu wallpaper bumi dalam real time. Ia merupakan wallpaper yang bergerak-gerak dan dikemaskini oleh bash script untuk memaparkan keadaan sebenar bumi, siang dan malam bagi seluruh bumi. Untuk menggunakan wallpaper ini, anda perlukan sambungan internet dan lebihan 100kb memori. Ya, ia tidak menggunakan memori yang banyak dan tidak menjejaskan prestasi komputer anda (itu yang penting). Idea menghasilkan wallpaper ini dicetuskan oleh penulis ubuntued.info. Untuk memasangnya dalam ubuntu lucid lynx, sila ikuti langkah-langkah berikut; 1.Muatturun script ini.  http://ubuntued.info/wp-content/uploads/2008/12/changer.sh 2.Tempatkan script changer.sh ini ditempat yang sesuai (mana-mana pun boleh tapi anda perlu tahu dimana tempat itu untuk proses navigasi nanti) 3.Kemudian rightclick pada fail changer.sh dan pilih properties. Pilih tab Permission - tick pada Allow executing file as program kemudian close. Proses diatas akan menuka...

Guna Photoshop CS5 (Portable) Dalam Ubuntu 10.04 [Updated]

Image
Saya penyokong perisian sumber terbuka dan oleh kerana itu saya mengesyorkan GIMP sebagai pengganti kepada Adobe Photoshop. Namun kadang kala pengguna ubuntu lain lebih suka menggunakan Adobe Photoshop disebabkan beberapa faktor seperti inginkan perisian untuk tujuan komersial, ingin perisian pada level professional dan sebagai. Apabila ia datang kepada ubuntu, mereka kecewa kerana Adobe tidak menyediakan perisian mereka untuk ubuntu. Pengguna linux sebenarnya sudah sekian lama menikmati fungsi WINE - perisian yang membolehkan pengguna menjalan perisian windows di dalam linux (ubuntu). Disini hari ini saya akan menulis cara-cara untuk menggunakan Adobe Photoshop CS5 Portable dalam Ubuntu 10.04 dan diharap daripada tutorial ringkas ini dapat memudahkan pengguna ubuntu diluar sana. Langkah 1. Memasang WINE Memasang perisian dalam ubuntu adalah sangat mudah. (Pada Panel) Pergi ke menu Applications - Ubuntu Software Center dan taipkan "wine" seperti dalam screenshot dibawah...

WINE Antialiasing dalam ubuntu - Cantikkan aplikasi WINE anda!

Image
WINE adalah satu perisian yang membolehkan seseorang pengguna ubuntu memasang perisian windows di dalam ubuntu (tak semua perisian). Microsoft Office, Photoshop, Dreamweaver, bermacam jenis game adalah antara perisian yang dilaporkan boleh dipasang serta digunakan dalam ubuntu menggunakan WINE. Namun antaramuka (interface) WINE dalam ubuntu agak buruk, pixel pecah dan tidak menarik sekaligus menyebabkan perisian yang dipasang menggunakan WINE tidak begitu best untuk digunakan. Contohnya adalah seperti berikut; klik imej untuk paparan besar Seperti yang dapat anda lihat, interfacenya sangat tidak comel dan melunturkan mood pengguna itu sendiri. Namun dengan trick yang ingin saya ulas dalam entry ini akan menjadikan interface diatas menjadi seperti berikut; klik imej untuk paparan besar Adakah anda lihat perubahan tersebut? Teruja? Ok ini caranya untuk melakukannya dalam ubuntu. 1.Pasang font microsoft. Buka terminal dan taipkan; sudo apt-get install ttf-mscorefonts-installer 2....

Tutorial mengubah kedudukan docky ke kiri monitor

Image
Docky secara default adalah ditetapkan supaya berada pada bottom monitor. Kemudian pengguna boleh menambah satu lagi dock dan ia telah ditetapkan dikiri dan juga dikanan. Kesimpulannya, secara default settingnya adalah seperti berikut; Dock 1 : Bottom Dock 2 : Left Dock 3 : Right Lalu jika sekiranya saya ingin mengubah susunan ini bagaimana? Ini kerana saya sedar bahawa docky telah mengambil sekurang-kurangnya 30px ruang vertikal saya menyebabkan saya tidak selesa dengan keluasan skrin yang ada. Caranya adalah seperti berikut; 1.Tekan Alt + F2 pada keyboard dan taipkan gconf-editor pada tetingkap yang muncul dan klik Run. 2.Tetingkap Configuration Editor akan muncul dan navigate ke lokasi berikut; /apps/docky-2/Docky/Interface/DockPreferences/ Seperti yang dapat kita lihat, disini kita boleh mengubah posisi Docky1, Docky2, Docky3 dengan mudah kepada Left, Right, Bottom ataupun Top dengan hanya double click pada ruang disebelah posisi dan taip lokasi yang diingini. Sekira...

Memasang Keyboard Input Tulisan Jepun [Ubuntu Lucid Lynx]

Image
Sebelum kita bermula, saya ingin tegaskan bahawa cara yang sama juga berfungsi untuk tulisan yang lain seperti Arab, Jawi, China, Russia dan sebagainya. Cara-caranya seperti berikut; 1.Pergi ke System > Administration > Language Support 2.Klik pada Install / Remove Languages dan Install bahasa yang dikehendaki. Dalam kes saya, saya pilih bahasa jepun. Sila pastikan anda pilih Translation, Input Methods dan Extra Fonts. 3.Siap install, pergi ke System > Preferences > Ibus Preferences. Pergi ke tab Input Method dan pilih bahasa yang ingin anda gunakan (dalam kes ini japanese). Kemudian klik pada butang Add. Input Method yang anda pilih akan muncul dalam senarai Input Method seperti screenshot dibawah. Anda akan dapati satu ikon keyboard muncul pada panel atas. Untuk menulis dalam bahasa yang anda install tadi, sila pilih dengan klik pada ikon tersebut. Jika anda ingin fungsi ini run setiap kali anda masuk ke ubuntu, sila masukkan command berikut dalam Program S...

Enable fungsi Windows 7 Aero Snap dalam Ubuntu Lucid Lynx

Image
Windows 7 merupakan sistem operasi yang dibangunkan oleh syarikat Microsoft dan untuk mendapatkannya secara Halal memerlukan anda memikirkan senarai harga seperti berikut; Windows 7 Home Basic - RM279.00 Windows 7 Home Premium - RM365.00 Windows 7 Professional - RM480.00 Windows 7 Ultimate - RM655.00 Banyak teknologi baru yang memberansangkan lah sangat diperkenalkan untuk memulihkan kembali maruah Micorosft setelah kegagalan abang kepada Windows 7 iaitu Windows Vista. Saya sempat menggunakan Windows 7 Ultimate yang diperolehi dari kawan (software bajakan :p) dan mencuba untuk beberapa waktu. Ya, saya akui ada banyak perkara bagus yang telah berubah dalam Windows 7 terutamanya dari segi user experience setimpal dengan harga yang harus pengguna bayar kembali kepada Microsoft. Antara fungsi menarik ialah Aero Snap yang berfungsi secara automatik untuk maximize tetingkap apabila ia dibawah ke atas, dan maximize separa apabila dibawa ketepi (kiri atau kanan). Tahu atau tidak, p...

Cara menghilangkan watermark gambar dengan perisian GIMP [Tip Blog]

Image
Watermark merupakan satu tanda yang biasanya diletakkan pada gambar yang dihostkan dalam website tertentu untuk memastikan gambar tersebut sentiasa memberikan kredit kepada empunyanya. Bagi empunya gambar, watermark memang membantu menaikkan trafik blog, atau setidak-tidaknya membina brand tersendiri di dunia internet. Namun bagi sesetengah orang pula, watermark merupakan sesuatu yang tidak disukai, terutamanya kepada mereka yang suka mencuri gambar dari blog atau website orang lain. Baru-baru ini saya a da review tentang satu fungsi perisian GIMP iaitu Resynthesizer yang mampu menghilangkan benda-benda tertentu dalam gambar dan salah satu yang boleh dihilangkannya ialah watermark! Saya membuat sedikit eksperimen keatas satu photo di Oh! Tidak dan menggunakan GIMP untuk menghilangkan watermarknya dan hasilnya seperti berikut; Jika anda ingin melihat cara-cara menggunakan fungsi resynthesizer ini, sila ke entry sebelum ini dan saksikan tutorial video yang disediakan. p/s : b...

Sync Nota Tomboy dengan UbuntuOne

Image
Satu benda yang saya tak suka apabila membuat nota dalam komputer ialah, nota itu akan hilang apabila sistem operasi terpaksa direinstall. Namun apabila trend cloud computing mula berkembang dan munculnya storage maya seperti Dropbox dan terbaru UbuntuOne, nampaknya masalah yang dihadapi sebelum ini sudah ada jalan penyelesaian yang lebih baik dari sekadar backup secara konventional ke dalam external drive. Hari ini saya ingin membuat satu tutorial mudah bagaimana anda boleh setup fungsi sync nota tomboy desktop ubuntu anda ke dalam storage maya UbuntuOne. Dengan mengaktifkan fungsi ini, jika anda terpaksa reinstall ubuntu dimasa hadapan atau mempunyai komputer yang berlainan di tempat yang berlainan (seperti ditempat kerja dan rumah atau dirumah isteri pertama dan kedua ), ada dengan mudah dapat sync nota tomboy anda dan zaaap, nota anda yang anda save di komputer lain masuk ke dalam komputer yang sedang anda gunakan. Caranya mudah. Buka tomboy dan buka Preferences > Synchroniza...

9 Langkah Memasang Sistem Operasi Ubuntu 10.04 Dalam Komputer

Image
Kepada anda diluar sana yang masih takut-takut untuk memasang sistem operasi ubuntu kedalam komputer anda yang bermasalah dengan windows , anda boleh mengikuti langkah demi langkah berikut tanpa was-was. 1.Download ISO ubuntu disini dan kemudianya "burn" ISO tersebut dalam bentuk image ke atas sekeping CD yang belum digunakan. Selesai, masukkan CD tadi ke dalam CD/DVD drive dan biarkan komputer boot ke dalam CD tadi dan anda akan berjumpa dengan screenshot dibawah. 2.Selepas proses loading berkenaan, muncul tetingkap seperti dibawah dan anda boleh memilih samada untuk mencuba ubuntu (dipanggil LIVE CD) tanpa memberi kesan kepada komputer anda atau memilih untuk memasang ubuntu ke dalam komputer. Sila pilih untuk memasangnya ke dalam komputer. Anda juga boleh memilih bahasa disebelah kiri. 3.Kemudian anda perlu memilih lokasi dan time zone anda. Sila pilih menggunakan dropdown menu atau klik pada peta yang dipaparkan. 4.Pilih keyboard layout yang digunakan oleh kompute...