Masalah ini hanya berlaku jika saya install KDE kedalam ubuntu yang menggunaan Gnome. Sehingga sekarang, saya memang blurr tentang penyelesaian dan tidak tahu lansung apakah punca kepada masalah ini. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh fail .gtkrc-2.0-kde secara 'ajaibnya' menggantikan .gtkrc-2.0. Namun saya dapati (bagi kes saya) kedua-dua fail berkenaan tidak wujud lansung dalam sistem saya!
Oleh itu saya berfikir beberapa perkara yang seharusnya difikirkan oleh pembangun ubuntu dan pembangun perisian linux iaitu;
1)Aplikasi recovery. Jika sistem anda rosak atau 'cedera' kerana anda mengubah beberapa setting atau memasang sesuatu yang berconflict dengan sistem, aplikasi recovery akan membenarkan anda kembali kepada keadaan sebelum ia rosak atau cedera. Saya pernah menggunakan fungsi ini dalam windows xp tetapi tidak pernah menemui sesuatu sepertinya dalam linux.
2)Menyelesaikan isu integrasi. Terdapat beberapa perisian yang saling berkongflik dengan perisian lain. Contohnya compiz yang sering bermasalah dengan game dan sebagainya. Saya perasan pembangun perisian dalam linux membangunkan sesuatu aplikasi tanpa mengambil kira suasana persekitaran.
Jika anda ada maklumat tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah diatas, sila respon kepada entry ini.
mungkin ni bug @ pepijat dalam GNOME dan KDE kot?
ReplyDeletesaya pun penah gak alami problem nie.saya pun tatau which one yg selesaikan masalah nie. main try and error jer.
ReplyDeleteapa yg saya buat :
masa nak logon tuh, click kat Option->Select Session -> Run XClient Script. pastu logout, pastu buat lagi sekali. Option->Select Session-> GNOME.
masalah ne de wat ubuntu cam hang skit ke?? sbb aku lepas aku update,aku nye ubuntu jadi cam lambat.. pelik gler.. bila nak wat 3d desktop @ buka application dia jadi cam lambat dari kebiasaan.. aku pun x tau nape..:(
ReplyDeleteEdit your xorg.conf.
ReplyDelete@arejae : aku dah buat...xde pe2 perubahan...
ReplyDelete@mustakim : nak edit ape? x.org ada kawal gnome dan kde ke?
Zul, posting kat atas tu untuk fidodido. Utk zul saya tak pernah alaminya selama saya guna ubuntu ni. cuba sudo apt-get install ubuntu-desktop dan kemudian cuba remove kubuntu-desktop dari sistem.
ReplyDelete@mustakim : ic2..haha.. hmm aku dah reinsall ubuntu-desktop. tp aku lom remove kubuntu-desktop. stakat ni xde penyelesaian.. aku rasa setting bagi session yg bertukar ni. tp aku xtau ktne nak edit...
ReplyDeleteaku ade try gne interface kde kat dlm gnome..
ReplyDeletelast2 skali ade conflict kde dgn gnome..
nak xnak aku format blk laptop aku pas2 reinstall ubuntu..huhuhu
Zul, kalau dulu slackware xsession semua dekat /etc/inittab, tapi untuk ubuntu ni saya tak tahu plak kat mana nak edit session tu..
ReplyDeletehttp://ubuntuforums.org/showpost.php?p=921586&postcount=2 mungkin ada kaitan...
ReplyDeletesalam all...aku dah try smua yg dicadangkan tp xde perubahan pape..huhu
ReplyDeletecuba tukar theme balik pun x boleh?
ReplyDeletethen just apt-get remove ubuntu-desktop & kubuntu-desktop dari receovery mode and install balik tengok.
anyway, i install kubuntu-desktop kat ubuntu i, x pernah ade masalah macam ni. PC i ade fluxbox, gnome dgn kde bersama, tapi x pernah nampak masalah ni.....
anyway, i masih lagi guna gutsy, mungkin kat hardy ade masalah ni je....
zul,adakah demo sudah jumpa solution utk problem nie ?
ReplyDeletesebabnya,kawe pun mengalami masalah nie dan tak berjaya nak solve after upgrade to Intrepid.
@arejae : lom lg bro..aku format lain..pastu aku try seboleh mungkin xinstall kde...huhu
ReplyDeleteok thank you zul. mmg tak bleh nak solve lar kot melainkan format balik.ehehe..oklah.tunggu 8.10 keluar jer lah baru buat. :)
ReplyDelete