Wednesday, February 20, 2008

Linux dan Open Source terpinggir : Sumpahan apabila ia percuma?

Slashdot mengulas sedikit tentang satu artikel dalam blog An Amazing Mind berkenaan artikel bertajuk "Why Linux Doesn't Spread - the Curse of Being Free" yang benar-benar membuatkan saya berfikir banyak kali samada untuk mengangguk setuju atau menggeleng sahaja.Penulis artikel berkenaan merumuskan sebab mengapa linux tidak berkembang dalam frasa
Linux is free, and humans tend not to equate free things with being valuable.
Percuma lalu membazir Dalam kehidupan manusia, benda yang mudah didapati akan sukar mendapat penghargaan yang tinggi.Air adalah sumber yang mudah didapati dinegara tertentu dan kerana itu ia dibazirkan.Contoh yang lebih praktikal, seorang lelaki yang dapat tackle seorang awek dengan sekali tackle secara teorinya akan sukar menghargai kehadiran awek itu tadi.Setuju?

Sistem operasi Linux dan perisian open source juga senang didapati secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa harga.Oleh kerana senang didapati adakah ia menjadi sebab mengapa ia tidak berkembang?Apa pula kaitan "menghargai" dan "berkembang"?Apabila seseorang melihat linux sebagai sesuatu benda yang tidak berharga, logiknya dia akan membazirkan linux.Namun saya tidak nampak perkataan "PERCUMA" menjadi sebab mengapa ia tidak berkembang.Air antara benda yang percuma(gali telaga anda dapat air secara percuma) tetapi tanpa air manusia akan mati?Jadi rumusan penulis berkenaan agak tidak menyeluruh dan diragui.

Balik kepada kualiti dan target Firefox merupakan perisian pelayar laman web open source yang sangat popular dan digemari.Mengapa ia terus berkembang lantas memecahkan teori "percuma penghalang kepada berkembang" yang dirumuskan oleh penulis artikel diatas?Jawapannya ialah kerana ia berkualiti dan target pengguna yang luas.Ok, sekarang saya ingin bertanya kenapa sesetengah pengemar linux masih melaungkan slogan "linux masih lagi bukan untuk semua orang" bla bla bla dan sebagainya?Saya sudah tersangat fed up dengan tulisan sebegitu dan sehingga kini saya masih menemui beberapa penulis yang masih menulis slogan berkenaan.So siapa yang salah??

Memilikperibadikan kemahiran tentang linux adalah sesuatu yang bodoh.Seolah-olah seorang pakcik tua ditepi tasik yang tidak mahu berkongsi air.Terlalu bodoh dan memalukan.Kita tidak kurang pakar-pakar yang mengetahui setiap inci pergerakan dan sistem linux.Namun dunia linux masih kekurangan insan yang ingin membawa pengetahuan mereka menemui insan awam yang terkapai-kapai ingin mengenalinya.Lalu pakar-pakar ini lebih selesa bermain dengan command-command terminal dan enggan membangunkan satu perisian yang boleh mengantikan terminal kepada user interface yang lebih senang difahami.

Oleh kerana wujud golongan sebeginilah target sasaran pengguna linux mengecil.Itulah yang saya hadapi apabila memperkenalkan ubuntu kepada sesiapa juga yang dikenali."Ubuntu tu apa?", "Aku tak buntu la weii", "ko memang pelik", "malaih aku nak layan" dan berbagai lagi respon manis diterima.Lalu apabila ia sukar berkembang layakkah kita menyalahkan perkataan percuma yang tidak bersalah?

Percuma dan faktor boleh percaya Ok, saya mungkin terlepas pandang satu lagi teori.Apabila ia percuma, ia sukar dipercayai.Betul?Katakan seorang penjual direct selling datang kerumah anda menjual periuk cap buaya.Katanya, beli periuk ni dapat kereta proton saga 2008 percuma.Mampos korang tak percaya kan?Ok, sila tanya kepada diri sendiri mengapa anda tidak percaya?Kerana anda akan berfikir bagaimana syarikat direct selling ni boleh survive dengan memberikan benda yang begitu mahal secara percuma, bukan?Sudah tentu ada muslihat disebaliknya atau ada udang disebalik mee.

Linux dan perisian open source adalah percuma, lalu kita bertanya bagaimana pembangun semua OS ini boleh survive?Disana ada sesuatu perkataan yang dipanggil "Market Share" yang sangat-sangat sukar difahami oleh saya sendiri.Namun maksud yang saya faham ialah ianya bererti peratusan kepenggunaan sesuatu produk.Sehingga Jan08, firefox market share adalah sekitar 15% dan sekaligus membuka peluang sponsorship dan sebagainya.Saya percaya linux juga survive dengan cara ini.Pasaran yang luas membuka banyak peluang kearah pembinaan jenama, peluang sponsorship, dan sebagainya.Lalu logiklah mereka boleh survive,bukan?

Kesimpulan versi melayubuntu Jangan sekali jadikan faktor percuma sebagai penghalang kepada perkembangan sesuatu perkara.Sekarang orang sibuk membincangkan negara berkebajikan, adakah ia relevan atau tidak.Teorinya hampir sama dalam hal ini.Ia berkaitan kualiti, faktor pasaran dan boleh percaya.Apabila pengguna komputer terus ditekan dengan harga vista dan mac yang terlalu mahal mereka akan berubah.

Teori saya mudah, apabila manusia terdesak, dia akan berubah!

Dalam enry berkenaan "Jika dunia ini didiami oleh 100 manusia" yang lepas kita mengetahui bahawa 6% daripada manusia dalam dunia memiliki 59% kekayaan dunia.6% ini tak mungkin tergolong dalam mereka yang terdesak, namun 94% berbaki adalah antara yang terdesak.Bayangkan berapa besar pasaran yang terhampar.Answer me please!

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner



21 comments:

  1. fuhhh panjang lebar tulisan hari ini...ni pengalaman saya sendiri...saya request cd ubuntu 20 keping dan terima 2 minggu lepas...target saya nak bagi kawan-kawan tapi bila bagi letak tepi jer,,,alasannya susah a , tak biasa a ,macam-macam a.So memang susah nak ubah minda orang ni.....

    ReplyDelete
  2. yups...memang susah.Lg2 bila perisian pirate snang dpt..tp bile nk bukak syarikat br la terkapai2...tak tau la kalau masih ada org yg guna pirate soft buat bisnes...mentaliti perlu brubah kot...entahla...

    ReplyDelete
  3. Aku ingin cuba dan terus guna. Tapi aku x dpt guna sepenuhnya sbb x network kt umah. Tak puas!

    ReplyDelete
  4. Orang taknak guna linux sebab dia adalah pemalas. Semua benda free kat dunia perlu kita berusaha. Macam linux, bukan senang nak guna, kena belajar itu ini. Kalau semua orang sanggup berusaha untuk dapatkan benda2 free ni, Microsoft takkan berjaya macam sekarang

    ReplyDelete
  5. #megat : tu kelemahan nya jgk...linux klu xde network ssh sket...

    #xordy : tp kalau nk ikutkan, masa start knal komp melalui windows pun kene belajar jgk..maybe perlu ada latihan khas utk linux..

    ReplyDelete
  6. Bila ada mende berbayar, kita sibuk nak yang free (sape taknak mende free kan?), tapi bila masuk soal software nk yang free jugak tapi pirate je la jawapannya.

    Bagi aku, open source software ialah mende free yang nilainya beratus2 ringgit juga. Cuma orang je tak nampak nilai OSS tu sendiri.

    ReplyDelete
  7. Tapi la kan, kalau tak ramai yang appreciate, tak nak guna, rasanya lagi bagus. Exclusive just for people like us to use. Macam owning a limited edition Bugatti Veyron. Bias OS ni maintain secure, terhalang dari anasir-anasir lakhanat yang buat virus tu semua.

    Actualy nak convert people into linux tak susah sangat, cuma kita kena cari the right people, and tunjuk contoh sikit. Tunjuk kehebatan Beryl jek pun dah cukup nak menarik minat orang.

    ReplyDelete
  8. Ramai dah orang berminat dengan beryl/compiz fusion dan tukar guna linux, tapi bila ade problem sket, diorang akan serbu forum, n kalu tak dapat jawapan diorang akan flame kata linux sucks la ape la dan revert balik ke XP/vista...jenis orang taknak susah sikit. Eye candy mcm beryl/compiz fusion sama la macam vista aero theme yang buat orang cepat2 convert dari XP ke vista. Itu bukan cara yang sesuai untuk memujuk orang berpindah ke linux.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah komen sebelum ni. Cuma melanggan RSS Feed je

    Nak bagi org ramai guna bukannya senang. Kena ada insentif la.

    - Kerajaan kata menggalakkan open source. dengan apa cara? France Government bagi semua MP dia lap top os Ubuntu. Kita? Bagi tender atas kroni. Pas tu beli dr company branded Dell, HP dan Acer. Os still Windows. Camna tak habih wang kerajaan(duit kita tu). Aku kat tempat keje aku ada 50 lab pc student. Aku nak mintak 10 pc je install ubuntu boss tak bagi. student tak biasa lah, ada masalah nanti camna dan banyak lagilah. Camna nak buat?

    - komuniti kita masih tak kuat. Yang buat kat UITM minggu ni aku tak dpt pi. Maaflah. Aku pulun PRU12 dulu. Pas ni buat la gathering kat utara, selatan dan timur plak.

    - user kita dah biasa dengan barang Bill Gates. Cuba ada syarikat yg jual pc ubuntu dengan harga yg lebih murah. Khidmat pas jualan plak A++. Bila la Dell nak jual pc Ubuntu kat M'sia ni.? Aku nak jadi antara yg terawal guna.

    Dah la tu. Mintak syahid_zul provok cam ni lagi. Nanti aku komen byk2.

    ReplyDelete
  10. #xordy : yups...stuju2

    #faizul : slalunya macam tu la yg dok jadi...tapi derang dh dpt impression dan pengetahuan asas..xdela sampai xtahu lansung..

    #joe penang : lama xnampak..hehe..maybe pergerakkan memahsyurkan linux ni perlukan nafas baru yang lebih berstamina...aku harap linux dan open source berkembang kt mlesia satu hari nnti..

    #azwari : yups..smoga mcm tu lah =)

    ReplyDelete
  11. Satu-satunya sebab aku masih guna Windows adalah, sebab tengah tulis blog pasal Windows.. kalau tak skarang ni memang dah Linux dah, mungkin Fedora.

    Buat masa ini, aku telah berjaya convert kawan-kawan aku dari IE ke Opera. Tak promote pun, cuma bila dorg tanya aku guna apa, aku cerita pasal Opera dengan penuh perasaan.

    Passion. Tu yang penting. Aku teringat pensyarah aku sorang ni, passion dia waktu bercerita pasal Linux sangatlah dashat, lantas membuatkan aku sangat-sangat teringin nak gunakan Linux.

    *Ops sorry, Opera bukan OSS di sini.

    ReplyDelete
  12. yups...passion tu yg pnting...and then work hard on what we believe..

    aku harap ramai yg akan guna linux masa2 akan datang..

    ReplyDelete
  13. yg penting kene berani cuba. kalu ruang lingkup pemikiran tak diluaskan sampai bila pun orang akan fikir PC+Windows baru betul2 komputer. walaupun aku ni takde r brape pandai ttg ubuntu/linux tapi still promote kat orang ttg kebaikan perisian sumber terbuka.

    p/s: erm, ade tak perisian yg boleh diguna tuk menulis jawi kat ubuntu? atau sekurang2nya kat open office.

    ReplyDelete
  14. first of all ni pendapat aku semata2:

    sebenarnya kat Malaysia ni kita nak marketkan benda open source dan linux ni agak sukar skit mostly utk OS, Persepsi orang malaysia yang telah lama di suap dengan Windows ni dah lama sangat sampai susah nak adapt benda baru walaupun Linux dah lama wujud. Tapi utk past 5 years aku rasa tahun paling menyerlah utk linux dengan wujudnya Ubuntu , RedHat dah keluarkan Fedora market Operating System under Linux makin baik. Selain tu Closed Source hardware yang sebabkan kadang2 orang tak suka guna Linux kat rumah:) itu dari segi manufactured hardware tapi kita still boleh cari alternatif. tapi at least kita boleh usahakan dual boot kan guna windows / ubuntu.

    Pasal OpenSource bagi aku semakin baik walaupun tak banyak, contoh terbaik utk web development banyak keluar CMS yang boleh guna drupal @ joomla. Tgk sekarang berapa banyak website gov dan website universiti kat malaysia dah bertukar guna OpenSource solution. Ini maknanya diaorang boleh nampak potensi yang ada dan kos sebenar utk gunakan benda2 mcm ni. Tapi apakan daya sebab mudah sangat nak dapat benda2 mcm ni, kadang diaorang pikir senang nak perbodohkan cth terbaik kalau dapat job dari *orang yang mentaliti tak menghargai benda2 opensource ni pernah persoalkan aku, coz mostly aku buat website involved menggunakan Joomla framework dia siap sound nape guna Joomla benda yang FREE* still nak charged mahal2. aku cakap kat dia at least hargai lah kitaorang yang usaha nak faham mcm mana nak guna benda ni dan kreativiti nak deployed website awak ni masa serta tenaga yang digunakan dan sebenarnya awak bayar hanya tenaga kerja utk buat benda ni dan bukan framework/solution yang saya nak guna dan website tu saya charge $500 je :) isnt it damn cheap!! hahah itu pun dia tak hargai T_T .

    Sebenarnya OpenSource ni pun ada cara nak komersialkan dia cuma perlu pandai dan tahu mcm mana nak buat je :)

    p/s: member seOpenSource ngan aku pernah sebut :

    Air sungai tu free utk kita ambil dan minum. tapi nape orang still g beli air yang dalam botol tu yang lagi mahal daripada harga minyak :)

    *coz tenaga kerja yang digunakan utk bersihkan air tu faham mcm mana nak proses air tu bagi lagi ianya berkualiti, cuba fahamkan :)

    ReplyDelete
  15. panjang nye komen...
    tapi air sungai klang mmg aku xnak minum la walaupun free..hehe

    mindset perlu diubah sedikit demi sedikit...mmg la susah nak berubah secara trus coz pirate OS belambak kat pasaran...katekan kerajaan tegas dlm hal piracy, mesti orang cari altenatif...

    ReplyDelete
  16. ubuntu best gilos ler aku stat pakai ubuntu dari version 5.04 terus jatuh cinta pastu aku buang XP aku even benda tu original sebab aku malas nak layan virus, spyware , malware dan seangkatan dgn nyer

    ReplyDelete
  17. @Penjejakbadai : bro...sama la ngn aku. Aku tinggalkan windows pun sbb cam ko gak...haha

    ReplyDelete
  18. Salam untuk penulis, saya adalah salah seorang pengguna windows sejak dari awal zaman dos lagi. Hinggalah ke teknologi terkini zaman vista. Bagi saya dah banyak yg saya pelajari dan saya dapati windows semakin mudah. Saya perlukan pembaharuan, dan saya rasa ubuntu sesuai sbg permulaan saya belajar benda baru. Saya dah bosan dengan isu virus dan WGA.

    ReplyDelete
  19. Ni bukan nak komen, cuma nak share:
    Beberapa tahun lately, dah asyik setup CenTOS server, tahun ni, masuk company baru, nak test plak guna Ubuntu Server 64-bit.
    Pengalaman dengan server kawan saya yg pernah setup Ubuntu server ni (dia guna 32-bit), dah masuk tahun ke-3 tak pernah tutup.
    CenTOS pun takde problem apa,cuma saja nak test falva baru..baidewei, Ubuntu 64-bit server ni ada ke berryl?

    *Most of the servers are used for production level. The purpose of the servers is to fulfill the ISP usage.

    ReplyDelete
  20. baidewei..saja je saya tanya pasal beryl tu (im tryin to make a joke)

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...