Menurut laporan terkini, anak syarikat AMD iaitu pembuat unit pemproses grafik (GPU), ATI menetapkan satu lagi langkah kehadapan dalam menyokong Linux. Tindakan ini dijangka akan membuatkan Linux lebih mesra pengguna. Menurut sumber ATI, syarikat itu akan menyediakan pemacu (driver) bagi produknya untuk menyokong memaikan muvi definasi-tinggi terlindung (protected high-defination) dalam Linux.Ia mungkin berada di pasaran menjelang Oktober 2008.
Setakat ini, dikatakan belum ada pengilang kad grafik yang menyokong HD untuk Linux. penulis juga, mendapat tahu bahawa ATI menawarkan pemacu ini kerana mereka percaya bahawa pasaran menunjukkan permintaan yang tinggi bagi perkakasan yang diasaskan dengan Linux.
Pada peringkat awal. pemacu ini dikatakan akan hanya terdapat untuk OEM yang bermaksud beberapa sistem komputer yang dapat memainkan format HD ini. Walaupun, ianya tertentu tetapi penulis yakin bahawa dengan adanya tindakan sebegini kebanyakkan pengguna komputer Home Theater dapat mengurangkan kos dan mula beralih ke Linux dan menjauhi Windows.
Ini juga dimangkin oleh kebanyakkan pengguna yang ingin mendapatkan komputer spesifikasi tinggi dengan harga yang lebih rendah. Trend ini boleh jelas dilihat dengan kebanyakkan syarikat mula memasarkan komputer yang dipra-pasang dengan Linux OS terutama sekali Ubuntu.
Hidup Open source! Hidup Linux! Hidup Ubuntu! Majulah Ubuntu untuk negara... muhahahaha...
ReplyDeletehahah..x lma lg lingkup la microsof ni taw..
ReplyDeleteyer.. aku sokong pendapat kau.. huhuhu...
ReplyDeletedah lame pakai sokong amd - kipas susah mati AMD sampai bile2
ReplyDeletehaha...aku pun suka AMD. Aku rasa lagi stabil pakai AMD. Rasa cam lancaar je..
ReplyDeleteATI dah start nak compete ngan NVidia coz Nvidia punya support utk linux mmg power.. lagi satu dia nk try beat intel nye graphic skali..
ReplyDelete