Tutorial Lengkap Install Leopard ke dalam PC

leopard on pc tutorial.png

UPDATE : Sila Rujuk http://mymac4all.com

Setelah beberapa lama cuba menyiapkan berbekalkan kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit, akhirnya siap juga tutorial saya berkenaan cara-cara install mac osx leopard kedalam PC.

TUJUAN

Objektif saya menulis tutorial ini bersandarkan semangat berkongsi, mencuba, dan juga belajar.Tidak ada keuntungan atas angin yang diperolehi dan tidak ada apa-apa niat untuk mengalakkan kegiatan cetak rompak.Setiap kali saya menulis tutorial sebegini sering saya ingatkan bahawa, SILA DAPATKAN DVD YANG ORIGINAL UNTUK MENDAPATKAN LESEN SAH MEMANIPULASI DVD TERSEBUT.

BETA

Tutorial ini masih saya kategorikan sebagai di peringkat beta.Ia memerlukan beberapa pembaharuan, update, dan maklumat sokongan untuk menghadapi masalah yang bakal muncul dibenak pembaca.Selain itu, skop andaian yang tidak disandarkan kepada fakta yang stabil juga merupakan antara perkara yang perlu diambil perhatian.Didalam tutorial, pembaca akan beberapa kali menemui quote "[To do list}" bermakna ianya perlukan maklumat dan pengetahuan tambahan yang akan diupdate sebaik sahaja maklumat itu diterima.

Meskipun di peringkat BETA, tidak semestinya ia tidak boleh menjadi panduan kepada yang berminat.Jika komputer melepasi saat-saat kritikal seperti yang dinyatakan dalam tutorial, maka panduan ini adalah panduan lengkap bagi mereka.

SEBAR

Pembaca dibenarkan menyebarkan atau mengedar tutorial ini kepada orang lain melalui apa cara sekalipun secara direct atau upload kemana-mana host, torrent dan sebagainya.Namun sebarang pengubahsuaian dan cetakan semula tanpa izin dari saya adalah tidak dibenarkan.

RESPON

Tutorial terdahulu iaitu Install Tiger ke dalam PC setakat ini telah didownload sebanyak 222 kali.Namun tiada apa-apa respon yang diterima.Saya harap nasib yang serupa tidak menimpa versi kali ini kerana setakat ini(setelah hampir 7 jam saya postkan entry ini) tutorial ini telah didownload sebanyak 36 kali.Satu fenomena dan angka yang boleh saya banggakan.Jika ada apa-apa pertanyaan, keraguan, tidak puas hati, atau ingin mencadangkan sesuatu, atau ada maklumat sendiri yang ingin dimasukkan kedalam tutorial ini, sila beri respon dengan menaip beberapa baris ayat diruangan komen.

KESIMPULAN

Semoga usaha kecil ini bermanfaat!Enjoy your Apple computer.

| Download - Install Leopard Kedalam PC |
PDF FILE
1.9MB
10 Muka Surat


Telah didownload : 450x and counting..



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Artikel berkaitan dengan kategori...



31 comments:

gie said...

best....hahaha...aku akan cuba..tiger hatiru dah jadi..cume driver internet dengan sound je prob..aku rase,kalyway kali ni mesti sumer dah ade...huhuhu

nazri said...

yeah...
boleh cuba ni tapi nk carik dvd dia tu yang susah sket tu...


boleh install kat dalam vmware x? aku malas nk partitioning hdd aku la.. sayang gler aku kat winxp aku... huhu

Aizat said...

Aku nak try leopard yang aku download tu dulu.. tak leh baru aku download kaliway tu..

windows xp aku dijangkiti trojanproxy. langsung takleh masuk blog aku. nasib ada ubuntu menyelamatkan aku.. boleh masuk blog melalui ubuntu.. ni yang aku geram kat windows xp..

alah nak install leopard kena format sume.. sayang kat ubuntu yang telah diupdate tu.. dan banyak software install..

melayubuntu said...

#gie : cuba arr..xnstall driver mmg xdpt..haha...

#nazri : yups...dvd tu kene download arr..filenye bleh tahan besau..huhu..bile dh berjaya install leopard nnti ko akan syg glerr kt leopard..caya la ckp aku..haha

#aizat : owh..install la dlm harddisk lain...eh..ke laptop?hehe...besala tu windows, byk virus berkeliaran...kalau guna mac atau linux lain citer..xyah risau pasal bnda2 2 smua...hehe..btw, klu de pepe bleh tanya direct kat sini...

senyuman said...

salam..
wah..thanx..aku akan try jika ada kelapangan dan juga kemampuan..sebab aku lom lg ade pc yg boleh jd medan eksperimen...sebab kalo xjadi, takut hardware rosak lak..hahaha

am said...

owh... boleh masuk ke pc ka... kebetulan am nak format pc am dan masih terfikir2 nak masuk gusty gibbon ker atau balik pada xp...

melayubuntu said...

#senyuman : hehe..ok2...no prob

#am : try la leopard nih..xrugi..mana tau dpt..hehe

agas said...

betul ke aku dapat fail kaliway dlm bentuk zip. jadi camne nak burn.

melayubuntu said...

#agas : unzip dulu kemudian burn...failnya dalam bntuk .iso dan burn kedalam DVD dalam bentuk DVD image..

Li Z said...

wahhh menarik ni..trus terang, ni first time sy tahu boleh install mac on pc. skrg ni pun sy pakai ubuntu, usual reason - pc kena worm dah berpuluh kali.last2 fedup trus install ubuntu. sonang. dulu2 pakai red hat ngan sun, tp lepas zaman student ni dah malas nak menggodam pc sendiri.

terima kasih krn menulis guide ni. insyallah weekend ni akan memasang leopard kat pc satu lagi.
one question - nak networkkan ubuntu ngan mac ni senang ke?

Ali Sabki said...

sangat menarik. sekian lama mencari komuniti osx86 melayu.
Nampaknya orang kita juga tidak ketinggalan dalam Extreme PC Makeover ni...
Teruskan usaha...

arejae said...

salam...artikel yg sangat menarik and teruja nak try. cuma...ermm..dah 2 hari saya download file tuh..tak abis2 lagi. adoii... :(

melayubuntu said...

hehe...wslm..
sabar2...kene sabar sket..
mmg fail tu agak beso si logikla kalau makan masa utk download...

kaizen said...

assalamualaikum bro melayubuntu,saya teringin nakdownload tapi sebab lambat sgat,kalau bro bagi file iso tu pecah2kan jadikan dia file size kecik boleh tak?satu lg boleh x bro letak file iso yg didownload dlm torent tu dalam storan kat internet.

melayubuntu said...

camne nk pecahkan?
aku takut kalau pecahkan dia punya data akan silap dan menganggu proses install...rasanya ada link download kat rapidshare.tp perlukan akaun premium...hehe....
Aku ada fail tu, meh la umah aku.Aku tolong burnkan...haha

kaizen said...

ok bro apa kate bro tolong burnkan pastu pos guna pos xpress ke.sape yang nak bayar kos cd ngan pos xpress ke.macam mana.rapidshare x leh nak download la...kena premium akaun hehe.

ayem said...

Assamualaikum...

untuk downloas mac os anda boleh ambik kat sini..


http://www.warungplus.com/2008/02/08/applemacosxleopardv105__retail_version.html

tapi aku tak pasti lak ok ke tak....

Anonymous said...

aku dah dpt file ni(KALYWAY_LEO_10.5.1intel_SSE2_SSE3.zip)complete tp tak dapat na extrack dgn ubuntu. camne nak soft kesedihan ini.

arejae said...

err..sepatutnya extract takder problem dlm ubuntu.

cuba try md5,tengok ok ke tak .takut file corrupt jer.

MD5 for KALYWAY_LEO_10.5.1_intell_SSE2_SSE3.zip
aff692cfe4daaae471f528974f5bac07

Dark Lord said...

nak donlot gak... tapi kat mane nak donlot? malas lah nak search. dah lah connection ni lembab

beleng said...

Access to the URL has been denied!
Warning: The content of this website is part of a unwanted category: Malware

Requested URL: http://www.box.net/index.php?rm=box_download_shared_file&file_id=f_130200599&shared_name=7iuxy5tz4g

pedagangIT said...

mantap betul blog ini...banyak info teknikkal..
saya try review pdf anda bro...

ubuntu ini macam boleh support semua software ke?

say yes to apple said...

assalamua'laikum... nak tanye kepada semua, kenape laptop saye x bleh boot kedalam DVD kalyway leopard????? time saye ikot step (F8,-V) keuar banyak tulisan sperti details n x de tnde2 working.....saya mempunyai kalyway 10.5.2 dan menggunekan dell vostro 1400, harap tolong dan bantu saya...........(azmacho95@gmail.com)

Post a Comment

Terima kasih atas respon..