Perisian Parallels merupakan perisian yang sangat popular untuk mac osx dan berfungsi untuk "run" windows dan linux dalam desktop mac osx secara menyebelah tanpa perlu restart komputer.Kelebihan parallels berbanding perisian virtualbox atau VMware ialah keserasiannya dengan host yang tidak menghadkan "OS tetamu" hanya berada didalam window yang terhad.
Syarikat penaja Ubuntu, Canonical mula bekerja kearah menghasilkan aplikasi berbayar(commercial applications) dan menjadikan parallels sebagai projek pertama mereka.Menerangkan tentang projek mereka itu, Randy Linnell(consumer services manager) berkata, "kami sentiasa komited untuk menyediakan pilihan kepada pengguna ubuntu".
Secara peribadi, saya pernah menggunakan virtualbox dan pernah menulis entry mengenainya disini dan disini.Apa yang saya hairankan, mengapa canonical lebih suka bekerjasama dengan parallels sedangkan virtualbox adalah percuma?
Mungkin disana ada sebab konkrit mengapa canonical mula terjebak dalam commercial applications, DUIT!Setakat ini, saya tidak nampak apa-apa sebab mengapa pengguna ubuntu perlu membayar $50 untuk parallels sedangkan virtualbox sentiasa percuma untuk digunakan.Adakah ini langkah kiri bagi syarikat canonical dalam usaha commercial mereka?
Friday, February 08, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
yah..langkah kiri kepada pencinta dunia perisian percuma/bebas..Free Software Foundation..tp masihkah ia open Source??
ReplyDeletemaybe Canonical xcukup duit kot nak support ubuntu.. sebab projek pembangunan ubuntu amatla mengikut waktu..setiap bulan berbanding distro lain yg xde masa tetap kcuali open suse..
kalau tak cukup duit takyah buat yang baru.. hehe.. gurau je.. aku tak tau pape pon pasal canonical.. aku tau gune ubuntu je.. tu pon skit2 je tau..
ReplyDeleteentah la..canonical ni byk duit sbb shutterworth tu bapak kaya...haha..
ReplyDeletederang xleh mungkir janji sbb derang dh janji nak update ubuntu setiap 6bulan...