Pada paparan ini terdapat satu menu iaitu "Options" yang berpecah kepada beberapa menu lain iaitu select language, select session, remote login via XDMCP, Restart, Shut Down, dan Suspend.
Select Language(Pilih Bahasa)
Contohnya kita ingin login ke dalam ubuntu yang menggunakan user interface dalam bahasa malaysia(melayu).Kita perlu install komponen bahasa melayu terlebih dahulu dalam sesi sebelumnya sebelum kita boleh login kedalam sesi bahasa melayu.Untuk install, sila ke System > Administration > Language Support.Kemudian pilih dan install bahasa yang ingin digunakan.
Select Session(Pilih Sesi)
Menu ini mengandungi Last Session, Run XClient script, GNOME, KDE 4, Failsafe GNOME dan Failsafe Terminal.
Ambil perhatian : Secara default, tidak ada sesi KDE 4.Namun oleh kerana saya telah install KDE 4 dalam system ubuntu saya, maka pilihan itu ada bagi kes saya.
Secara default, pengguna ubuntu akan login kedalam "last session".
Apabila memilih Failsafe GNOME bermakna kita login kedalam sesi GNOME yang default dan tidak ada startup script akan run.Sesi ini digunakan untuk memperbaiki sebarang kesilapan semasa proses installasi ubuntu.
Failsafe Terminal pula akan membawa pengguna kedalam sesi xterm yang mana kita hanya akan melihat fungsi terminal.Sesi ini adalah bagi memperbaiki kesilapan system ubuntu melalui terminal dan biasanya digunakan oleh pengguna ubuntu yang advance.Taip "exit" untuk keluar dari sesi ini.
Jika anda sudah install KDE 4 kedalam ubuntu, anda berpeluang untuk login kedalam Gnome atau KDE.Berkongsi system yang sama dan aplikasi yang sama antara Gnome dan KDE, ianya satu pengalaman baru bagi pengguna ubuntu yang masih baru.
Menukar tema GDM (GDM Theme)
Tidak perlu perisian tambahan yang memberatkan system komputer untuk menukar login skrin dalam ubuntu.Apa yang perlu dilakukan hanyalah pergi ke System > Administration > Login Window dan paparan Login Window Preferences akan keluar selepas password dimasukkan(jika diminta).
Untuk mendownload tema GDM yang lebih menarik, sila ke Gnome-look.org dan pilihlah ratusan tema lain yang menepati selera anda.
Automatik login tanpa perlu memasukkan password
Untuk membolehkan pengguna komputer login kedalam ubuntu tanpa perlu memasukkan password, sila pilih tab security dan paparan berikut menerangkan selebihnya;
Untuk automatik login ini agak merbahaya kerana anda tidak tahu siapa yang akan login kedalam akaun anda.Jika ingin aktifkannya juga, saya nasihatkan anda berbuat demikian dalam komputer milik anda sahaja.
Cukup sekadar ini dan semoga bermanfaat!
Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner
Oh ok... menarik juga ya.... Lebih kurang windows juga....
ReplyDeletehehe nanti aku cuba try test tengok
ReplyDeletesilelah try..hehe
ReplyDelete