Saturday, September 06, 2008

Apa perubahan diri anda selepas mengenali dan menggunakan ubuntu?

Pertemuan dengan seseorang mungkin mengubah hidup anda. Pertemuan dengan ubuntu pula bagaimana? Bagi diri saya, banyak perubahan telah berlaku semenjak saya mengenali ubuntu. Antaranya ialah;
  • Mengenali lebih banyak sistem operasi dan distro : Pelik atau tidak, saya mengenali mac osx adalah selepas saya kenal ubuntu. Ketika itu saya suka theme mac osx untuk gnome dan kemudian saya berlajar tentang cara install mac osx dalam pc biasa sebelum secara rasminya membeli sebuah macbook. Pelik?
  • Belajar menyelesaikan masalah sendiri secara merujuk google : Ketika saya mula menggunakan ubuntu 7.04, tidak ramai kawan saya yang menggunakan ubuntu. Rujukan bertanya hampir tidak ada. Kesannya, saya terpaksa berkawan dengan google untuk mencari penyelesaian bagi setiap permasalahan yang saya hadapi. Ia termasuk juga tweaks dan tricks yang hebat dalam ubuntu. Semuanya dari web, blog, forum dan tutorial. Fuhh, saya tak sangka saya telah melepasi zaman macam tu.
  • Lebih mengenali open source (sumber terbuka) : Jujur saya katakan, saya bermula dari ZERO pengetahuan tentang sumber terbuka. Ketika saya mula-mula menggunakan ubuntu, saya masih lagi tidak mengetahui bahawa ubuntu itu sumber terbuka. Yelah, saya hanya nak guna ubuntu dan bukan belajar soal ianya sumber terbuka atau tidak. Siapa sangka, faktor menggunakan ubuntu lah yang menyebabkan saya mengenali sumber terbuka dengan lebih dekat termasuk konsep pembangunannya.
  • Menjadi blogger IT : IT & Komputer bukan bidang saya. Malah saya cukup yakin yang diri saya amatlah tidak berbakat dalam bidang programming. Dalam masa yang sama, saya suka menulis dan berkongsi. Bermula dengan main-main dan cuba-cuba, akhirnya lahirlah blog melayubuntu yang kini sudah hampir 11bulan umurnya.
  • Berkawan dengan ramai blogger dan rakan cyber : Menjadi penulis blog memerlukan anda berinteraksi dengan kuantiti dan diameter pembaca yang luas. Pembaca pula pelbagai karenah dan cukup bervariasi. Saya meletakkan id ym saya pada sidebar yang kini saya hampir setiap hari ada sahaja pembaca yang add saya sebagai rakan ym mereka. Sehingga kini tidak kurang 150 orang pembaca telah add saya sebagai rakan ym mereka dan mereka boleh bertanya kepada saya tentang masalah ubuntu mereka bila-bila masa sahaja. Jujur saya katakan, kadang-kadang saya tidak menang tangan! Kerana itu, maafkan saya jika saya tidak dapat melayan semua rakan ym kelas V.I.P (hehe)
  • Belajar berkomuniti : Disana terdapat 1 komuniti iaitu komuniti ubuntu malaysia. Saya mengenali pelbagai ragam manusia disana dari pelbagai ceruk kebolehan. Saya cukup teruja apabila dapat mengenali ramai ahli komuniti yang hebat-hebat dan mempunyai latar belakang yang berbeza.
  • Menjadi seorang yang suka design : Haha. Saya agak tidak faham dengan diri sendiri. Saya rasa saya bukanlah seorang insan yang dilahirkan dengan bakat design. Tetapi dalam masa yang tidak disedari, saya cuba dan cuba belajar menggunakan GIMP dan Inkscape semata-mata untuk membuktikan bahawa perisian open source tidak kurang hebatnya jika nak dibandingkan dengan perisian berbayar (cracked). Untuk makluman, semua design saya dalam blog ini hasil dari gimp dan inkscape!
  • Menjadi seorang yang digelarkan pelik dan complicated : Hmm..cerita ini agak menyedihkan kerana terpaksa berpisah dengan orang yang tersayang kerana diri kita semakin pelik dan complicated. Best betul masa fikir balik pasal benda ni. Tapi semua tu ujian jer. hehe..
  • Meninggalkan windows 100% : Selepas mengenali ubuntu, saya sempat juga dualboot dengan windows vista selama beberapa bulan sebelum membuang terus vista dari laptop saya. Saya tidak tahupun boleh tuntut balik duit OS vista tu.Tak apalah. Yang pasti saya dah buang windows dari hidup saya. Corak kehidupan dan pergantunggan kepada perisian tertentu mungkin menghalang anda dari melupakan windows. Tetapi saya tidak mengalami masalah tersebut.
  • Berkomputer tanpa perasaan bersalah : Sebelum saya menggunakan ubuntu, saya seorang pengguna windows. Semua perisian berbayar yang saya gunakan dalam windows ialah perisian cracked termasuk microsoft office, photoshop, antivirus, antispyware, games, dan bermacam lagi. Saya cukup tidak selesa dengan keadaan tersebut tetapi terpaksa juga meneruskan cara hidup sebegitu. Dalam ubuntu, keadaan cukup berbeza. Semua perisian dalam apt ialah perisian open source yang pastinya percuma dan bebas digunakan tanpa kekangan copyright.
  • Melupakan perkataan "virus" dalam kehidupan seharian : Dalam windows, setiap tindakan anda pastinya mempertimbangkan kewujudan virus seperti "boleh ke masuk web ni... , boleh ke klik link ni..., boleh ke run fail ni..., boleh ke accept fail ni..., boleh ke cucuk usb ni...," dan bermacam lagi. Dalam ubuntu, dialog-dialog tadi 100% tidak ada! Hasilnya, produktiviti bertambah!
Sebenarnya ada banyak lagi perubahan tetapi jika saya menulis kesemuanya, akan panjang berjelalah entri ini. Ok, saya telah bercerita tentang perubahan pada diri saya. Bagaimana dengan anda pula?

23 comments:

  1. Zul tlh mlepsi zmn tu ek..so skg ni sy pn nk mnyusul lngkah Zul la pula (klu dapat la,sy btl2 ZERO psl kmptr)..hrp2 sy pn leh bjya cm Zul ni..hehe
    tringin jg nk beerUBUNTU 100% ni..
    x lama lg mungkin ubuntu100% ni...

    ReplyDelete
  2. tahniah zul... :) tapi berpisah dengan yg tersayang tuh sadis gak. ehehe..anyway..maybe byk hikmah dia tuh kan.

    saya plak masih lagi dual boot dengan win XP. tapi boleh dikatakan peratusan dia 80% ubuntu - 20% WinXP. and betullah..masalah virus tuh dah takder dlm ingatan. :)

    ReplyDelete
  3. huhuhu... terima kasih kerana sudi meluahkan perasan anda kat sini... muahahahaa... syah same gak ngan arejae, still dengan dual boot... tapi syah lebih suke ubuntu sebab ringan tahap "gilerzzzz".. huhuhu...

    ReplyDelete
  4. aik, sampai kena berpisah dengan orang tersayang, sebab Ubuntu je? huhu.. agak pelik

    ReplyDelete
  5. @green : bleh dikatakan tlah melepasi jgk la..tp byk lg yg nk kna blaja ni haa..hehe

    @arejae : haah...ada hikmah tu..hehe... yups..xde lnsung nk pk pasal virus.

    @syah : haha..xdela luah perasaan..biasa2 jer..wahaha

    @MK : haha.tauxpe...mmg plik la...wakaka

    ReplyDelete
  6. hahahha... part lain tu aku dah merasa. pakai linux saja, pakai dua boot, pakai campur campur.. .. tapi yang part berpisah ngan awekz yang aku tak tahan tu . heheheh. sabor ajer lah..

    time ko kawin nanti lagi teruk. terpaksa belajar apa yang ko tak minat.. terpaksa blajar tengok buku katalog, senarai harga pingan mangkuk, senarai harga barangan tupperware, dan sebagainya. hahaha.

    weh zul, aku ada baca bebudak ubuntu dah bleh run google chrome guna wine yang terkini.. try google .. aku tak test lagi dalam debian.

    ReplyDelete
  7. erk? berpisah sebab ubuntu? hmm. sorry to hear that. BTW, i'm using mac, but, i do favour Ubuntu, but, i need another box to install them. hehe. Ubuntu bring my life to TERMINAL! hehe.

    i owned Ubuntu first, then i owned my Mac. the first ubuntu that i tried was.. 6.04.. hehe. till now, i do keep updating my distro, but, they just run in my VM. [^^]

    anyhoo, i'm happy Unix based User! (Mac, Linux, based from Unix). Now, get out from here, you DOS(QDOS)!

    ReplyDelete
  8. @adi : tu dia..hahaha...insyaallah aku igt pesan mung nihh...hahahaha... google chrome 2 bkn ada utk versi linux ke nnti? aku tggu versi linux je dlu..

    @munzir fauzi : ayyaa..another mac user...wahah..

    ReplyDelete
  9. aku agak sukar tuk berpisah dari windows sbb ada bbrapa software tuk pmbelajaran memerlukan windows.. wawawawa...
    bla aku introduce ubuntu kat member aku ( kat dlm rumah kat kolej kediaman).. diorng excited smpai diorng rasa nak try install ubuntu... rasa syok lak ramai y berkenan.. kna lak ngan compiz feature y aku tnjukkan...

    ReplyDelete
  10. zul..mmber aku da tnye psl cd free lg nie..
    waahahaha ;P

    ReplyDelete
  11. Aku still tidak boleh melupakan Windows kerana kerja-kerja (di tempat kerja) aku masih memerlukan perisian yang memang khusus dibuat dalam environment Windows. So tak boleh nak melupakan Windows sebegitu sahaja.

    ReplyDelete
  12. aku pakai ubuntu, tp adik aku pakai windows psl nak kena guna autocad...aku dua2 leh guna. org kata tak salah kalu belajr lebih. ilmu gak tu.

    ReplyDelete
  13. zul telah ceritakan pengalamannya, aku pasti kisah di atas juga dialami oleh setiap pengguna baru open source.

    sedikit coretan dari pengalaman sendiri. aku mula kenal komputer ketika berumur 11 tahun. masa tu masih windows 3.1 dan tetikus masih TERAMAT asing.lama mendiam, aku berkenalan semula dengan komputer masa buat diploma, time tu pegang tetikus pun menggigil lagi (era pentium 2, windows 98).

    dengan pantas aku dah mahir tahap expert dalam kerja2 godek2 pc (windoze) sampaikan cd key tu pejam mate pun dah boleh taip. boleh kata expert dalam hardware dan juga software.

    nak jadi cerita, masa melawat pc fair anjuran PIKOM yang pertama sekali diadakan di PWTC (tahun 1998 kalau tak silap), aku terjumpa satu booth yang dipenuhi oleh sekumpulan (dalam 5 org) salesman berbaju hitam - siap ade gambar penguin kat depan dan 'LINUX' kat belakang.

    memang mase tu naif sungguh, tapi disebabkan genetik aku yg memang dahagakan informasi, balik rumah terus carik dalam internet. dengan kelajuan dial-up yg amat pantas era itu (ingat lagi tak dengan modem 56k, hehehehe), aku pun mulalah mendalami LINUX.perlu diingat yer mase tu pakcik google belum bermaharajalela lagi, so banyak gune yahoo, lycos dan juge altavista.

    sebab dial-up 'TERLALU LAJU' ketika itu, distro yg aku cube download (RED HAT) tak pernahnye siap. alternative lain, aku ke plaza imbi (low yat masih budak hingusan, tak macam sekarang), dan secara kebetulan terjumpa cd LINUX - MANDRAKE - ade 3 cd.

    tanpa bantuan malahan rujukan (macam zul gak), aku pun cube install dalam pc pentium 2, 450 GHz - dan hasilnya selepas 24 jam mencuba tanpa henti aku berjaya JALANKAN LINUX dari pc antik aku tadi. dan paling best, sambungan internet juga berjaya dilakukan (sebab aku guna external modem).

    kalau diingatkan balik, rase terharu pun ade. sebab tu sampai sekarang cd mandrake tu (sekarang dah tukar jadi MANDRIVA) masih lagi disimpan rapi tanpa tercalar sikit pun.

    tu baru cerita permulaan, yg seterusnya sampai kini mungkin aku akan ceritakan lebih lanjut kemudian.

    kepada yang masih terikat dengan windoze, mulakan dengan dual boot dulu. itu pun dah cukup. insyaallah, lame2 sok bleh tinggalkan terus windoze tu.

    langkah seterusnya - mulakan kewajipan kita untuk contribute semula kepada komuniti sumber terbuka.

    ReplyDelete
  14. akhirnya pda arini aku tlah berjaya install ubuntu spnuhnya tanpa bantuan wubi... agak nervous gak.. tapi puas atila... bleh ajar member2 pasnie... :D my laptop official dualboot winxp+ubuntu.. bkn gna wubi lagi.. hehehhe

    ReplyDelete
  15. aku pnye story pulak mcm nie (nak gak story...hehe)
    mse mule2 kenal Linux nie mse aku ngah dok gile beli CD game pc dlu..
    selak pnye selak nampak le satu CD yang agak pelik - Redhat Enterprise 7..ade laa dlm 5 CD..
    aku ngan kekayaan mse tu (baru dpt duit raye..joli sakan) beli laa CD tu..
    niat nak tau mcm mne laa game tu..
    mentaliti budak2..game memanjang..haha..
    skali aku bukak CD tu tak leh install daa..
    nak rse buang dlm tong pn ade gak..
    tp niat ati sinpan aje laa dlu..
    stahun kmudian aku da blajar booting BIOS..
    mse tu laa aku terbace tentang Lunix kat laman web..
    tp zaman tu da ade streamyx 512k..
    skali terbaca laa psl Redhat nie..
    aku pn ape lg..cube laa startkan..
    mse tu aku mmg gubra ttg linux, aku terdelete segala hal ttg windows kat PC aku tuu..
    da le ade game pebret aku dlm windows mse tuu..
    bleh terdelet plak..
    bile time pkai Redhat, menggelabah sakan..haha..
    ape aku buat pastu, aku format blk jdi XP semula..
    sebab tak memahami langsung gune Linux nie..

    tahun 2005..
    aku pi pc fair kat JB mse tu..
    mak aku dlm niat kononnye nak beli laptop lerr..
    mse dok survey laptop..aku ade prasan 2 bujik laptop..
    IBM Thinkpad (skarang da Lenovo pnye dah) running Ubuntu ngan Xubuntu..
    aku pn dengan penuh buntu tnye laa brader salesmen nie "amende nie bang?"..
    diorg ckp sistem pengoperasian, macam XP tapi lain pengeluar..
    aku pn ape lg..buat bodo aje lerr (ye le mse tu ngah fanatik ngan Vista lagi)..

    2 bulan kemudian..
    aku dengan rasminya memformat PC aku kembali ke XP selepas 2 hari guna Vista..
    sakit ati gne vista sbenarnye..
    pastu pakcik merangkap boss aku tunjuk satu video kat youtube..
    video ade tunjuk cubic display..tertarik aku dibuatnye..
    last video tu die kluar "Ubuntu Dapper Drake (Beryl)"..
    aku cpt2 cari amende laa Ubuntu nie..
    last2 jumpe website canonical..
    dengan gelojohnye aku donload ISO Ubuntu sbb tak sabar ship CD Ubuntu..hehe..
    first aku nak buat dalam Ubuntu nie - tentunya Cubic Display..
    dengan peningnye aku mencari laa bagai nak rak..
    dari website beryl sampai laa ke comiz..
    aku try laa ikut tutorial Dapper walaupun aku gne Fisety..
    bosan asyik tak dpt..wobbly window dpt pn ok laa mse tuu..
    bile da upgrade Gusty, aku kebetulan mse tu aku buat kat laptop pakcik aku..
    skali ntah mcm mne..dapat laa..
    sehinggalah kini aku da mampu buat silinder dan menguasai beberapa distro linux..
    Ubuntu, Xubuntu, Kubuntu, Mandriva, OpenSUSE, Redhat (aku da pkai Ent. 9 dah)..
    tp sampai skrng aku mencari 5 CD Redhat Ent. 7 aku dlu..
    mne menghilang ek??

    ReplyDelete
  16. @are rich k : hehe...besala 2.. ssh nk lepas 100% windows... bagus2...truskan promosi anda...hehe

    @jipang : erk? mmber ko yg mana? cd ari 2 ada lg kan?hehe

    @cyperhackz ; oo ic..nk wat camner..dual boot dh ok dah..haha..

    @pujangga : ic2..autocad xde dlm ubuntu..nk wat camner...haha

    @rizq : waaa...pnjang kisah ko...ermm...aku pk balik, bez gak letak kisah2 camni dlm emaj...hahaha

    @are rich k : erk? sblm ni guna wubi ker? ala snang jer kan install scara biasa xguna wubi...hehe

    @jipang : haahaha...klakar cite ko..bagus2..nnti cite2 camni leh letak lam emaj...msti menarik glerr...wakakak

    ReplyDelete
  17. heheh.. yup... tapi bla kuar error tadi msa load ubuntu (install guna wubi, mgkn tergrak lak fail2 die msa defragment gna windows).. x detect.. uninstall trus dan ngan langkah berani mati trus install ubuntu.. wat dualboot... skang da x risau aper2 da... full feature ubuntu.. hohohoho
    dan x risau da psal virus dlm pendrive member.... hehehehe

    ReplyDelete
  18. salam... syah pun nak citer gak... tapi nanti la bile dah senang nanti... huhuhu...

    ReplyDelete
  19. Pujangga,

    Dalam ubuntu masih ada QCad. Tapi satu masalahnya, QCad masih belum boleh save kepada extension *.dwf.

    Zul,
    Ada tak perisian yang setanding dengan Adobe Flash dalam persekitaran Ubuntu?

    ReplyDelete
  20. @are rich k : ooo...aku xpnah guna wubi nih..aku dapati mcm wubi ni kadang2 xstabil atas windows..bebrapa org ada maslah ngn wubi..

    @syah : hahha..cite jgn xcite...

    @mustakim : perisian flash aku xprnah jmpe utk linux...ntah la...

    ReplyDelete
  21. Buat pengetahuan zul, adobe flash ni memang boleh run atas platform wine, namun, pirate!.hehe..tu yang nak cuba software lain yang open source

    ReplyDelete
  22. @mustakim : ooyeke..altenatif kpd adobe flash xpnah jmpe le bro..plik jgk ek..huhu

    ReplyDelete
  23. walaupun aku kurang minat guna ubuntu, tapi kerja2 aku memaksa aku menggunakan ubuntu so terpaksa la aku godek2 and selongkar2 aper yg ada dalam ubuntu..

    1st: SLES/SLED
    2nd: RHEL
    3rd: Ubuntu
    4th: byk lagi la aku kena support cth: Fedora,Mandriva,Linpus,Ubuntu Remix,Redflag, AsiaNux,Opensuse.etc.. dan sbb tu la susah bagu aku nak specalist on one distro jer..tapi aku nak expert kan diri on SUSE/Novell - NCLP is coming soon...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...