Friday, September 19, 2008

Pra-lihat E-Maj edisi seterusnya

Alhamdulillah, dengan serba kesempitan saya sempat menyiapkan template scribus bagi E-Maj ubuntu untuk edisi seterusnya. Template ini bakal disertakan dengan panduan umum dan khusus yang akan disiapkan sedikit masa lagi. Kemudian, saya akan edarkan panduan beserta template termasuk fonts dan perkara-perkara berkaitan lain kepada team penulis & penyumbang emaj. Imej berikut merupakan "mock-up" kepada cover depan E-Maj edisi kedua.



Imej berikut merupakan pra-lihat kepada kandungan E-Maj beserta dengan sedikit panduan ringkas berkenaan fonts yang digunakan.




Untuk makluman, saya sedang mengumpul team E-Maj samada penyumbang artikel (penulis), penyubang grafik, dalam semua lapangan yang difikirkan wajar. Saya berkira-kira untuk mengumpul tidak kurang dari 5 orang dan tiada had maksimum. Jika berminat, sila hantarkan email kepada saya di zul.malc [@] gmail.com.

Saya bertanggungjawab membekalkan panduan dan pengetahuan yang cukup untuk anda menyumbang kepada E-Maj. Saya benar-benar berharap dapat mengumpulkan team dan menjayakan projek E-Maj ini dalam bulan 11, 2008.

15 comments:

  1. tahniah kerana emaj dapat diterbitkan untuk edisi ke-2..
    walaupun penerbitannya secara maya..
    tp maya karin da kawen laa..
    haha (tk de kene mengene langsung)..

    p/s:nnt aku try buat artikel psl envy ;P

    ReplyDelete
  2. quite nice the content

    ReplyDelete
  3. tahniah, harap ramai lagi komuniti yg dapat menyumbang...tp apasal E-maj tu bkn dlm bahasa Melayu

    ReplyDelete
  4. namapun pra...kasi tgk sikit2 jer...macam circle jer aku tgk

    ReplyDelete
  5. dihujung sebelah kanan perkataan "Berita" tu...logo apa la? ;)

    ReplyDelete
  6. dihujung sebelah kanan perkataan "Berita" tu...logo apa la? ;)

    ReplyDelete
  7. cantik...cantik...tapi Zul. Gambar tanduk tu nampak cam sesungut sotong raksasa lak..:D mngkin leh 'adjust' sikit...emmmm...sekadar cadangan.

    ReplyDelete
  8. zul. tak nak guna ke font open source ..?

    gentium book basic ngan andika font ?..

    ReplyDelete
  9. untuk makluman zul.. Andika lebih kurang arial, manakala Gentium Book basic lebih kurang times new roman..

    Andika sesuai untuk tulisan dalam skrin komputer manakala gentium sesuai untuk hard copy.. memang cantik kalau guna gentium untuk majalah ( print out ) ..

    ReplyDelete
  10. @adi : thanks bro...baru tau pasal ni.. aku tgh pkkan smua yg aku guna utk projek ni adalah bnda2 yg free dan kalau bleh open source..

    ReplyDelete
  11. salam..zul..aku de probs la nak replace ubuntu dalam boot loader aku.. aku da try guna easyBCD tuk install GRUB Balik.. hasil nya still x leh gak... pening aku.. tuk pengetahuan zul aku install ubuntu dalam windows.. aku de usik setting kat msconfig window.. reboot trus masuk window.. x leh nak select boot.. please..aku da keUBUNTUan... sape2 tau email la kat aku.. firdausazizan@gmail.com

    ReplyDelete
  12. fido : cuba ko emel msconfig ko kat aku. editor@jomlinux.com

    ReplyDelete
  13. Saya peminat melayubuntu. Teruskan usaha yang baik ni.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...