Sunday, February 17, 2008

Jadikan Inkscape pengganti Illustrator dalam Ubuntu

inkscape.pngSaya akui yang saya tidak begitu berbakat dalam bidang reka bentuk(design).Mungkin kerana itu juga inkscape bukanlah salah satu perisian wajib bagi saya dalam ubuntu.Walaupun begitu, terdapat beberapa keadaan yang memaksa saya untuk me-reka bentuk sesuatu yang mana Gimp tidak mampu hasilkan.

Dalam windows, Illustrator adalah perisian yang sangat popular untuk me-reka bentuk lukisan vektor dan sebagainya.Namun mampukah pelajar biasa atau syarikat kecil-kecilan atau pertubuhan non-profit memiliki perisian yang beharga $599 US Dollar ini?Jangan cakap banyak, sudah tentu tidak!Ya, saya akui yang illustrator dengan mudah boleh didownload daripada website torrent.Akan tetapi sampai bilakah harus begitu?

Sistem operasi ubuntu datang bukan sahaja dengan beberapa perisian biasa malah disertakan dengan ratusan atau ribuan perisian lain yang boleh didapati secara percuma dan selamat didalam package ubuntu.Inkscape adalah salah satu diantaranya.

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa keupayaan inkscape mampu mengatasi perisian berbayar adobe illustrator dan jika seseorang komited untuk membuat lukisan vektor yang lebih advance dan ekstrim maka adobe illustrator adalah yang terbaik.Tetapi kadang kala, design yang kita ingin hasilkan adalah terlalu simple dan tidak perlu pun menggunakan illustrator tetapi masih terus menggunakan illustrator.

Inkscape.
inkscape1.png.png

Dengan paparan antara muka yang tidak terlalu sesak dengan bahan-bahan dan fungsi yang advance, inkscape adalah perisian menghasilkan lukisan vector percuma yang terbaik untuk designer beginner dan amatur.

Saya ulangi, saya tidak berbakat langsung dalam bidang design.Saya adalah beginner dan ini adalah design pertama saya setelah beberapa minit bermain-main dengan Inkscape.
inkscape.png


Bagaimana dengan anda yang lebih berbakat?Saya ingin mendengar pengalaman anda pula..

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

1 comment:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...