Sunday, September 14, 2008

Menyelesaikan konflik antara game dan compiz

Bagi pengguna ubuntu yang telah menggunakan ubuntu untuk sekian lama, terdapat beberapa waktu yang anda perasan ketika ingin bermain game, maka muncul kesan grafik yang tidak enak dilihat mata seperti black screen, distorted, atau game tersebut crash atau lembab. Keadaan ini adalah disebabkan oleh konflik antara grafik game dan compiz fusion. Penyelesaian bagi masalah ini mungkin terdapat dalam versi X.org yang akan datang tetapi tidak buat masa ini. Jadi kita perlu memikirkan sesuatu penyelesaian yang sesuai untuknya.

Oleh kerana game tersebut berkonflik dengan compiz, jadi kita ingin disablekan compiz ketika bermain game tersebut.Yelah tengah main game takkan nak ada efek compiz jugak kan. Nanti tak pasal-pasal keluar efek berapi walaupun anda tak melepaskan tembakan (hehe).

Penyelesaiannya cukup mudah dan saya suka untuk menjadikan artikel saya ini sebagai pemberi ilham kepada pengguna untuk menyelesaikan atau melakukan perkara yang lain.

1. Buka text editor (Applications > Accessories > Test Editor)

2.Taipkan;
#!bin/bash
metacity --replace &
game_name
compiz --replace
-Arahan "metacity --replace &" akan disablekan compiz dan mengantikannya dengan metacity.
-"game_name" seperti juga dalam terminal, arahan ini akan membuka game yang ditujukan.
-Apabila game ditutup, compiz akan mengambilalih metacity.

Simbol "&" membenarkan perisian lain run secara berurutan. Namun jika anda tidak meletakkan simbol "&" ini, game tak akan dirun kecualilah metacity stop.

3.Save fail tersebut dalam bentuk .sh (contoh.sh) dan ubah permission kepada executable (right click > properties > permission). Saya cadangkan script2 sebegini disave dalam folder khas untuk script supaya home folder anda lebih tersusun.

4.Cuba run script tadi dengan double click atau melalui terminal
./contoh.sh
Ubuntu linux membenarkan anda menjadi kreatif. Anda boleh ubah command untuk melancarkan game bagi game tertentu dalam senarai menu kepada link script tadi (ubah game_name kepada nama game yang ingin digunakan). Lihat imej berikut;



Anda takkan tahu sesuatu perkara sehinggalah anda mencubanya. Selamat mencuba.

6 comments:

  1. salam... alamak.. syah xmain games la... huhuhu... papehal, mungkin suatu hari nanti artikel ni berguna untuk syah... mana la tahu kan... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. wah zul..
    melangkah ke dunia programing Linux..
    wlaupn belajar dlm eletrik nun jauh ke timur..
    hehe..
    ape2 pn aku da try..
    ok gak ek..
    wa caya sama lu

    p/s : pas nie buat distro melayubuntu la pulak..hehe ;P

    ReplyDelete
  3. @syah : hehe...nnti adala gunanya tu..

    @jipang : distro melayubuntu? ayyark.. xde plan pun..hehhe..

    ReplyDelete
  4. wah... kalau btul la distro melayubuntu dicipta, maka akulah orang pertama donlod dan try... wakakaka...

    ReplyDelete
  5. kalau korang nak tau ramai yg xsuka/hate ubuntu ni.. especially nyer unix/g33k/linux people yg expert2 tu...korang tau sbb per.. sbb ubuntu jadikan linux ni senang.. terlalu mudah.. n itu bukan konsep sebenar linux.. tapi advantages nye ramai orang yg dah tahu aper tu linux/unix hahaha...

    ReplyDelete
  6. oh.. ini sebab dia eh, thank you for da info.
    my harddisk crash! new hd coming.. using windows now.. :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...