Saturday, September 25, 2010

Cara mudah mengembalikan genie minimize effect ke ubuntu

Saya memanggilnya "cara mudah" kerana saya pernah menulis "cara susah" mengenainya sekitar ogos 2008 yang lalu. Cara mudah ini tidak memerlukan anda mengubah fail hex yang ditakuti oleh ramai pengguna ubuntu. Cara mudah ini hanya memerlukan anda menjalan satu skrip yang akan secara automatiknya mengubah beberapa data dalam fail tertentu sistem compiz.

Sekiranya anda tidak tahu apakah genie minimize effect, sila tonton video dibawah;


Asalnya,efek ini telahpun ada dalam compiz dan kemudiannya dikeluarkan kerana bersamaan dengan efek yang sama dalam sistem operasi Mac OSX (khabarnya ia telah dipatentkan di US).

Namun kini pengguna ubuntu boleh mengembalikan efek ini dengan mengikuti langkah berikut;

1) Muatturun fail genie_compiz daripada laman berbahasa sepanyol ini. Versi guna google translate.

2) Save ke dalam mana-mana folder. Masuk ke dalam folder tadi - right click pada fail genie_compiz - Properties - pilih tab Permissions - Tandakan Allow executing file as program - close.

3) Buka terminal dal folder tadi dan masukkan kata arahan berikut;
sudo ./genie_compiz

4) Buka compizconfig settings manager (ccsm) - Effects - Animations - Minimize Animation - dan pastikan anda setkan minimize effect kepada Magic Lamp.


5) Pergi ke tab Effect Settings - Magic Lamp - dan setkan Magic Lamp Max Waves = 0. Close.


6. Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut untuk restart compiz (atau anda boleh restart/logout) ;
compiz --replace &

Selamat mencuba. Sila Like dan Tweet!

1 comment:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...