Wednesday, September 03, 2008

Masa untuk mendalami dan menggunakan Scribus


Ya! Saya mempunyai sebuah MacBook yang telah terinstall mac osx leopard. Pembaca sendiri sedia maklum bahawa kebanyakkan orang yang berkerja dalam bidang design dan grafik page layout untuk terbitan menggunakan sistem operasi mac osx yang ternyata lebih sesuai dengan kerja-kerja design dan penerbitan. Namun apabila saya merangka untuk menerbitkan emaj secara berkumpulan dan bukan kerja seorang, ternyata sukar untuk mencari penulis yang turut menggunakan mac osx seperti saya.



Scribus merupakan satu perisian sumber terbuka untuk kerja-kerja desktop page layout seperti menghasilkan brochure, surat khabar, newslatter,poster dan juga majalah. Untuk memastikan perisian ini mampu mencapai standard emaj yang saya harapkan, hari ini saya sendiri telah mencuba menggunakannya dan kesimpulan saya adalah seperti berikut;
  • Scribus mampu mencapai standard kualiti yang diharapkan
  • Cara menggunakannya tidak terlalu sukar - tetapi memerlukan minat untuk mencuba
  • Sistem pengurusan layout dan style yang menepati kehendak perancangan
  • Tahap kestabilan keseluruhan yang boleh dipercayai
  • Paparan antaramukanya agak mengelirukan bagi pengguna baru
Install.

Klik link berikut untuk install scribus dalam ubuntu : Scribus

Hasil.

Selepas mencuba beberapa lama (dalam 1jam~2jam - belajar sambil design), berikut merupakan hasil yang diperolehi;

http://www.box.net/shared/j8g67r0o0s [DOWNLOAD]

Untuk itu, kepada setiap bakal penulis dan penyumbang emaj, saya amat menggalakkan anda install dan mencuba sendiri perisian scribus supaya anda biasa dengan perisian ini.

11 comments:

  1. heheh... aku baru gak menggunakan scribus. Memang best dan bagus. Seblom ni aku guna guna Adobe InDesign kat Mac untuk buat layout buku & majalah. Tapi lepas aku kenal scribus tahun lepas, selamat tinggal dah InDesign. :D Long Live FOSS!!!

    ReplyDelete
  2. @apogee : ooo yeker... bagus la cam 2..aku baru je nak blaja nih..byk gak benda yg perlu test drive...hahaha

    ReplyDelete
  3. salam abg zul.. lawa la theme gtk abg... boleh nak tgk screenshot desktop abg?

    ReplyDelete
  4. @syah : mintak kat ym lah senang...hehe

    ReplyDelete
  5. ye, nak buat brochure pun senang.

    alangkah gumbiranya jika dapat kita berkongsi sikit pengamalan guna scribus dan dokumentasikan menjadi satu buku rujukan berbahasa melayu.

    barulah semangat open source tu meresap - sekurang2nya kita ada contribute balik ke open source community.

    ReplyDelete
  6. scribus ni ala2 adobe gak ke?..

    ReplyDelete
  7. bukan ala2 lagi dah green, dah memang boleh ganti trus adobe tu..

    eh adobe mane satu ko maksudkan yer? dah agak ketinggalan aku dengan adobe2 ni sejak berUBUNTU 100%!

    ReplyDelete
  8. bukan scribus yg ala-ala adobe, tp adobe yg ala-ala scribus..hehe (reverse psychology)

    ReplyDelete
  9. oh..yeke..sy pn x guna adobe ni,so xtaw la adobe mna satu,sy cuma dngr mmbr kt klas ckp yg klu nk design ape2 cm logo ke or edit pic, bek guna adobe...sy jarang nk wat design2..so blh d ktakan sy ni ktinggalan la dr mreka tu..tp sy guna ubuntu mreka x..hehe..

    ReplyDelete
  10. Heheheh.. jangan cakap besar dan lupa daratan... sebelum aku guna Ubuntu, aku lama gak guna windoze, Mac dan perisian Adobe sebab aku banyak buat kerja grafik dan DTP secara komersial. Zaman tu takde lagi Ubuntu ni, dan gnome pun memang tak berapa ada aplikasi untuk grafik dan multimedia. Jadi, untuk photo editing, aku guna Adobe Photoshop, untuk Scalable Vector aku guna Adobe Illustrator dan untuk Desktop Publishing aku guna dari zaman Adobe PageMaker hinggalah Adobe InDesign. Kat situlah aku banyak belajar dan guna perisian grafik ni semua. Sebelum tu pulak, aku guna manual je iaitu tampal-tampal gambar dan teks yang ditaip dari mesin taip (yang pakai reben tu) kat atas kertas untuk buat mastercopy lepas tu print kat kedai printer.

    Namun, sejak aku guna Ubuntu, aku dah jumpa pengganti untuk Adobe Photoshop iaitu GIMP, pengganti Adobe Illustrator iaitu Inkscape dan pengganti Adobe InDesign iaitu Scribus.

    Sebagai pengguna terlampau, aku dapati masih banyak lagi kelemahan perisian open source ni berbanding perisian komersil Adobe (tu pasal la lesen dia mahal). Contohnya, masih takde support untuk warna CMYK dalam GIMP, takde realtime LAB color editing dan banyak fungsi lain. Semoga ianya akan cepat juga diperbaiki.

    Apa pun, aku masih puas hati sebab aku boleh capai apa yg aku nak dengan sedikit 'godaman' dan jalan kerja yang sedikit panjang menggunakan perisian PERCUMA dan sumber terbuka. Long Live OpenSource!!!

    ReplyDelete
  11. @apogee : haha...mana ada lupe daratan..xde pun penyataan yg mcm 2...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...