Posts

Showing posts with the label game

Left 4 Dead 2 lebih laju di Linux berbanding Windows :Valve

Image
Pada peringkat permulaan Valve versi pemula cuma pada 6 FPS(frame per saat) meningkat kepada 315 FPS, lebih laju pada versi windows iaitu 270.6 FPS tetapi setelah digodek2 OpenGL oleh pasukan valve, mereka berjaya meningkatkan kepada 303.4 FPS . Pasukan pengodek Valve meningkatkan prestasi Left4Dead dengan: Modifikasi dengan kernel Modifikasi dengan OpenGL Optimumkan grafik driver Berikut merupakan spek : Hardware Intel Core i7 3930k NVIDIA GeForce GTX 680 32 GB RAM Software Windows 7 Service Pack 1 64-bit Left 4 Dead 2 Ubuntu 12.04 32-bit   sumber: http://blogs.valvesoftware.com/linux/faster-zombies/

Pay What You Want( Bayar berapa yang anda suka) untuk Humble-indie-bundle 5

Image
Humble-indie-bundle 5 di masukkan ke dalam Ubuntu Software Centre Berita baik untuk gamers Ubuntu di luar sana, Humble-indie-bundle 5 adalah merupakan koleksi games untuk pelbagai platform OS(windows, Linux dan Macintosh), bebas DRM dan dicipta oleh pembangun indie. Yang menariknya ialah disamping kita membeli game ini, kita membantu menyumbang kepada badan amal kebajikan Child's Play(memberi game percuma kepada kanak-kanak sakit) dan Electronic Frontier Foundation(mempertahankan hak dalam dunia digital) Dan yang paling best adalah kita boleh tentukan sendiri berapa yang kita nak bayar kepada developers, charity dan humble-indie-bundle organizers. Game yang boleh didapati di dalam Humble-indie-bundle 5 adalah Limbo (ada preview kat bawah), Psychonauts, Sword and Sworcery dan banyak lagi. Cuma satu kekurangan yang dirasakan oleh ShimG adalah Humble-indie-bundle 5 bukanlah dalam kategori open source game. Namun berita baiknya : ia akan membantu indie game developer, ...

Ulasan Game 0 A.D & Cara Pemasangan Dalam Ubuntu

Image
Wildfire Games, an international group of volunteer game developers, proudly announces the release of "0 A.D. Alpha 6 Fortuna", the sixth alpha version of 0 A.D., a free, open-source game of ancient warfare. Game 0 A.D merupakan sebuah projek sukarela daripada Wildfire Games dan apabila saya mencuba sendiri fasa alfa keenam game ini, boleh saya katakan game ini sangat 'menjanjikan sesuatu' apabila versi penuhnya dilancarkan nanti. Saya mencuba game ini dalam laptop berkemampuan 1 Gb RAM dan berkepantasan 2.2 GHz Core 2 Duo yang pada saya sangat ketinggalan jika hendak dibandingan dengan komputer high end pada masa kini. Pemasangan dalam Ubuntu Buka terminal dan taipkan kata arahan berikut; sudo add-apt-repository ppa:wfg/0ad && sudo apt-get update sudo apt-get install 0ad 0ad-data Proses pemasangan memerlukan anda memuatturun fail bersaiz kurang daripada 200MB (yang pada saya sangat kecil) dan game ini boleh didapati dalam aplikasi Games. Dengan k...

Game Oil Rush untuk linux bakal dilepaskan Mac 2011

Image
Sekiranya anda pernah membaca artikel saya di OilRush : Game untuk linux yang "perhhh" mula muncul? , pastinya anda tidak sabar-sabar untuk mengetahui bilakah agaknya game ini akan dikeluarkan. Namun ubuntugamers.com mendedahkan yang game ini bakal dilepaskan sekitar suku pertama tahun 2011 iaitu pada bulan Mac dan berita ini pastinya membuatkan penantian ubuntu 11.04 Natty Narwhal menjadi lebih manis. Anda boleh melihat screenshot menarik berkenaan game Oil Rush di http://oilrush-game.com/screenshots/ . Semoga bermanfaat.

Humble Indie Bundle Kembali!

Image
Setelah mengutip lebih $1 juta USD untuk edisi #1 , Humble Indie Bundle kini kembali dengan versi #2 dan sehingga artikel ini ditulis, jualan yang telah terhasil ialah $332,599.08 USD! Humble Indie Bundle merupakan satu usaha untuk mengutip dana bagi meng"open source"kan perisian permainan - Games! (yang multi platform - untuk linux, mac dan juga windows). Kaedah pembelian perisian permainan bundle ini cukup mudah iaitu bayar berapa sahaja yang disukai dan dapat perisian permainan yang nilainya USD 85 jika dibeli secara berasingan. Versi #2 ini , antara perisian permainan yang ditawarkan ialah seperti dalam screenshot di bawah; Ok, berapa harga untuk kesemua perisian permainan di atas? Anda yang tentukan. Nilainya mungkin dari setinggi $1000 USD atau serendah $1 USD. Menarik bukan? Selamat membeli dan menyumbang kepada badan kebajikan yang disediakan :)

OilRush : Game untuk linux yang "perhhh" mula muncul?

Image
Dalam dunia permainan komputer (game), sistem operasi berasaskan linux masih dianaktirikan kewujudannya dan game-game yang hebat hanya dibangunkan untuk sistem operasi Windows dan Mac OSX. Hal yang sama berlaku dalam sokongan perisian standard seperti Adobe dan sebagainya yang mereka tidak membangunkan perisian berkenaan untuk linux. Namun apa pula pandangan anda selepas menonton video promo diatas? Game OilRush dibangunkan untuk Windows, Linux dan juga Playstation 3. Amat menarik untuk mengetahui bahawa ianya menyokong platform linux yang biasanya diketepikan. Namun usah melompat kesukaan terlebih dahulu kerana ada satu lagi faktor pembolehubah yang menentukan samada game ini akan boleh anda main apabila ia diterbitkan nanti - driver kad grafik ! Sekiranya anda menggunakan driver kad grafik open source (Mesa / Trillium 3D), kemungkinan anda tidak dapat memainkan game ini dalam ubuntu kesukaan anda. Anda perlukan driver proprietary yang high performance untuk kad grafik anda! [vi...

Sauerbraten, Game dalam Repo Ubuntu

Image
via : atareao Semalam saya try game Sauerbraten (camne nak sebut?) yang sebenarnya terdapat dalam repo ubuntu (saiz +/- 300MB) dan boleh dipasang dengan kata arahan : sudo apt-get install sauerbraten Game ni agak ringan berbanding yang disangka dan grafiknya agak cun jugak untuk saiz 300MB. Game ni berkonsepkan first-person shooter dan ala-ala Alien Arena (kalau korang pernah main la). Game ni tak lah gempak cuma bagus untuk dimainkan ketika tension. Selamat mencuba.

Kubrick untuk peminat rubik!

Image
pe barang 3x3. 6x6 baru mencabar =P Kepada peminat puzzle rubik , kubrick mungkin satu game yang perlu anda dicuba. Ianya boleh dipasang menggunakan Ubuntu Software Center dengan kata kungci "kubrick" dan menggunakan antaramuka qt. Satu-satunya kekurangan kubrick ialah ianya tidak berputar secara 3D menyebabkan agak sukar untuk menyelesaikannya. Sekiranya anda ingin aplikasi rubik yang boleh berputar secara 3D, sila cuba GNUbik (juga boleh dipasang menggunakan Ubuntu Software Center). Nota : saya tak pandai main rubik.tq

5 Game windows berfungsi out-of-the-box menggunakan Wine dalam Ubuntu

Image
Baru-baru ini saya menjalankan sedikit kaji selidik untuk mengetahui halangan pengguna komputer dari menggunakan ubuntu (sila sertai kaji selidik ini jika anda belum). Keputusan semasa menunjukkan 17% daripada peserta kaji selidik mengatakan ubuntu tidak mempunyai game best-best dan ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Hari ini, saya ingin perkenalkan 10 game windows yang dipasang ke dalam ubuntu menggunakan wine dan game tadi boleh dimain tanpa masalah (flawlessly and out of the box) tanpa apa-apa kofigurasi tambahan. 1.Guild Wars All Versions Guild Wars is an episodic series of multiplayer online role-playing games created by ArenaNet, a Seattle game development studio and a subsidiary of the South Korean game publisher NCsoft. 2.Command & Conquer 3: Tiberium Wars 1.x Command & Conquer 3 is a real-time strategy video game. 3.Counter-Strike: Source Retail / Steam Counter-Strike: Source is the latest release of Counter-Strike, the planet's most popular squad-base...

Pasang game Pacman dalam Ubuntu

Image
Saya kira ramai yang telah melihat dan bermain game Pacman di Google.com pada 22 Mei lalu sempena sambutan 30 tahun Pacman yang pertama kali dikeluarkan di Jepun pada 22 Mei 1980. Oleh kerana ia mendapatan sambutan hangat diseluruh dunia, google kini telah menyediakan satu halaman khas kepada mereka yang ingin bermain game Pacman di  http://www.google.com/pacman/ . Bagi pengguna ubuntu pula, selain daripada bermain di google, anda kini boleh game pacman dalam aplikasi desktop. Untuk memasangnya, buka terminal dan taipkan sudo apt-get install pacman Buka game ini di Applications > Games > Pacman. Tapi bila saya main, rupanya main kat google lagi best. Kenapa agaknya? UPDATE : Seorang rakan telah berkongsi game ini dalam bentuk swf. Saya telah upload fail berkenaan ke dalam Ubuntu One saya dan boleh diakses melalui URL berikut; http://ubuntuone.com/p/50l/ Enjoy =)

Humble Indie Bundle Mengutip Lebih USD1 Juta!

Image
Screenshot disebelah merupakan statistik semasa (real-time) jumlah kutipan dana yang berjaya dipungut oleh Humble Indie Bundle. Humble Indie Bundle merupakan satu usaha untuk mengutip dana bagi meng"open source"kan 4 game (yang multi platform - untuk linux, mac dan juga windows). Kaedah pembelian game bundle ini cukup mudah iaitu bayar berapa sahaja yang disukai dan dapat 5 game yang nilainya USD80 jika dibeli secara berasingan. Dengan nilai pembelian anda tersebut, pembeli boleh memilih untuk menyalurkan duit samada untuk pembangun game, kebajikan atau kedua-duanya. Namun terdapat satu fakta yang telah dibuktikan melalui statistik diatas bahawa pengguna linux adalah penyumbang yang berani meletakkan harga paling tinggi untuk 5 game tersebut. Ianya diikuti oleh pengguna Mac OSX dan akhir sekali ialah pengguna windows. Adakah statistik ini menunjukkan secara solid bahawa pengguna Linux lebih memahami kebaikan apabila sesuatu perisian itu di open source kan? Owh sebelu...

Boring dimusim hujan? Jom main gbrainy!

Image
Musim hujan datang lagi. Saya di terengganu sememangnya cukup biasa dengan suasana ini. Hujan tanpa henti, paras air di sungai, paya, parit meningkat. Kanak-kanak kegirangan kesana kemari bermain air bah. Kalaulah masih kanak-kanak rasanya ingin gak join sekaki dua. Apakan daya umur dah meningkat, janggut dah melebat. Tak tergamak la pulak. Altenatif? Saya suka duduk depan laptop dan bermain gbrainy . Tak ada grafik 3d, sound effect yang hebat. Hanya text dan gambar penuh makna. Ada 3 kategori kuiz iaitu logic, calculation dan memory. Jika anda pernah mengambil mana-mana IQ test sebelum ini, anda tentunya sudah biasa dengan bentuk soalan yang ditanya. Sememangnya menguji tahap pemahaman, cara berfikir, dan IQ anda. Sambil makang ubi kayu rebuh cicoh nyor, jom tajamkan IQ masing-masing dimusim hujan ini. Ahaks!

Menyelesaikan konflik antara game dan compiz

Image
Bagi pengguna ubuntu yang telah menggunakan ubuntu untuk sekian lama, terdapat beberapa waktu yang anda perasan ketika ingin bermain game, maka muncul kesan grafik yang tidak enak dilihat mata seperti black screen, distorted, atau game tersebut crash atau lembab. Keadaan ini adalah disebabkan oleh konflik antara grafik game dan compiz fusion. Penyelesaian bagi masalah ini mungkin terdapat dalam versi X.org yang akan datang tetapi tidak buat masa ini. Jadi kita perlu memikirkan sesuatu penyelesaian yang sesuai untuknya. Oleh kerana game tersebut berkonflik dengan compiz, jadi kita ingin disablekan compiz ketika bermain game tersebut.Yelah tengah main game takkan nak ada efek compiz jugak kan. Nanti tak pasal-pasal keluar efek berapi walaupun anda tak melepaskan tembakan (hehe). Penyelesaiannya cukup mudah dan saya suka untuk menjadikan artikel saya ini sebagai pemberi ilham kepada pengguna untuk menyelesaikan atau melakukan perkara yang lain. 1. Buka text editor (Applications > Acces...

Billard-GL : Game billiard 3D untuk ubuntu

Image
Sambil-sambil menunggu waktu berbuka puasa, apa kata anda bermain game billard-GL, game billiard 3D untuk ubuntu. Game ini bagus buat mereka yang merindukan game pool dalam ym untuk windows. Oleh kerana yahoo malas nak bangunkan ym untuk linux, maka yahoo user yang menggunakan ubuntu terpaksa berputih mata untuk menggunakan features yang ada dalam ym untuk windows. Ok.Lupakan pasal windows. Install . Sila klik link berikut untuk install game ini dalam ubuntu: Billard-GL Terdapat beberapa kekungci penting yang berbaloi diketahui terlebih dahulu jika anda berminat dengan game ini. Antaranya; Tab : menukar view dan menghayun kayu Arrow key dan mouse : Kombinasi kedua-duanya memudahkan anda melihat bola di atas meja. Tidak seperti pool dalam yahoo games, billard-GL tidak mempunyai kayu pemukul (bendape ek nak panggil kayu tuh??). Jadi, agak susah untuk aim bola dan agak susah bola itu masuk kedalam lubang. Paparan 3D billard-GL agak cantik dan kemas. Namun saya mendapati masalah grafik ...

Pertajam pemikiran logik dengan sudoku

Image
Sudoku merupakan singkatan kepada 数字は独身に限る (Suuji wa dokushin ni kagiru) atau yang bermaksud "the digits must remain single". Ia turut dikenali dengan sebagai Number Place yang merupakan sejenis puzzle yang berasaskan pemikiran logik. Game sudoku boleh didapati dalam ubuntu dan terinstall secara default. Akhir-akhir ini saya mengambil kesempatan menguji tahap pemikiran logik diri sendiri dengan menyahut cabaran sudoku. Secara umum, objektif game sudoku ialah untuk mengisi tempat kosong agar setiap colomn, row, dan petak 3x3 hanya akan terisi dengan satu jenis nombor antara 1~9 (rujuk gambar diatas yang dihighlightkan). Cara bermain game ini agak simple tetapi penyelesaian tidak semestinya simple lebih-lebih lagi apabila anda tiba disuatu tahap untuk menganalisis setiap kebarangkalian yang boleh berlaku. Saya menguji adik dan kakak saya untuk menyahut cabaran sudoku. Tanpa berfikir panjang mereka hanya mengisi nombor-nombor yang mereka rasakan sesuai dalam petak-petak tertent...

Secret Maryo Chronicles

Anda rasa boring dengan Ubuntu? Teringin nak main games macam orang lain. Nah, tak perlu lagi rasa begitu, Ubuntu juga mampu untuk memberi anda sedikit hiburan. Mesti anda tahu dan amat kenal dengan Super Mario. Permainan yang pernah singgah di TV rumah kita ( aku rasa ). Masih ada lagi keinginan nak main games ni. anda patut cuba clone mario yang terdapat dalam Ubuntu. Secret Maryo Chronicles, satu permainan yang akan mengisi masa yang ada di tangan anda. Mudah untuk mendapatkan, hanya perlu mendownload installer .deb dan klik-klik. Download di sini : http://www.getdeb.net/release.php?id=2630 Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Playonlinux : Install game dalam linux menjadi mudah

Image
Baru-baru ini saya menerima email daripada seorang pembaca melayubuntu mencadangkan saya mengulas dan mengkaji tentang perisian playonlinux.Sebelum saya menerima email tersebut, ikhlas saya katakan saya tidak tahu menahu apa itu playonlinux.Untuk menulisnya, telah menjadi amalan saya untuk pergi ke website berkenaan, membaca dan mencuba sendiri apa itu playonlinux supaya ulasan saya nantinya tidak menjadi ulasan yang "kosong". Playonlinux Ok, apa itu Playonlinux ?Masih ingat tentang ulasan saya tentang crossover dan wine ?Playonlinux bertindak seumpama crossover iaitu menjadi alat untuk memudahkan pengguna linux menginstall game windows dengan lebih mudah dan kualiti installasi yang lebih stabil. Installasi Untuk Ubuntu, dalam website playonlinux kita akan mendapati telah diletakkan link untuk download package .deb.Hanya perlu double click untuk install. Apa yang Playonlinux lakukan? Selepas install dan proses update sedikit sebanyak, pertama sekali ialah playonlinux akan me...

Game : Alien Arena

Image
Jika ada sesuatu yang perlu diperbaiki dalam ubuntu, ianya sudah tentu berkenaan dengan kebolehannya untuk bermain game Pernah saya menulis begitu dalam artikel lalu berkenaan AssaultCube .Sebenarnya saya pernah mencuba satu lagi game iaitu Alien Arena dan ianya dapat dimainkan dalam komputer saya tanpa apa-apa masalah. Cara Install Alien Arena kedalam Ubuntu? Tersangat senang sesenang anda install game solitaire.Ini kerana Alien Arena berada didalam package ubuntu dan pengguna ubuntu boleh menginstallnya menggunakan Add/Remove Applications. Apa itu Alien Arena? Alien Arena adalah sebuah game berkongsepkan First-person Shooter(ala-ala counter strike).Kita boleh memilih samada bermain multiplayer secara online ataupun single player dengan bots komputer. Sebenarnya saya tidak pandai mengulas tentang game.Namun bagi mereka-mereka yang merasakan akan kehilangan dunia game mereka apabila mereka berpindah dari windows ke ubuntu, sebenarnya anda silap.Ini adalah entry kedua saya tentang gam...

AssaultCube untuk Ubuntu

Image
Jika disana ada sesuatu yang perlu diperbaiki didalam ubuntu, ianya ialah kebolehannya untuk menjadi platform untuk bermain game. AssaultCube merupakan game bercorak first person shooter multi platform yang dengan senangnya boleh diinstall kedalam ubuntu.Namun hakikatnya ialah, game ini menjadi tersangat lembab apabila dimainkan didalam kotak ubuntu saya. Hampir-hampir tidak bergerak dalam komputer sony vaio 512MB RAM dan 3.6GHz frekuensi adalah sesuatu yang sangat-sangat menimbulkan tanda tanya.Mungkin ia tidak menyokong Radion X300 sebagai grafik kad dan mungkin juga ia hanya boleh dimainkan didalam perisian seperti windows dan mac osx kerana game ini ialah multi platform. Saya tidak mahu membuat kesimpulan awal mengatakan semua kotak ubuntu tidak boleh memainkan game ini dengan baik kerana ia hanya berlaku kepada komputer saya.Bagi yang ingin mencuba, sila pergi ke link berikut untuk mendownload fail .deb nya. | AsaultCube.deb | Filenya lebih kurang bersaiz 17MB sahaja dan mempuny...