Posts

Showing posts with the label compiz fusion

Video Tutorial : Aktifkan Desktop Cube Dalam Ubuntu 11.10 Beta 1

Image
Saya menemui video ini yang menunjukkan cara-cara untuk mengaktifkan efek Desktop Cube dalam Ubuntu 11.10 Beta 1. Sekiranya anda tidak pasti dengan apa yang anda lihat, saya syorkan anda tidak mencuba tutorial ini kerana Ubuntu 11.10 buat masa ini masih lagi tidak se-stabil yang anda mungkin sangka. Selamat mencuba!

Animated Desktop Wallpaper Ala Android Untuk Ubuntu

Image
Sekiranya anda biasa dengan android, anda tentunya mengenali animated wallpaper untuk android. Kini, konsep yang sama telah diaplikasikan untuk ubuntu. Saya sendiri telah mencuba dan animasinya sangat lancar dan memerlukan OpenGL untuk berfungsi normal. Seandainya ubuntu anda boleh mengaktifkan compiz, saya kira tiada masalah untuk anda mencuba animated desktop wallpaper ini pada komputer anda. Cara Pemasangan Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut; sudo add-apt-repository ppa:ilap/lwp sudo apt-get update sudo apt-get install compiz-plugins-livewallpapers Selesai proses pemasangan ini, sila lakukan; Right Click pada desktop > Change Desktop Background Klik pada butang Add > Masukkan /usr/share/backgrounds/ pada location bar Pilih Space_by_ilap.jpg sebagai wallpaper Tutup tetingkap tersebut. Langkah seterusnya memerlukan anda mempunyai CCSM atau CompizConfig Settings Manager. Buka aplikasi CCSM ini kemudian enablekan Galaxy Live Wallpaper . Seterusnya, ...

Cara mudah mengembalikan genie minimize effect ke ubuntu

Image
Saya memanggilnya "cara mudah" kerana saya pernah menulis " cara susah " mengenainya sekitar ogos 2008 yang lalu. Cara mudah ini tidak memerlukan anda mengubah fail hex yang ditakuti oleh ramai pengguna ubuntu. Cara mudah ini hanya memerlukan anda menjalan satu skrip yang akan secara automatiknya mengubah beberapa data dalam fail tertentu sistem compiz. Sekiranya anda tidak tahu apakah genie minimize effect, sila tonton video dibawah; Asalnya,efek ini telahpun ada dalam compiz dan kemudiannya dikeluarkan kerana bersamaan dengan efek yang sama dalam sistem operasi Mac OSX (khabarnya ia telah dipatentkan di US). Namun kini pengguna ubuntu boleh mengembalikan efek ini dengan mengikuti langkah berikut; 1) Muatturun fail genie_compiz daripada laman berbahasa sepanyol ini . Versi guna google translate . 2) Save ke dalam mana-mana folder. Masuk ke dalam folder tadi - right click pada fail genie_compiz - Properties - pilih tab Permissions - Tandakan Allow execut...

Mengawal ubuntu menggunakan easystroke dan mengapa ia terlalu Wow untuk dicuba

Image
Saya menemui satu video dalam halaman MaverickMovies yang benar-benar mengagumkan. Apa kata kita bersama-sama video ini; Dah lihat? Dah faham apa yang sedang berlaku? Video diatas memaparkan kawalan desktop ubuntu menggunakan aplikasi yang bernama easystroke yang boleh dipasang menggunakan ppa :  https://edge.launchpad.net/~easystroke/+archive/ppa Kemudian, anda harus mengenakan ketetapan berikut pada compizconfig settings manager dan juga easystroke; Dengan ketetapan inilah, apabila anda mengerakkan cursor anda membentuk bentuk-bentuk yang anda tetapkan dalam aplikasi easystroke, pengarahan-pengarahan tertentu akan dijalankan seperti yang disetkan tadi. Saya harap ada antara kita yang boleh mencuba aplikasi easystroke ini dan insyaallah saya akan review lebih lanjut selepas mencubanya. Nota : Untuk pengguna ubuntu level pertengahan dan keatas sahaja :)

Enable fungsi Windows 7 Aero Snap dalam Ubuntu Lucid Lynx

Image
Windows 7 merupakan sistem operasi yang dibangunkan oleh syarikat Microsoft dan untuk mendapatkannya secara Halal memerlukan anda memikirkan senarai harga seperti berikut; Windows 7 Home Basic - RM279.00 Windows 7 Home Premium - RM365.00 Windows 7 Professional - RM480.00 Windows 7 Ultimate - RM655.00 Banyak teknologi baru yang memberansangkan lah sangat diperkenalkan untuk memulihkan kembali maruah Micorosft setelah kegagalan abang kepada Windows 7 iaitu Windows Vista. Saya sempat menggunakan Windows 7 Ultimate yang diperolehi dari kawan (software bajakan :p) dan mencuba untuk beberapa waktu. Ya, saya akui ada banyak perkara bagus yang telah berubah dalam Windows 7 terutamanya dari segi user experience setimpal dengan harga yang harus pengguna bayar kembali kepada Microsoft. Antara fungsi menarik ialah Aero Snap yang berfungsi secara automatik untuk maximize tetingkap apabila ia dibawah ke atas, dan maximize separa apabila dibawa ketepi (kiri atau kanan). Tahu atau tidak, p...

Menyelesaikan konflik antara game dan compiz

Image
Bagi pengguna ubuntu yang telah menggunakan ubuntu untuk sekian lama, terdapat beberapa waktu yang anda perasan ketika ingin bermain game, maka muncul kesan grafik yang tidak enak dilihat mata seperti black screen, distorted, atau game tersebut crash atau lembab. Keadaan ini adalah disebabkan oleh konflik antara grafik game dan compiz fusion. Penyelesaian bagi masalah ini mungkin terdapat dalam versi X.org yang akan datang tetapi tidak buat masa ini. Jadi kita perlu memikirkan sesuatu penyelesaian yang sesuai untuknya. Oleh kerana game tersebut berkonflik dengan compiz, jadi kita ingin disablekan compiz ketika bermain game tersebut.Yelah tengah main game takkan nak ada efek compiz jugak kan. Nanti tak pasal-pasal keluar efek berapi walaupun anda tak melepaskan tembakan (hehe). Penyelesaiannya cukup mudah dan saya suka untuk menjadikan artikel saya ini sebagai pemberi ilham kepada pengguna untuk menyelesaikan atau melakukan perkara yang lain. 1. Buka text editor (Applications > Acces...

Dah mencuba efek silinder dan sfera compiz fusion 0.7.6?

Image
WOW! Mungkin itu reaksi pertama saya dan mungkin itu reaksi pertama anda juga apabila mencuba sendiri efek silinder dan sfera compiz fusion 0.7.6. Saya baru berkesempatan mencuba compiz fusion versi 0.7.6 selepas mengikuti panduan dalam laman web tombuntu.com (klik untuk merujuk). Saya juga menemui satu review yang sangat detail berkenaan compiz fusion disini . Semoga bermanfaat.

Install plugins tambahan untuk compiz dalam hardy heron

Plugins tambahan yang diinstall menerusi tutorial ini akan menambahkan pilihan effek desktop yang boleh diaplikasikan kedalam ubuntu hardy heron. Tutorial ini menganggap; Anda mempunyai hardy heron yang fresh install Anda mempunyai compiz yang terinstall secara default dalam hardy yang berfungsi dengan nombor versi 0.7.4 ( dpkg -l | grep compiz ) - untuk check versi Anda sedang run ubuntu sebagai user dan bukan root. (Jika anda tahu apa yang sedang anda lakukan, syarat-syarat ini tidak perlu dipatuhi) Compiz fusion hanya berfungsi apabila anda memiliki grafik kad dengan drivernya yang terinstall dan proses konfigurasinya yang telah dilakukan dengan sempurna beserta fungsinya yang telah diaktifkan. (rujuk artikel berkaitan dalam blog ini). Jika anda mempunyai grafik kad yang tidak disokong oleh compiz, sila ke laman ini dan buat research tersendiri. Proses Installasi 1. Mendapatkan dependencies berkaitan (untuk kerja compiling plugins) sudo apt-get install compiz-bcop compiz-dev build-...

Skydome untuk Compiz

Image
Kebanyakan dari anda yang masih baru dalam Ubuntu mesti tercari-cari gambar yang sesuai dan cantik untuk Skydome Compiz anda. Disini saya sertakan kepada anda yang masih tercari-cari skydome yang sesuai untuk di muat turun. Ini adalah koleksi peribadi yang dimuat turun dari beberapa laman web terkemuka yang memberi khidmat dalam mencantikkan Ubuntu anda.

Compiz Fusion : Bermula dari basic

Image
Apabila diselak kedalam achieve blog ini, rupanya saya tidak pernah menerangkan tentang dimana untuk bermula untuk aktifkan compiz fusion dalam ubuntu. Patutlah ramai yang add saya kedalam YM semata-mata untuk bertanya soalan tersebut dan saya pun agak liat untuk menjawab kerana ianya terlalu basic. Ok, hari ini saya akan huraikan dan berharap agar semua pengguna ubuntu dapat memahami penerangan berikut. Fakta yang wajib anda tahu terlebih dahulu: 1 - Compiz Fusion sudah terinstall secara default kedalam ubuntu hardy heron. Advance Desktop Effects Settings hanyalah GUI yang memudahkan pengguna berurusan dengan effek-effek yang dihasilkan oleh compiz fusion. (Saya menerangkan sebegini kerana ramai bertanya saya bagaimana untuk install compiz fusion dalam ubuntu.) 2 - Sebelum anda boleh menggunakan apa-apa effek compiz fusion, anda perlu aktifkannya terlebih dahulu. Pergi ke pilihan menu System > Preferences > Appearance > Visual Effects dan pilih check box Extra...

Compiz Fusion dalam Hardy Heron

Image
Pada 4 Januari,08, saya menulis tentang cara-cara untuk konfigurasi compiz fusion yang merangkumi kesan-kesan khas berikut iaitu expo, rotate cube, animations, ring switcher, shift switcher dan water effek. Namun selepas beberapa bulan berlalu, oleh kerana entry itupun ditenggelami zaman dan masa berubah dengan pantas, ramai pengguna baru mengeluh dan bertanya macam-macam kepada saya tentang bagaimana cara untuk memasukkan effek-effek tertentu (yang biasanya diorang lihat dalam youtube) dalam kotak-kotak komputer ubuntu mereka. Saya mengambil keputusan untuk tidak menulis trick yang sama untuk kali kedua. Oleh itu anggaplah artikel kali ini adalah sambungan kepada artikel saya pada 4 jan itu tadi. Dalam tutorial ini, saya menganggap anda sudah install Advanced Desktop Effects Settings (ccsm) dan menganggap juga anda sudah membaca tutorial pertama saya pada 4 jan. 1.Desktop Cube 3D. Dalam gambar diatas, effek tambahan yang dimasukkan ialah 3D windows (anda dapat perhatikan paparan wind...