
Stellarium merupakan perisian yang akan merealisasikan projektor planetarium ke skrin komputer.Ia memaparkan secara realistik paparan langit secara 3D sama seperti anda menatap wajah langit malam dengan mata sendiri atau menggunakan teropong atau teleskop.Tidak cukup dengan itu, kita boleh setkan lokasi kita berada dan boleh menyaksikan kedudukan setiap bintang dan planet secara tepat dengan kadar putaran bumi yang sama dengan keadaan sebenar.
Mungkin ada yang pernah mencuba Google Sky, namun bagi saya google sky agak tidak spesifik.Stellarium sememangnya sebuah planetarium bagi komputer dan ia perisian yang sangat menarik untuk memenuhi ruang kosong harddisk komputer anda.
Installasi
Dalam ubuntu, stellarium terdapat dalam package dan boleh diinstall menggunakan Add/Remove Program.Dalam Mac OSX dan Windows, sila ke website stellarium dan download file installer yang diperlukan.
Bagi yang mempunyai anak/adik kecil yang baru belajar mengenal alam, stellarium adalah perisian yang perfect untuk pembelajaran meningkat daya imaginasi kanak-kanak.Saya terkenangkan zaman kanak-kanak saya.Jika ditanya mengapa saya suka melihat langit yang dipenuhi bintang, ermm..mungkin kerana langit yang dipenuhi bintang mengajar saya erti kekerdilan seorang manusia.. .
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas respon..