preload is an adaptive readahead daemon. It monitors applications that users run, and by analyzing this data, predicts what applications users might run, and fetches those binaries and their dependencies into memory for faster startup times.
Teori
Komputer selama ini(dan masih lagi) sebenarnya berfungsi umpama robot.Ia melakukan kerja apabila diberikan input.Komputer juga sangat "adil" kepada kesemua aplikasi komputer.Tidak ada satu aplikasi pun yang dizalimi dengan tidak memberikan RAM yang mencukupi untuk dilarikan.Teorinya, setiap kali kita klik untuk larikan/run sesuatu aplikasi yang disukai(contohnya browser firefox) setiap kali itulah segenap input akan dihantar kedalam processor dan memori untuk diproses sebelum window firefox muncul pada monitor.Tidakkah ini sesuatu yang membazirkan masa - iaitu menghantar input yang sama untuk diproses sedangkan input tadi boleh disimpan tanpa perlu diproses misalnya.
Fungsi
Preload dibangunkan untuk berfungsi sebagai adaptive readahead daemon.Ia akan menyesuaikan diri dengan style anda mengguna komputer dan aplikasi dalamannya kemudian memendekkan jangka masa start-up sesuatu aplikasi.Bagaimana preload bekerja?Ia memasukkan input sesuatu aplikasi yang anda gemar guna kedalam memori komputer dan pemprosesan input tadi tidak perlu mengalami proses ulangan yang biasa dilalui oleh aplikasi komputer.
Memori
Tidakkah ini akan meningkatkan penggunaan memori komputer?Secara teorinya YA.Namun tidak semestinya juga komputer akan ketandusan memori selepas mengaplikasikan preload kerana ia adalah perisian yang mengadaptasi dengan suasana komputer dan style penggunanya.
Data
Cara install
Taipkan command berikut kedalam terminal;
sudo apt-get install preload
Konfigurasi
Konfigurasi preload tersimpan dalam /etc/preload.conf.Jika ingin mengubahnya sila taipkan pada terminal;
sudo gedit etc/preload.conf
sepertimana kita edit sources list(ini andaian penulis semata-sepatutnya begitulah).
Baca Lanjut...(Laman Rujukan)
Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas respon..