Wildfire Games, an international group of volunteer game developers, proudly announces the release of "0 A.D. Alpha 6 Fortuna", the sixth alpha version of 0 A.D., a free, open-source game of ancient warfare.Game 0 A.D merupakan sebuah projek sukarela daripada Wildfire Games dan apabila saya mencuba sendiri fasa alfa keenam game ini, boleh saya katakan game ini sangat 'menjanjikan sesuatu' apabila versi penuhnya dilancarkan nanti.
Saya mencuba game ini dalam laptop berkemampuan 1 Gb RAM dan berkepantasan 2.2 GHz Core 2 Duo yang pada saya sangat ketinggalan jika hendak dibandingan dengan komputer high end pada masa kini.
Pemasangan dalam Ubuntu
Buka terminal dan taipkan kata arahan berikut;
sudo add-apt-repository ppa:wfg/0ad && sudo apt-get updateProses pemasangan memerlukan anda memuatturun fail bersaiz kurang daripada 200MB (yang pada saya sangat kecil) dan game ini boleh didapati dalam aplikasi Games.
sudo apt-get install 0ad 0ad-data
Dengan keupayaan laptop saya yang minima, saya mendapati game ini boleh dimain dengan lancar tanpa apa-apa gangguan prestasi yang ketara. Walaubagaimanapun, saya juga ingin mendengar prestasi permainan game ini dalam laptop yang lebih rendah spesifikasinya.
Sebelum saya terlupa, game ini juga boleh dicuba dalam sistem operasi Windows & Mac OSX.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas respon..