Posts

Showing posts with the label virtual

Review ringkas VirtualBox 2.0

Image
VirtualBox merupakan perisian "kotak maya" yang membolehkan penggunanya memasang sistem operasi maya didalam sistem operasi "host". Sistem operasi maya yang disokong oleh virtualbox termasuklah semua keluarga sistem operasi windows (termasuk windows server), semua keluarga linux, BSD, Solaris dan sebagainya kecuali Mac OSX. Baru-baru ini Sun Microsystems mengumumkan terbitnya virtualbox versi 2.0 dan boleh didownload dan digunakan secara percuma dalam kebanyakkan sistem operasi termasuklah windows, linux dan mac osx. Antara pembaharuan yang boleh didapati dalam versi 2.0 termasuklah; 64 bits guest support (64 bits host only) New native Leopard user interface on Mac OS X hosts The GUI was converted from Qt3 to Qt4 with many visual improvements New-version notifier Guest property information interface Host Interface Networking on Mac OS X hosts New Host Interface Networking on Solaris hosts Support for Nested Paging on modern AMD CPUs (major performance gain) Framewo...

Pelayar laman web masa depan

Image
Saya bercadang menghuraikan tajuk ini pada 1 April 2008. Namun oleh kerana bekalan internet saya putus ketika saya menulis ayat pertama saya pada hari tersebut, maka saya sambung niat berkenaan pada hari ini. Pelayar laman web atau browser merupakan watak penting dalam perkembangan jaringan internet. Ianya boleh dikatakan kewujudan browser lah yang menentukan banyak hala tuju yang membawa kepada perkembangan teknologi maya pada hari ini. Jika dahulu, browser hanya mampu mempamerkan text dan gambar sahaja, kini hampir semua benda boleh dijelmakan kedalam satu-satu browser. Video (dalam format yang pelbagai), flash, java script, dan bermacam add-ons beserta plug-ins menjadi pelincir kepada pantasnya perkembangan teknologi browser. Saya merujuk kepada beberapa contoh seperti berikut; 1.Adobe Photoshop Express Perisian adobe photoshop telah dijelmakan kedalam browser dengan menggunakan teknologi flash. 2.Blogspot&Wordpress Tempat dimana manusia lebih banyak menulis didalam browser berb...

Langkah kiri Canonical bersama Parallels?

Image
Perisian Parallels merupakan perisian yang sangat popular untuk mac osx dan berfungsi untuk "run" windows dan linux dalam desktop mac osx secara menyebelah tanpa perlu restart komputer.Kelebihan parallels berbanding perisian virtualbox atau VMware ialah keserasiannya dengan host yang tidak menghadkan "OS tetamu" hanya berada didalam window yang terhad. Syarikat penaja Ubuntu, Canonical mula bekerja kearah menghasilkan aplikasi berbayar(commercial applications) dan menjadikan parallels sebagai projek pertama mereka.Menerangkan tentang projek mereka itu, Randy Linnell(consumer services manager) berkata, "kami sentiasa komited untuk menyediakan pilihan kepada pengguna ubuntu". Secara peribadi, saya pernah menggunakan virtualbox dan pernah menulis entry mengenainya disini dan disini .Apa yang saya hairankan, mengapa canonical lebih suka bekerjasama dengan parallels sedangkan virtualbox adalah percuma? Mungkin disana ada sebab konkrit mengapa canonical mula ...

Windows didalam Ubuntu menggunakan VirtualBox

Image
Masih ingat lagi cerita virtualbox dalam entry lepas?Jika dalam tulisan yang lepas, saya menulisnya dalam keadaan tidak pernah mencuba untuk menginstall windows kedalam ubuntu menggunakan virtualbox,artikel kali ini saya tampilkan bukti bahawa saya telah mencuba dan beberapa fakta menarik untuk dikongsi bersama. Secara jujur ingin saya nyatakan terlebih dahulu, saya TIDAK pernah ada pengalaman menginstall windows XP secara fresh kedalam komputer.Sebaik sahaja kerja-kerja memuat turun file windows xp professional melalui torrent selesai > burn kedalam CD dalam bentuk cd image > install virtualbox > setup virtualbox seperti dalam tutorial > kemudian install windows XP Professional ! Seperti yang dapat dilihat, walaupun kita setkan windows dalam virtualbox kepada fullscreen, pengguna ubuntu masih lagi mempunyai space lain untuk ubuntu.Namun ianya tidak semudah yang disangka.Saya percaya bahawa, mungkin tidak semua komputer mampu "run" 2 sistem operasi dalam satu ma...

VirtualBox - Install windows ke dalam Ubuntu

Image
Ok, saya tahu bahawa terdapat sebahagian daripada kita yang hidupnya tidak dapat dipisahkan daripada windows dan terdapat software-software tertentu yang terlalu sukar untuk diinstall kedalam ubuntu biarpun menggunakan wine .Atau mungkin juga kita memerlukan windows untuk bermain game, browse internet menggunakan internet explore 7, merasai kehebatan fungsi YM versi 9.0 beta, webcam, dan sebagainya.Tidak dapat tidak kita terpaksa restart pc dan boot kedalam windows. Tapi bagaimana kalau kita boleh boot kedalam windows tampa memerlukan restart dan kita masih boleh menggunakan ubuntu dalam masa yang sama?Bagaimana kalau windows hanyalah "windows" di didalam ubuntu?Saya merasakan semua orang pasti inginkannya, dapat menggunakan ubuntu, dan dapat juga menggunakan windows dalam masa yang sama! Jika anda di kedudukan itu, VirtualBox adalah penyelesaiannya.Apa yang diperlukan untuk menggunakan windows didalam ubuntu ialah, install VirtualBox, dan kemudian install windows didalam V...