Wednesday, September 17, 2008

Beberapa Update Terkini

Beberapa hari yang memerlukan semangat yang tinggi, tetapi diri sendiri tidak mempunyai semangat setinggi yang diperlukan. Apapun saya telah melakukan beberapa perkara untuk melunaskan beberapa hari ini dengan lebih bermanfaat - agar sesuatu yang dirancang itu sentiasa berada diatas landasan yang tepat.

E-MAJ

Saya telah siapkan layout scribus yang asas untuk digunakan dalam edisi kedua nanti. Nantinya penulis emaj hanya perlu menyesuaikan panjang artikel dengan layout tersebut dan elemen lain boleh ditambah dengan bebas. Saya juga memikirkan bahawa emaj memerlukan identiti yang esklusif. Benda pertama yang saya fikirkan ialah logo. Saya telah cuba untuk design supaya logo emaj tidak lari dari konsep ubuntu dan mempunyai ciri ke-malaysia-an. Hasilnya adalah seperti diatas. Agak amatur? hehe..apapun saya berjaya menghasilkan 3 kelopak bunga raya jika anda perasan!

Pembayaran Tshirt Ubuntu
Ramai yang bertanya altenatif kepada bank islam untuk membuat pembayaran. Sebenarnya jika anda mempunyai bank CIMB atau Maybank2u, anda masih boleh membuat transfer interbank secara online.

Sebenarnya saya ada cerita menarik berkenaan bank. Mengutuk sesetengah polisi pihak bank bukanlah hobi baru saya dalam blog ini. Namun apabila polisi tersebut menyusahkan ketahap yang tak terkawal, maka saya terpaksa membuat kutukan bernas. Terdapat sebuah bank yang femes yang apabila saya ke kaunter pertanyaan untuk membuka akaun baru, perkara pertama yang terpacul dari mulut pegawai kat situ ialah "Awak keje apa?". Kok ye pun itu yang nak ditanya, cakap la "selamat datang" ke dulu, "boleh saya bantu" ke dulu dan sebagainya. Tetapi terlalu obses kepada polisi "anda perlu ada pekerjaan baru boleh buka akaun" menyebabkan saya menjawab sinis "owh ini polisi bank kat malaysia sekarang?", lalu blah dengan muka 100% tak puas hati.

Di Bank Islam, layanan yang diberikan cukup berbeza dengan setiap tutur kata pelanggan samada baru atau lama didengar dengan penuh teliti. Tiada unsur menyusahkan, tiada karenah birokrasi yang menjerut seperti yang diamalkan oleh bank pertama tadi.

Tshirt Ubuntu
Saya masih menerima pertanyaan tentang tshirt ubuntu samada masih ada atau tidak. Kebarangkalian untuk saya menempah tshirt ubuntu untuk kali kedua adalah tinggi. Kali ini saya bercadang untuk mendengar cadangan pembaca iaitu dengan menyediakan option bagi warna - mungkin bagi yang sukakan warna tertentu sila nyatakan dalam ruangan komen untuk proses adunan warna. Yelah, kalau baju warna hitam takkan nak font pun warna hitam.

Kalau nak tshirt tersebut dengan harga murah, kita ada beberapa pilihan samada menempahnya dengan bilangan yang banyak atau mengurangkan bilangan warna. Namun logo ubuntu sahaja dan 3 warna dan ditambah dengan warna font. Lalu satu-satunya cara yang ada ialah dengan menambah bilangan tempahan. Pun begitu saya tidak bercadang untuk menempah buat kali kedua dalam masa yang terdekat. Mungkin selepas Intrepid Ibex dikeluarkan.

13 comments:

  1. baik tunggu Jaunty Jackalope jer..hahaha..tapi kesian kat budak2 yg xsabar nak dapat baju tu hahaha...

    ReplyDelete
  2. kalu tunggu Jaunty Jackalope.. jawabnyer.. hemmm... hehe

    ReplyDelete
  3. zul, aku dah pindah masuk duit...untuk bayaran baju tu...baru td!. periksa email anda. ;)

    ReplyDelete
  4. 9.04 lmbat lagi tuu.. budak2 ni ramai yg xsabar..hehe..puasa2 pun xsabar...ishk2..

    @harith : ok thanks..aku dh accept.

    ReplyDelete
  5. hahaha alangkah ruginya saya tak dapat baju tu...tempahan dah tamat rupanya...kalau ada lagi please kasik tau....

    ReplyDelete
  6. zul, bayaran dah dibuat, dah accept ke? hehe..

    ReplyDelete
  7. Cantik logo E-maj tu...tp aku rasa kaler dia nampak agak pudar ler, apakata kau terangkan ckit...

    ReplyDelete
  8. aiseh beb...nak gak t-shirt hitam...xper..next time aku beli lg kot..

    ReplyDelete
  9. kau dah check mail kau ker aritu zul..aku pun dah bayar dah...

    ReplyDelete
  10. apa kata semua yang berbakat dalam design ..menghantar design masing2 untuk projek baju ubuntu..
    ade brani?

    ReplyDelete
  11. ptptpu da kuar.. bleh bayar da.. huhuhuhuhu... nanti aku bayar kat atm bimb...

    ReplyDelete
  12. wat baju y berkolar ke.. bleh gak aku bawak p kuliah... :D

    ReplyDelete
  13. hohoh nasib baik la buat pembayaran guna bimb.. hoho senang sket keje ku.. hohoho sedang menunggu T-Shirt muncul di depan rumah ku....

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...