Wednesday, February 13, 2008

Mengapa anda perlukan perisian RSS Reader.

rssreader.pngKerana tidak semua orang mempunyai ketepatan firasat(untuk mengetahui setiap update bagi setiap laman web), dan tidak semua orang terlalu rajin untuk meloncat dari satu website ke satu website yang lain untuk mendapatkan berita terkini, dan tidak semua orang suka menguruskan ribuan bookmark yang kadang-kadang menyemak samunkan browser(pelayar laman web) mereka,lalu disana manusia mencipta web feed.Apa itu web feed?Saya gagal mencari istilah yang sesuai dalam bahasa melayu dan biarkan pengertian dari wikipedia ini yang merumuskannya untuk anda..
A web feed is a data format used for providing users with frequently updated content. Content distributors syndicate a web feed, thereby allowing users to subscribe to it. Making a collection of web feeds accessible in one spot is known as aggregation, which is performed by an Internet aggregator. A web feed is also sometimes referred to as a syndicated feed.

Manakala RSS(Really Simple Syndication) adalah pecahan kepada web feed dan boleh dibaca oleh perisian yang dipanggil RSS Reader, Feed Reader, atau juga Aggregator.Untuk tidak memeningkan kepada pembaca, saya hentikan penerangan tentang definisi-definisi sampai disini.

Setiap hari, setiap minggu, kita menemui berpuluh laman web, web blog dan personal blog yang menarik.Secara tradisional, kita akan bookmark setiap laman web yang dirasakan menarik untuk dilawati dimasa akan datang.Namun akankah kita mampu menguruskan dan melawat setiap laman web yang kita bookmark apabila angkanya mencapai 3 angka dan keatas?Saya tidak percaya anda mampu atau dengan bahasa yang lebih lunak, saya tidak percaya anda se'rajin itu!

Di blog melayubuntu, saya telah review beberapa perisian RSS Reader antaranya;Senarai ini adalah perisian desktop dan disana terdapat Google Reader yang popular dikalangan mereka yang sukakan aplikasi di laman web.

Bagi saya, RSS Reader dan apa jua nama bagi perisian seumpama ini adalah satu revolusi kepada cara tradisional untuk mendapatkan berita.Jika dahulu seseorang perlu bangun se-awal pagi, pekena roti canai dan membeli Utusan untuk mendapatkan berita terkini, namun kini kita hanya perlu ON kan komputer dan lancarkan perisian RSS Reader dan apa jua berita terkini akan terpampang didada monitor, dengan syarat kita perlu subscribe(langgan) kepada sumber berita tersebut.
rssreader-subscribe.png

Jadi saya ingin bertanya, mengapa memilih cara trasional yang menyusahkan jika ada penyelesaian yang canggih dan senang?Oh, mungkin anda terlalu rajin agaknya =0

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

2 comments:

  1. Dalam memberi ilmu, sempat juga, meng'smash' orang ya....

    ReplyDelete
  2. haha..tu namanya kritikan segar...;)

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...