Sunday, September 07, 2008

Review ringkas VirtualBox 2.0

VirtualBox merupakan perisian "kotak maya" yang membolehkan penggunanya memasang sistem operasi maya didalam sistem operasi "host". Sistem operasi maya yang disokong oleh virtualbox termasuklah semua keluarga sistem operasi windows (termasuk windows server), semua keluarga linux, BSD, Solaris dan sebagainya kecuali Mac OSX.

Baru-baru ini Sun Microsystems mengumumkan terbitnya virtualbox versi 2.0 dan boleh didownload dan digunakan secara percuma dalam kebanyakkan sistem operasi termasuklah windows, linux dan mac osx. Antara pembaharuan yang boleh didapati dalam versi 2.0 termasuklah;
  • 64 bits guest support (64 bits host only)
  • New native Leopard user interface on Mac OS X hosts
  • The GUI was converted from Qt3 to Qt4 with many visual improvements
  • New-version notifier
  • Guest property information interface
  • Host Interface Networking on Mac OS X hosts
  • New Host Interface Networking on Solaris hosts
  • Support for Nested Paging on modern AMD CPUs (major performance gain)
  • Framework for collecting performance and resource usage data (metrics)
  • Added SATA asynchronous IO (NCQ: Native Command Queuing) when accessing raw disks/partitions (major performance gain)
  • Clipboard integration for OS/2 Guests
  • Created separate SDK component featuring a new Python programming interface on Linux and Solaris hosts
  • Support for VHD disk images
dan juga membaiki beberapa masalah yang dikenalpasti;
  • VMM: VT-x fixes
  • AHCI/SATA: improved performance
  • GUI: keyboard fixes
  • Linux installer: properly uninstall the package even if unregistering the DKMS module fails
  • Linux additions: the guest screen resolution is properly restored
  • Network: added support for jumbo frames (> 1536 bytes)
  • Shared Folders: fixed guest crash with Windows Media Player 11
  • Mac OS X: Ctrl+Left mouse click doesn’t simulate a right mouse click in the guest anymore. Use Hostkey+Left for a right mouse click emulation. (bug #1766)
VirtualBox 2.0 dan ubuntu hardy heron 8.04.

Jika anda ingin memasang virtualbox didalam hardy heron, sila download fail virtualbox 2.0 dari laman web rasminya. Saya dapati versi virtualbox yang terdapat dalam repositories mendatangkan sedikit masalah dalam penggunaan. Oleh itu, jangan install virtualbox yang terdapat dalam repo.

Versi 2.0 ini akan menetapkan current user kedalam group pengguna virtualbox secara 1 klik. Dalam versi sebelumnya, pengguna harus menetapkannya secara manual melalui users settings.

Selepas anda menetapkan ruang partition maya dengan klik pada butang "new" dan proses itu selesai, jangan lupa untuk pergi ke settings > CD/DVD-ROM > dan enablekan pilihan "Mount CD/DVD Drive" jika anda ingin install sistem operasi maya melalui CD/DVD. Untuk tutorial lengkap berkenaan cara memasang sistem operasi dalam virtualbox, sila ke artikel berkaitan dalam senarai artikel dibawah.

19 comments:

  1. virtualbox ni leh pasang vista ke? dulu aku cuba tak leh lah. vista ada sekuriti apa entah smpi tak leh. aku suka guna ubuntu pastu install beberapa os dalam virtualbox. dah tu tunjuk kat kawan2 rs belagak sikit.

    ReplyDelete
  2. salam... bile la time syah pulak nak try virtualbox ni... huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Virtualbox ini agak berat bila melarikan sesuatu virtual OS.Saya RAM 1.5GB pun masih terkedek-kedek bila melarikan windows XP dalam virtualbox

    ReplyDelete
  4. Aku pakai virtualbox dalam ubuntu juga, setakat ini aku berpuas hati, tapi virtualbox ni tak boleh buat "clone" cam VMware Virtual Machine buat ke?

    ReplyDelete
  5. huhu. i did install this Version into my Mac and it seems that, they had this feature called "Seamless", which is the same for Parallels "Coherence" and VMware Fusion "Unity". I love this feature!

    p.s: the performence of Seamless still cannot beat those two pioneers. huk huk :(

    ReplyDelete
  6. @pujangga : niat nk belagak,ptt xbleh..haha..(gurau jer)...aku xpasti la guna VB nih, tp aku pnah tgk ok jer vista dlm virtual..

    @syah : uiks..xpnah try ke syah? try la skali..install xp..haha

    @mustakim : hmm...ntah la..aku ram 1gig jer...berat jugak la sket2..hehe

    @harith : clone 2 camne plak? aku xpnah try VM nih..

    @abdusfauzi : oo yeke? aku xtry lg dlm mac osx aku.. tp logik jgk kalau xleh beat yg berbayar...bnda free kan..

    ReplyDelete
  7. Nak cuba try run VB ni atas platform 64 bit, tapi takde machine.Huhu..zul, pinjam machine 64 bit..

    ReplyDelete
  8. @mustakim : eh...aku mana ada 64bit...smua model lama ni haa...huhu

    ReplyDelete
  9. > melayubuntu : clone tu ialah untuk buat salinan virtual machine yang lain. Jika kita nak guna dua vm ubuntu, cuma perlu install satu ja, pastu clone jadi dua atau lebih.

    Ni ada sikit info, http://www.vmware.com/support/ws5/doc/ws_clone_overview.html

    Ada sesiapa mahir dengan VMWare ESX tak? aku perlu sedikit pertolongan nih.

    ReplyDelete
  10. Harith,

    Ada beza ke VMware ESX dan GSX?Saya pernah configure versi GSX beberapa tahun lepas atas platform RHEL.

    ReplyDelete
  11. @harith : ic2..cam 2 ek...apa bagusnya bleh clone? sbb pada aku, aku hanya nak 1 je utk satu2 virtual OS..ke aku salah fhm?

    @mustakim : GSX ni ape plak? hahaha..

    ReplyDelete
  12. @mustakim : aku pun tak sure GSX tu apa...haha...tp skrg ni tegah pasang ESX (eval je aku ada) dan belajar2 ni. ESX tu cam sebiji server yang menjalankan beberapa sistem operasi serentak. Lebih kurang cam Virtualbox atau VMware workstation gak la. tp ni takda host OS, cuma pakai hypervisor(os yg betul2 ringan).

    Kalau ada 2 server yang kongsi storage (NAS), kita boleh virtual machine(SLES sbg cth) tu dari satu server ke server yang lagi satu tanpa perlu shutdown. Andaikata server yang pertama tu ada problem. Tu salah satu kelebihan dalam VMware ESX yang di panggil vmotion...lebih kurang cam clustering (HA) gak la...

    aku tak pandai sgt nak wat penjelasan.tgk video ni untuk lagi paham

    http://www.youtube.com/watch?v=3-fPU-ajGnM

    Setakat ni aku cuma tahu Toyota ada pakai...gempak juga server room dia.

    ReplyDelete
  13. @melayubuntu: bagi aku cam penting gak, mmg selalu pakai satu je. selalu pakai windows dah selalu jugak rosak kena virus atau corrupt(buat benda2 mengarut)..jadi takyah install lagi. cuma reclone balik..yang installation awal tu jadikan cam master copy..hehe.. tu vmware workstation for linux..leh dapatkan key eval dari website dia (30hari)...request je tiap2 bulan key eval kalau dah nak expired atau nak cdkey pirate..hahhaha...

    ReplyDelete
  14. @harith : ooo....mcm 2 ke.. ye xye..walaupun virtual tp still ada virus ek...hahaha..

    ReplyDelete
  15. @melayubuntu: biasa la windows...paham2 je la.. ;)

    ReplyDelete
  16. VMWare yg best guna utk cluster / sesuai company yg byk application.. kalau ader department yg request nak guna os lain cam g lain guna linux (RHEL or SLES or Oracle) pastu ader yg nk guna tingkap ... saving cost nak beli new server...huhuhu..

    ReplyDelete
  17. VMWare yg best guna utk cluster / sesuai company yg byk application.. kalau ader department yg request nak guna os lain cam g lain guna linux (RHEL or SLES or Oracle) pastu ader yg nk guna tingkap ... saving cost nak beli new server...huhuhu..

    ReplyDelete
  18. @harith : hehe...dh paham lama dah...haha

    @hackers : oo yeke...haha...pape jelah..xtau pape pun..wahaha

    ReplyDelete
  19. Ak lbh biasa guna VM Ware...ak try install VirtualBox, tp shortcut dia tk jmpa..dh install tp tkley pkai just sbb tk jmpa short cut..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...