Posts

Showing posts with the label emajalah

E-maj ubuntu untuk malaysia edisi ke-2 : Dalam pembikinan pesat!

Selepas menerbitkan E-maj edisi pertama pada 1 Mei 2008, saya mendapat respon yang cukup positif dari pembaca e-maj diseluruh negara. Saya pergi ke Shahputra, FOSS.MY 08, CIAST, Ubuntu Meetup - kemana sahaja saya pergi pasti ada soalan "edisi kedua bila nak keluar?" Saya terkejut apabila e-maj bukan sahaja dibaca oleh pembaca biasa, malah turut ditatap oleh otai-otai linux seantero malaya. Sekitar bulan 9 2008, saya mula menggerakkan beberapa inisiatif kearah menjelmakan edisi kedua bagi emaj seperti yang anda boleh baca dalam entry ini . Saya berjaya mengumpul lebih dari 5 orang yang memberikan minat untuk menyumbang melalui email. Apabila saya mula ingin menggerakkan kerja penghasilan emaj, kebanyakkan penyumbang gagal memberikan komitmen. Disini saya belajar dari pantun melayu klasik; Apa diharap padi seberang, Entahkan jadi entahkan tidak, Apa diharap kasih (baca : komitmen) orang, Entahkan sudi entahkan tidak! (note : agak pedas. sori) Selepas itu, saya terbitkan Manual ...

Memperkenalkan Dropbox Linux dan Panggilan untuk semua penulis emaj

Image
Apa itu Dropbox ? Cara mudah berkongsi dan menyimpan fail anda secara online. Kebaikan Dropbox? Senang diurus: Senang digunakan dan ia buat kerja pada background Senang dikongsi : Berkongsi fail dengan sesiap sahaja dengan 2 klik Sync secara automatik : Letakkan kedalam dropbox folder dan ia akan auto sync Photo : Generate photo anda secara automatik dan boleh dikongsi dengan orang lain Access ke fail anda dimana sahaja anda berada Selepas memasang ( klik disini untuk proses pemasangan ) dropbox dalam ubuntu, restart dan dropbox akan mendownload beberapa fail setting ke ~/.dropbox. Selesai sahaja proses itu, satu folder bernama Dropbox dalam direktori home dan muncul tetingkap untuk setup akaun. Dropbox sangat mudah, hanya perlu drag&drop fail kedalam folder dropbox untuk uploadnya ke server. Bagi setiap akaun, anda mempunyai ruang sebanyak 2GB. Fail sedang di sync dan selesai sync Tidak kira sistem operasi apa anda gunakan, anda boleh gunakan dropbox menggunakan akaun yang sama da...

Download Panduan dan Template Scribus E-Maj!

Image
Selari dengan beberapa post yang ditulis oleh saya sebelum ini berkenaan E-Maj, hari ini saya kongsikan panduan penggunaan sribus dan template scribus yang bakal digunakan untuk E-Maj edisi seterusnya. Beberapa sebab mengapa saya 'release'kan kesemua ini kepada umum; Jika anda kreatif, edit template tersebut kepada sesuatu yang lebih menarik dan share dengan saya sebagai dokumen open source Jika anda merasakan diri anda layak, hantarkan email kepada saya untuk menjadi sebahagian dari team emaj Jika anda tiada pengetahuan tentang cara menggunakan Scribus, panduan ini dapat memberikan anda pengetahuan ringkas Jika anda orang kategori 4, download dan fahamkan bagaimana E-Maj bakal diterbitkan untuk edisi seterusnya Jika anda boring dalam kategori 5, download dan baca apa yang patut kemudian delete apabila file ini tidak diperlukan lagi Download : Panduan Emaj Password : melayubuntu Jadikan perkongsian ini sesuatu yang membawa kebaikan. NOTE : Saya lakukan kesemua ini dengan perc...

Pra-lihat E-Maj edisi seterusnya

Image
Alhamdulillah, dengan serba kesempitan saya sempat menyiapkan template scribus bagi E-Maj ubuntu untuk edisi seterusnya. Template ini bakal disertakan dengan panduan umum dan khusus yang akan disiapkan sedikit masa lagi. Kemudian, saya akan edarkan panduan beserta template termasuk fonts dan perkara-perkara berkaitan lain kepada team penulis & penyumbang emaj. Imej berikut merupakan "mock-up" kepada cover depan E-Maj edisi kedua. Imej berikut merupakan pra-lihat kepada kandungan E-Maj beserta dengan sedikit panduan ringkas berkenaan fonts yang digunakan. Download Pra-lihat E-Maj (Fail PDF) Untuk makluman, saya sedang mengumpul team E-Maj samada penyumbang artikel (penulis), penyubang grafik, dalam semua lapangan yang difikirkan wajar. Saya berkira-kira untuk mengumpul tidak kurang dari 5 orang dan tiada had maksimum. Jika berminat, sila hantarkan email kepada saya di zul.malc [@] gmail.com. Saya bertanggungjawab membekalkan panduan dan pengetahuan yang cukup untuk anda me...

Cadangan rangka kerja E-Maj untuk edisi seterusnya

Selepas terbitnya emaj edisi pertama pada 1 Mei 2008 dan hingga ke hari ini, saya tidak putus-putus menerima respon dan cadangan untuk memperbaiki dan seterusnya merealisasikan versi seterusnya. Untuk catatan, sehingga kini emaj menerima 3467 bilangan download secara terus dari savefile.com dan box.net dan lebih dari 9000 view bacaan online di Scribd.com. Ianya angka yang cukup memberansangkan untuk sebuah emajalah edisi pertama apalagi ia ditulis dalam bahasa melayu dan tentang satu sistem operasi yang cukup asing dinegara yang cuma mempunyai 27 juta penduduk sahaja. Oleh kerana potensi mendatang yang besar dengan open source yang mula mendapat tempat dipejabat-pejabat kerajaan dan sekolah, saya bercadang untuk berkerja kearah versi seterusnya - bukan seorang diri tetapi secara berkumpulan dengan kerja yang lebih tersusun dan teratur. Lalu saya gariskan beberapa panduan asas seperti berikut untuk versi seterusnya; 1.Menggunakan perisian Open Source sepenuhnya dalam penghasilan OpenOff...

E-Maj Ubuntu for Malaysian Edisi Pertama

Image
DOWNLOAD - versi 20MB DOWNLOAD - versi 7.9MB Baca Online Mirror Joomla.my Thanks 2 Shaifful.md Dengan rasminya saya disini menerbitkan sebuah majalah elektronik yang saya namakan sebagai "E-Maj Ubuntu for Malaysian" secara PERCUMA untuk ditatap oleh pembaca blog melayubuntu sekelian. Anda bebas review diblog masing-masing, copy dan mengedarkannya, upload ke mana-mana website torrent dan sebagainya diatas semangat ingin mempromosikan ubuntu kepada umum. Saya telah berfikir akan cara bagaimana untuk monitor akan jumlah download yang akan diterima oleh Edisi Pertama ini namun buntu. Jika sesiapa mempunyai idea, sila bagi respon. Sebarang sumbangan dalam bentuk idea, kritikan konstruktif, design konsep, mahupun wang ringgit adalah dialu-alukan diatas matlamat untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari edisi pertama ini. Edisi pertama ini dihasilkan dengan pelbagai rintangan termasuk keputusan internet, kekurangan sumber, kekurangan pengalaman dan bakat, kesuntukan masa dan ...

Download e-Majalah Melayubuntu V.0.1(beta)

Image
Masih banyak perkara yang perlu dieksperimenkan.Mungkin ini edisi mukaddimah kearah versi-versi lain yang lebih lengkap, panjang, menarik dan mudah difahami.Saya postkan versi percubaan ini dengan beberapa tujuan iaitu inginkan respon pembaca dari segi; wajarkah sesuatu seumpama ini(emajalah) ini wujud? adakah design dalam versi ini melampau? adakah pendekatan straight to the point itu sesuai? Berapakah bilangan muka surat dan saiz file pdf yang sesuai? Apakah emajalah boleh dikomersilkan?Jika ya, berikan sebab dan harga yang patut diletakkan utk setiap keluaran. Bla bla..banyak benda masih dalam peringkat eksperimentasi...terimalah seadanya =) NOTE:Sumpah aku xreti design..huhu Telah didownload : 390x and counting.. Berikan respon anda dalam ruangan komen.Terima Kasih!