Ubah aturan pencarian
Secara default, aturan pencarian pada deskbar applet sangatlah mengelirukan dan bagi saya ianya seolah satu fungsi yang tidak berguna.Namun sebenarnya kita boleh menguruskan aturan item/jenis pencarian bagi deskbar applet supaya kewujudannya lebih bermakna kepada ubuntu.
Seperti dalam gambar screenshot diatas, right click pada ikon deskbar dan pilih preferences.Kemudian satu paparan seperti screenshot dibawah akan muncul;
Kemudian, kita bebas untuk mengatur aturan pencarian yang kita sukai.Bukan itu sahaja,kita juga boleh disablekan jenis carian yang tidak diingini.Contohnya, jika anda tidak suka menggunakan deskbar applet untuk search sesuatu diweb, anda boleh buang extension web searches dan sebagainya.
Keyboard Shortcut
Jika anda menggunakan laptop yang mengerakkan cursor menggunakan touchpad, pada paparan preferences itu sila pilih tab General dan setkan keyboard shortcut yang anda selesa dengannya.Secara default, keyboard shortcut bagi deskbar applet ialah Alt+f3.Percayalah, keyboard shortcut ini membuatkan kerja menjadi semakin pantas!
Tukar Ikon
Bagi sesetengah tema desktop yang menggunakan warna panel bar yang berbeza, ikon deskbar applet sangat mengganggu.Selain itu, ikon fungsi ini juga tidak begitu mengambarkan bahawa ia berfungsi sebagai enjin pencari bagi desktop.Anda mungkin biasa dengan spotlight bagi mac osx dan ikon spotlight itu sendiri mengambarkan fungsinya.Lalu bagaimana untuk menukar ikon deskbar applet ini?
Senang sahaja.Ikon ini tersimpan dalam /usr/share/deskbar-applet/art.Untuk menukarnya dengan ikon yang baru, sila replace ikon lama dengan ikon anda yang baru kemudian restart gnome.Ya, semudah itu!
Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner
Saya berkata Uhum2 kerana agak blur... ahahahha
ReplyDeleteMasa untuk berubah. Gunalah peluang yg diberikan ini untuk membawa perubahan kepada malaysia.
ReplyDeleteMembangun Bersama Islam
lama dah aku tak buat coretan di sini..hahah..
ReplyDelete