Saturday, February 09, 2008

Time Machine untuk OS X dan Flyback untuk Linux

time machine.png
Ketika ini saya baru sahaja melalui pengalaman menggunakan Time Machine, satu fungsi untuk backup files di dalam mac osx Leopard.Saya membuat keputusan untuk reinstall leopard kerana secara tidak sengaja(atau tidak tahu) terdelete kernel catche didalam leopard menggunakan onyx.Secara jujur, saya begitu teruja dan terharu dengan keupayaan dan kebolehan Tima Machine dan mengimpikan jika fungsi ini boleh dinikmati oleh semua OS, linux mahupun windows.

Sehari sebelum saya reinstall leopard(iaitu semalam), saya backup kesemua data system kedalam time machine yang mana data-data itu bersaiz kira-kira 30GB.Hari ini, saya reinstall leopard dan apa yang boleh dilakukan oleh time machine ialah, recover kesemua data dan system komputer dengan memindahkan kesemua data termasuk applikasi yang telah terinstall, setting komputer, user data dan kesemuanya dari harddisk time machine kedalam hard disk leopard.

Saya terkejut apabila memasuki desktop leopard buat kali pertama(selepas reinstall) kerana mendapati semua email, data, aplikasi, bookmarks,settings berada dalam keadaan seperti sebelumnya seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.Time Machine memerlukan external hard disk untuk beroperasi dan kita boleh setkan tarikh dan waktu untuk ia backup kesemua sistem kita.

Lalu saya terkenang memori bersama OS Windows.Setiap kali komputer diformat, setiap kali itulah ia kembali kepada keadaan fresh, bermakna kita perlu install semula semua program, extension, settings, flash player bagi browser dan sebagainya.Ia terlalu menyusahkan dan menyakitkan bukan?

Oleh kerana Mac OSX dan Linux dibina diatas UNIX, maka tidak hairan jika terdapat persamaan dan kedua-duanya berkongsi kebolehan yang sama.Walaupun GUI(Graphical User Interface) adalah tidak sama, namun berkongsi kebolehan bererti funsgi time machine boleh dijelmakan didalam linux, dan salah satu pecahan linux ialah Ubuntu.

Untuk pengetahuan pengguna ubuntu yang budiman, disana terdapat projek untuk merealisasikan persamaan itu.Projek yang dinamakn Flyback dengan fokus untuk berfungsi sebagai time machine bagi kesemua OS linux.Setakat ini, flyback masih dipringkat pembangunan dan belum ada official release.Namun, kewujudannya sangat-sangat menjanjikan sesuatu yang menarik.
7A838C5D-26CA-4CC9-9FD9-4E8CFAFCE433.jpg


Bagaimana dengan windows?Saya menantikan jika ada perisian berbayar atau percuma untuk windows yang berfungsi seperti time machine.Cadangan?

Referensi : http://www.littleubuntu.com/blog/?p=181

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


6 comments:

  1. erk, macam kebetulan lak kita buat entri.

    untuk Windows, boleh gunakan Symantec GHOST (berbayar) atau PING (percuma).

    ReplyDelete
  2. haha..tu psl.camne ko leh baca fikiran aku ek?atau aku yg baca fikiran ko?haha..
    btw, thanks sbb bagitau altenatif utk windows..hehe

    ReplyDelete
  3. bagus ni..aku pn selama ni buat dek je pasal backup..sebab salu format C, fail penting letak kt D.rupenye backup software ni byk membantu

    ReplyDelete
  4. yups...membantu giler...wajb ada!

    ReplyDelete
  5. kat windows dah ade..new windows ie vista. saya guna vista business dan ade satu features yg diberi nama shadows copy. Tak tahulah sama ada feature ni available kat semua vista derivative. Tapi, vista tidak mempunyai GUI secantik Leopard. Takde la time machine tuh. Shadows copy ni tak perlukan separated harddrive mcm mac. Dan features ni boleh di disbale kan dan dia boleh di"enable"kan pada setiap partition.

    ReplyDelete
  6. dlm windows blh wat backup full kat partition lain,klu xp 10g++..lps wat fresh install terus ga backup td,itu pn klu windows fully corrupted.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...