Thursday, September 04, 2008

Circular Application Menu dalam percubaan

Pembangun aplikasi saya kira cukup kreatif dalam meneroka dan menghasilkan konsep baru dalam setiap aplikasi mereka. Yang pastinya perbezaan konsep ini menambahkan pilihan untuk dicuba oleh "end user" dan pengguna ini boleh membuat pilihan konsep manakah yang paling sesuai untuk diri mereka. Gnome-do misalnya direka untuk mereka yang lebih menyukai keyboard dari mouse dan sebagainya.

Saya menemui satu lagi konsep melancarkan aplikasi dan saya kira konsepnya cukup kreatif - Circular Application Menu. Aplikasi yang masih dibangunkan dan belum mencapai versi stabil ini boleh dipasang kedalam ubuntu dengan mendownload DEB package di : C-A-M @ getdeb.com.



Saya tidak memilih untuk mengatakan bahawa konsep ini sesuai untuk anda. Tetapi ia berbaloi untuk dicuba dan mungkin menambah produktiviti anda juga.

Aplikasi C-A-M setakat ini agak tidak stabil dengan sering quit unexpectedly. Stakat ini juga masih tidak ada fungsi preferences untuk menukar penetapan aplikasi, saiz bulatan, warna, theme dan sebagainya.

5 comments:

  1. seperti yg telah diberitahu sebelum ni, aku lebih suka plain ubuntu, lebih enak dan lazat yum yum yum..

    agak2 C-A-M tu makan memory tak?

    ReplyDelete
  2. @rizq : stiap org ada taste tersendiri..sbb 2 bagus kalau ada pilihan..hehe..

    spatutnya makan memori sket..

    ReplyDelete
  3. ape fungsi die ek? masih blur lagi nih... huhuhu...

    ReplyDelete
  4. @syah : sbg menu lah...mcm menu biasa jer. cuma konsep dia len sket..

    ReplyDelete
  5. owh... nanti syah cuba carik video die dalam youtube... huhuhu...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...